“Saya sedikit gementar di atas pentas mungkin sebab Xorn,” – Momo

By Hazrul Md Nor | March 21, 2022

Momo adalah salah seorang pemain Macro terbaik di dalam permainan peranti mudah alih Mobile Legends: Bang Bang.

Kita selalu dapat melihat aksi Momo yang bijak membaca peta dan melakukan farming dengan cepat untuk membantu pasukan di fasa late game.

Di dalam satu temubual MyGameOn bersama Momo, ditanya tentang penggunaan Miya oleh pasukan Todak.

“Miya ini hero yang sangat berfungsi di fasa late game kerana ia mempunyai mobiliti dan mudah untuk keluar dari perlawanan.

“Ditambah lagi spell Inspire diberikan buff, maka waktu ini sangat sesuai untuk membawa Miya ke dalam draft,” katanya.

Ketika ditanya tentang hero marksman kegemaran Momo, dia mengatakan Beatrix adalah yang paling disukainya.

“Beatrix kerana hero ini mudah untuk clear lane, dia mudah untuk melarikan diri. Kalau musuh datang gank, hero ini mampu sustain akan tetapi perlu mahir menggunakan Beatrix.

“Saya sedikit gementar berada di atas pentas tadi (melawan Geek Fam), mungkin sebab ada Xorn kerana sebelum ini Xorn tiada di dalam barisan pemain Geek.” katanya.

Akhir sekali, Momo ditanya tentang permulaan stream pada tahun ini.

“Kawan-kawan saya semua sudah mula solo stream, jadi mereka menyuruh saya melakukan perkara sama. Akan tetapi masih belum ada face-cam setakat ini.”

Ikuti temubual penuh bersama Momo di laman rasmi Tiktok kami.

@mygameondotmy Sebenarnya Momo ni pemalu.. #fyp #mlbb #mplmu #kakigaming #tiktokmalaysia ♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Foto: MOONTON Games