Sejarah e-sukan: kisah pemain Dota 2 ‘ditendang’, jadi meme Pizza Party

By Mike Hayate | November 16, 2021

Siapa sangka jamuan makan pizza yang dibuat oleh pasukan Fnatic beberapa tahun lepas menjadi satu meme untuk komuniti Dota 2 pada tahun 2018.

Kejadian ini berlaku ketika pertandingan Kelayakan Asia Tenggara 2018 Dota 2 untuk ke ESL ONE Katowice 2018.

Fnatic mengalahkan Geek Fam di Semi Final dan berjaya memenangi perlawanan akhir dengan TNC Pro Team sekali gus melayakkan mereka ke ESL ONE Katowice.

ESL ONE Katowice ketika itu mempunyai RM4 juta jumlah wang terkumpul untuk dimenangi.

Ketika ini pasukan Fnatic terdiri daripada kapten pasukan Eternal Envy, Abed, DJ, pieliedie dan Ohaiyo.

Ketika jamuan makan pizza atau ‘pizza party’ seorang pemain Fnatic dipanggil, ‘ditendang‘ dan terus digantikan semasa jamuan itu.

Pemain yang dipanggil itu adalah Ohaiyo.

Petition · Fnatic should NOT replace Ohaiyo with Universe · Change.org

Ohaiyo sebenarnya digantikan oleh Universe yang pernah menjuarai The International pada tahun 2015.

Apa yang tidak diketahui oleh Ohaiyo adalah sehari sebelum perlawanan akhir Kelayakan Asia Tenggara 2018, Universe terbang ke Malaysia dan tinggal di rumah sewa Eternal Envy.

Fnatic baru sahaja memenangi Kelayakan Asia Tenggara 2018 dan bagi menyambut kemenangan mereka Fnatic membuat parti jamuan pizza beramai-ramai bersama semua orang.

Ohaiyo dipanggil oleh orang atasan Fnatic dan Ohaiyo diberitahu bahawa dia tidak akan bermain di ESL ONE Katowice dan digantikan oleh Universe.

Apa yang menyedihkan Ohaiyo sendiri tidak tahu mengenai perkara ini.

Tiga hari selepas jamuan itu Ohaiyo membuat satu post Facebook.

Ohaiyo memberitahu, beliau tidak kecewa apabila digantikan oleh Universe, tetapi beliau kecewa dengan sikap pasukannya sendiri yang mempergunakannya untuk kepentingan mereka sendiri.

Selepas tiga tahun bersama Fnatic, Ohaiyo sudah lama menjadi pemain veteran Fnatic.

“Kami mahu menyatakan keputusan ini bukan satu keputusan yang mudah walaupun dengan keputusan cemerlang baru-baru ini, kami hanya mahukan pemain yang kami rasa lebih memberi impak untuk pasukan Fnatic,” ujar Patrik “cArn Sattermon, Ketua Pegawai Permainan di Fnatic.

Fnatic juga memohon maaf kerana tidak mengendalikan perkara ini dengan lebih adil.

Ohaiyo tetap akan dibayar gajinya dan wang kemenangan yang diperoleh dari ESL ONE juga akan diberikan kepada Ohaiyo.

Eternal Envy selaku kapten pasukan juga menerima kecaman apabila tidak memberitahu terus kepada Ohaiyo.

Namun, Eternal Envy sudah membuat kenyataan di Podcast bersama Hotbid untuk memberitahu cerita sebenar.

Di dalam temubual itu Universe sebenarnya masih belum betul-betul diserap masuk ke dalam Fnatic dan tiada sebab langsung untuk membuang Ohaiyo begitu sahaja.

Universe pula baru sahaja sampai ke Malaysia yang sudah mengharungi penerbangan 24 jam.

Jadi keputusan yang bijak adalah masih membiarkan Ohaiyo bermain bukan Universe.

Sejak itu meme ‘Pizza Party’ muncul merata-merata dan apabila terdapat pasukan yang membuat jamuan pizza pasti ramai orang akan membuat lawak mengenai seorang pemain yang bakal dibuang.

Reddit Dota 2 on Twitter: "It's Pizza partEE timEE https://t.co/xKUCF4DRrk # dota2… "

Mujur untuk Ohaiyo, dia memasuki pasukan Team Secret dan bertanding di ESL ONE Genting 2018 dan ke LGD. Forever Young dan bertukar-tukar pasukan mengikut kariernya.