Samsung memperkenalkan Galaxy A52 dan A72

By Hazril Md Nor | March 18, 2021

Samsung semalam melancarkan dua model baharu Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Bagi A52, ia juga mempunyai tetapan kuad-kamera dengan lensa sebesar 64MP untuk kamera utama, diikuti dengan 12MP ultra-wide, 5MP Makro dan 5MP kamera (kedalaman).

Kamera utama tersebut mempunyai F1.8 untuk menyerap cahaya lebih baik apabila berada di sudut gelap. Kedua-dua model ini dlengkapi dengan OIS untuk kestabilan video.

Bagi A72 pula ia mempunyai tetapan kuad-kamera sama seperti adiknya namun diperhebatkan dengan 8MP telefoto menggantikan 5MP (kedalaman) di A52. Kamera di model A72 juga mempunyai keupayaan zum optikal sebanyak tiga kali ganda. Selain itu, terdapat zum digital dengan 30x.

32MP kamera depan juga melengkapkan hari anda dengan swafoto dan video terbaik. Kedua-dua model ini menggunakan One UI 3.1.

Dari segi paparan, ia menggunakan Super AMOLED 90Hz untuk kelancaran scrolling di laman web atau galeri serta 800 nits untuk penggunaan di bawah sinaran cahaya matahari. Model baharu ini juga mempunyai IP67 untuk ketahanan dan Dolby Atmos bagi audio serta sokongan 5G.

Galaxy A52 mempunyai kapasiti bateri 4,500 mAh manakala A72 pula 5,000 mAh.

Kedua-dua peranti ini boleh digunakan segera jika kehabisan bateri kerana pengecasan pantas 25W.