Slime Rancher 2 diumumkan Monomi Park – jom bela slime-slime comel baharu

By Mike Hayate | June 21, 2021

Slime Rancher permainan simulasi menjaga Slime ini telah menjadi antara salah satu permainan video sand-box paling popular sejak 2015.

Kini mengumumkan Slimer Rancher 2 dengan slime-slime jenis baharu dan tempat-tempat baru yang lebih cantik.

Anda boleh membela semua jenis slime-slime baru ini di dalam ladang anda dan berjual beli dengan hasil yang anda dapat dari slime yang dibela. Saksikan video pengumuman Slimer Rancher 2 dibawah:

Penampakan spesis slime baru yang menyerupai arnab.

Spesis Slime air baru seakan-akan ikan angler laut dalam dengan lampu di kepalanya.

Nantikan Slime Rancher 2 di pelantar Xbox, Steam dan Epic Game Store nanti.