DOTA 2: Sheever Mengumumkan Rawatan Kanser Berjalan Dengan Lancar

By Hazril Md Nor | December 12, 2017

Personaliti Dota 2, Jorien “Sheever” van der Heijden mengumumkan berita baik di Twitter miliknya beberapa hari lalu.

Hos dan shoutcaster itu yang menghidap kanser payudara tujuh bulan lepas, melaporkan kelenjar limfa (lymph nodes) kini dalam keadaan baik. Berita itu diumumkan berikutan checkup session bersama pakar onkologi yang ditemuinya pada 27 November.

Minggu lalu, Sheever melaporkan mastektomi (prosedur pembedahan) yang dijalankan pada 28 November berjalan dengan lancar. Pembedahan itu dibuat selepas beliau menghadiri 12 sesi kemoterapi.

Sebelum surgeri itu, Sheever dinasihatkan bahawa pembentukan payu dara adalah sukar sehingga kira-kira setengah tahun selepas prosedur. Selain itu, tumor yang didiagnosis dengannya akan memerlukan rawatan lanjut selepas pembedahan iaitu melalui radioterapi.

Sesi radioterapi beliau dijadualkan bermula selepas luka pembedahannya sembuh sepenuhnya. Beliau juga akan menjalani terapi hormon selama lima tahun untuk mengekalkan estrogen daripada melekat di sel-sel kanser.

Buat masa ini, beliau perlu sedikit masa untuk berehat dan pulih. Sheever pastinya akan mengemaskini blog kansernya (yang mula dilancarkan pada May).

Disebabkan kanser, beliau pastinya akan terlepas beberapa acara Dota 2 sehingga menjalani sesi radioterapi tapi menurutnya, “the worst part is done”. Diharapkan Sheever akan terus beransur pulih dan kembali ke arena Dota 2 untuk peminatnya dan juga industri itu sendiri yang kekurangan talent wanita.

Bagi korang yang mungkin belum mengenali Sheever, saksikan klip video di bawah:

Akhir kata, Get Well Soon Sheever!