Selepas lama menyepi, Syno kini bersama ANBU x Gaming

By Hazrul Md Nor | May 31, 2022

Bekas pemain pasukan RSG MY dan juga juara musim ketujuh iaitu Mohamad Amir Afdhal Bin Ruzlan kini diumumkan menyertai pasukan ANBU x Gaming. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ANBU x Gaming (@anbuxgaming)

Kemasukan Syno di dalam pasukan pastinya memberi impak yang besar kepada pasukan ANBU. Ini kerana Syno pernah bermain di pentas MPL dan mempunyai banyak pengalaman di dalam permainan peranti mudah alih MLBB ini.

Terdahulu, dia bermain di posisi EXP Lane untuk pasukan RSG MY dan terus mengangkat piala di musim ketujuh. Namun begitu, Syno hanya bermain untuk pasukan RSG MY selama 1 musim dan diumumkan keluar pada bulan Julai 2021.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ANBU x Gaming (@anbuxgaming)

Kedudukan pasukan ANBU x Gaming di dalam carta kedudukan MSPC pada tempat kelapan semestinya memerlukan satu strategi baru dan kemasukan Syno di dalam pasukan adalah salah satu darinya.