SDGR EA Ebliz buat penjenamaan semula

By Hazril Md Nor | July 14, 2021

Akademi e-sukan, Saudagar Electronic Art (SDGR EA) bertindak menjenamakan semula skuad MLBB mereka Ebliz yang kemudiannya dipanggil SDGR EA EBLZ.

“Syarikat-syarikat berkenaan ingin SDGR EA menjadikan nama dan logo setara dengan nama dan logo syarikat serta produk mereka,” kata seorang wakil SDGR EA ketika dihubungi.

Akronim EBLZ membawa maksud Empire Born, Loyalty Zone.

Terdahulu, netizen mendakwa logo dan nama pasukan yang kedengaran sebutan seperti iblis lalu mencetuskan tanda tanya.

Pasukan MLBB ini layak ke Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kelapan selepas memenangi pusingan kelayakan ke atas Purge Esports 2-1 pada Ahad.

Akademi ini ditubuhkan oleh penyanyi rap dan komposer terkenal, Kmy Kmo atau nama sebenarnya, Lukmanul Hakim bersama dua sahabatnya, Irszuan Zabani dan Redzuan Khalid.

Organisasi ini juga mempunyai pasukan lain dalam e-sukan antaranya, Wild Rift.

Musim liga MPL MY S8 dijangka bermula Ogos ini dan menampilkan 10 pasukan (8 jemputan) bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM419,000).

Pasukan EBLZ dianggotai oleh:

    • Wan Muhammad Hafizan Bin Kamis (Kapten) – Mevi
    • Muhammad Asyraf Bin Annuar – Sori
    • Muhammad Fahmi Farhan Bin Shamsudin – Levii
    • Muhammad Khuzaimi Bin Ismail – Kuz4
    • Muhammad Nuraidil Fitri Bin Mahadzir – Mayoz