Server Genshin Impact akan beralih ke Singapura

By Hazrul Md Nor | October 31, 2021

Mihoyo, pembangun permainan peranti mudah alih popular iaitu Genshin Impact kini mengumumkan mereka akan memindahkan server mereka ke Singapura. 

Ini menjadikan mereka pembangun permainan video dari China terkini yang melakukan perkara itu. Alibaba dan Tencent sudah memilih negara itu sebagai ibu pejabat mereka sejak dahulu lagi.

Syarikat Mihoyo akan memulakan operasi mereka seperti R&D, public relations, pemasaran, branding dan lain lain dari Singapura mulai sekarang.

Berdasarkan pengumuman dari syarikat itu, peralihan server akan berlaku pada 26 Oktober sehingga 8 Oktober. Mereka memaklumkan server akan menjadi lebih stabil dan tambahan kelajuan kepada pemain.

Terdahulu, permainan video ini mendapat AS245 juta (RM1 bilion) sejak bulan pertama ia dilancarkan. Peralihan server ke Singapura akan menjadi titik permulaan untuk Mihoyo mengembangkan perniagaan mereka dan memfokuskan strategi ke pasaran Asia Tenggara.