Sertai kejohanan amatur PUBG Mobile Dew Challenge 2020 – RM200,000 hadiah terkumpul

By Hazril Md Nor | December 17, 2020

Jenama air minuman, Mountain Dew umum kolaborasi peringkat global bersama judul permainan mudah alih yang terkenal di dunia, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile).

Selari dengan kolaborasi itu, mereka juga mengumumkan kejohanan baru di Malaysia dan Singapura iaitu PUBG Mobile Dew Challenge 2020 (yang akan berakhir pada 30 Januari tahun depan). Ia adalah kejohanan amatur terbesar di Malaysia dan Singapura dengan hadiah terkumpul sebanyak RM200,000.

Menariknya, sebanyak RM100,000 akan dimenangi juara manakala RM50,000 dan RM29,000 masing-masing untuk tempat kedua dan ketiga. Ini menunjukkan kejohanan amatur ini bersifat kompetitif.

Pendaftaran sudah dibuka sejak 14 Disember hingga 8 Januari ini manakala pusingan kelayakan akan bermula pada 22 Disember hingga 15 Januari. Daftar di PAUTAN INI.

Pemenang kejohanan ini juga berpeluang untuk menjalani sesi latihan bersama pasukan Geek Fam PUBGM.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan PUBG Mobile dan ingin berinteraksi dengan beberapa pemain game terbaik di Malaysia dan Singapura,” kata Jennifer Lee, Beverage Marketing Lead di PepsiCo.

“Kolaborasi global ini membuka lembaran baru dalam inovasi gaming dan memberikan pengalaman terbaik kepada generasi seterusnya dalam e-sukan,” tambahnya.

 

Bagi pemain di Malaysia, pembelian produk Mountain Dew yang bertanda membolehkan anda menebus ganjaran dalam PUBG Mobile.

 

Sebelum ini Mountain Dew menganjurkan kejohanan amatur di Malaysia bagi permainan Dota 2 yang mana pemain negara, Yeik Nai Zheng adalah pemain berbakat yang ditemui melalui kejohanan tersebut.