Saksikan personaliti dan pemain kegemaran anda di Free Fire All Star 2021 Asia

By Taib Mohamed | July 16, 2021

Free Fire All Star (FFAS) sebuah sambutan tahunan antarabangsa yang menampilkan pempengaruh popular dan pemain-pemain pilihan peminat akan berlangsung di tiga wilayah iaitu Amerika, Asia dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).

Bagi FFAS 2021, ia akan berlangsung sekitar Julai hingga Ogos.

FFAS 2021 akan meraikan komuniti Free Fire di seluruh dunia dengan memberi peluang untuk pempengaruh dan pencipta kandungan  permainan ini bersaing menentang pemain terhebat mereka. Atas permintaan peminat, ini menjadi kali pertama untuk mod Free Fire berbeza dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

Bagi wakil Malaysia, peminat-peminat Free Fire tempatan boleh menjangkakan kemunculan pencipta kandungan seperti AshedZ dan SpiderGunz bersaing di samping pendatang baru seperti Obvy dan streamer daripada Filipina dan Kemboja, sebagai sebahagian pasukan MCP.

Mereka yang bertanding akan berpeluang memenangi hadiah harian sebanyak AS$10,000 dan mendapat gelaran FFAS Asia Bomb Squad, Clash Squad atau juara Battle Royale.

Acara ini akan bersiaran langsung bermula 23 hingga 25 Julai pada jam 7.00 malam di laman Facebook, Youtube dan Tiktok