Seorang pemain FIFA 22 berjaya ke Division teratas dengan menggunakan kaki sahaja

By Mike Hayate | October 27, 2021

James Toland atau Tolando77 di Twitch sudah berjaya mencapai division paling tinggi dalam FIFA 22 iaitu Division 1 hanya menggunakan kaki.

Pemain FIFA 22 ini dilahirkan dengan sindrom TAR iaitu sindrom yang menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai tulang di sepanjang tangan.

“Saya bermain permainan bola sepak dengan cara yang sepatutnya dimainkan, iaitu menggunakan kaki,”  dari status Twitter Tolando.

Untuk mencapai Division 1 adalah sangat susah akibat ramai pemain-pemain FIFA 22 lain yang hebat namun, Tolando berjaya mencapai kejayaan ini dengan hanya menggunakan kaki dan membuktikan beliau juga mampu untuk bermain FIFA 22 walaupun dengan kekurangan yang dimilikinya.

Toland tanpa bantuan settings dan teknologi tambahan untuk membantu juga menarik perhatian EA yang terus memujinya di Twitter.