Segala yang korang perlu tahu tentang Genshin Impact Versi 2.1

By Mike Hayate | August 21, 2021

Siaran langsung miHoYo hari ini mengumumkan kemas kini baru untuk Genshin Impact Versi 2.1.

Kali ini update Inazuma akan menambah satu pulau baharu dan juga karakter baru untuk Inazuma.

Versi 2.1 ini akan hadir pada 1 September ini.

Apa yang kita tahu dari acara langsung Genshin Impact 2.1

Versi kali ini akan membawa acara baru Moonchase Festival.

Pemain boleh mencari harta karun dan mendapat moonchase jed untuk ditukarkan di event shop.

Cerita baharu dan Pulau baru

Pemain kini akan mengunjungi Pulau Watatsumi yag juga markas pemberontak Sangonomiya Kokomi.

Anda juga bakal melawat Pulau Seirai yang juga tempat sunyi yang diselimuti awan panah petir.

Penceritaan akan bersambung dari penghujung versi 2.0.

Pulau Watatsumi

Pulau Seirei

Boss

Signora – N0-8 dari 11 Harbingers

Signora akhirnya hadir sebagai boss mingguan baharu. Beliau akan menggunakan elemen Pyro dan Cryo.

Thunder Manifestation

Thunder Manifestation juga adalah versi baharu Oceanid juga akan hadir tetapi dengan elemen Electro.

Hydro Hypostasis

Bos hypostasis baru juga akan hadir dengan elemen Hydro.

Senjata baharu

Claymore baru Luxurious Sea-Lord iaitu pedang besar ikan.

Sistem memancing baru

Anda juga akan mendapat sistem memancing baru di dalam Genshin Impact dan juga mendapat kolam ikan untuk membela ikan-ikan yang sudah ditangkap.

Karakter baru Versi 2.1

Raiden Shogun – Baal

Archon ke-3 bakal diperkenalkan di Inazuma.

Raiden Shogun adalah karakter lima bintang Electro yang menggunakan polearm.

Skill pertama Raiden Shogun digelar Transcendence: Baleful Omen.

Raiden Shogun akan melancarkan serangan elektrik dan memberi pasukan anda Eye of the Stormy Judgement.

Eye of the Stormy Judgement akan mengeluarkan serangan elektrik bersama karakter yang menyerang.

Skill Ultimate Raiden Shogun ialah Secret Art: Musou Shinsetsu.

Raiden Shogun akan mengeluarkan pedang samurainya dan menyerang musuh dan beliau juga akan imun kepada reaksi Electro-Charged.

Kujou Sara

Kujou Sara adalah karakter Electro empat bintang yang menggunakan busur untuk berlawan.

Skill pertama Kujou Sara dipanggil Tengu Stormcall.

Sara akan melompat ke belakang dan memanggil perlindungan dari Crowfeather dan melancarkan serangan bidik yang penuh terus ke musuh.

Serangan ini juga akan memberi Bonus ATK kepada rakan pasukan.

Ultimate Kujou Sara pula Subjugation: Koukou Sendou.

Sara akan menjatuhkan Tengu Juurai: Titanbreaker dan membuat empat tiang Electro yang akan bergerak keluar di dalam aoe.

Sangonomiya Kokomi

Sangonomiya Kokomi adalah karakter lima bintang dengan elemen hydro dengan senjata catalyst.

Skill pertama Kokomi ialah Kurage’s Oath.

Kokomi akan memanggil Bake-Kurage seekor obor-obor untuk menyerang musuh dan juga memulihkan HP karakter yang sedang bertempur.

Ultimate Kokomi pula digelar Nereid’s Ascension.

Kokomi akan menggunakan kuasa Watatsumi dan mengakibatkan Hydro DMG kepada musuh dan Kokomi akan akan mendapat beberapa buff tambahan untuk menguatkan lagi serangannya.

Sangonomiya Kokomi juga mempunyai satu kuasa yang akan mengurangkan kadar Crit kepada 0% tetapi akan meningkatkan tahap healing sebanyak 25%.

Aloy

Aloy adalah karakter dari Horizon: Zero Dawn dan menjadi karakter baru dalam kolaborasi Genshin Impact dan Horizon.

Beliau menjadi karakter empat bintang dengan element Cryo (ice) dan menggunakan busur sebagai senjata.

Skill pertama Aloy ialah Frozen Wilds dan Aloy akan melemparkan sebuah bom ais yang akan meledak dan mengakibatkan Cryo DMG.

Ultimate Aloy digelar Porphecies of Dawn.

ALoy akan melemparkan Power Cell yang mempunyai elemen Cryo dan meledakkan anak panah membuat serangan Cryo DMG Area.

Acara Moonchase Festival

Festival Moonchase juga hadir sebagai acara bermusim kali ini.

Festival ini akan menunjukkan musim gugur di mana rakan dan kerabat di Liyue akan berkumpul untuk minum dan makan bersama.

Pemain juga akan bertemu kembali dengan Keqing dan Xiangling untuk masak beberapa resepi-resepi baharu.

Genshin Impact juga bakal menyambut ulang tahun pertama.

Setiap pemain akan mendapat 10 Intertwined fates, mora, enhancement crystal dan juga Heroes Wit.

Bonus tambah nilai juga akan reset dan semua pembelian pertama prigomens anda akan mendapat dua kali ganda.

Setakat ini sahaja semuanya benda baharu yang ada untuk Genshin Impact Versi 2.1.

Kemas kini baru ini akan hadir pada 1 September 2021 ini.

Jangan lupa tebus KOD PRIMOGEMS Genshin Impact.

Hanya dalam masa terhad.
1. NTPVU7JTJYPD 100 Primogems
2.DSPVUN2BKH5M 100 Primogems
3.CB7UU6KT2H59 100 Primogem