Sony anjur acara Playful Festival – jualan DualShock 4, PS Plus, dan banyak lagi

By Burhanudin Zamri | February 3, 2021

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan acara Playful Festival yang akan berlangsung dari 3 hingga 21 Februari tahun ini. Acara ini berlangsung sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Terdapat dua bahagian utama acara ini iaitu jualan Playful New Year dan kempen komuniti Playful Festival Challenge.

Dalam jualan Playful New Year, alat kawalan DualShock 4 (warna-warna terpilih) dijual pada harga promosi RM179. Terdapat juga beberapa permainan fizikal yang dijual pada harga promosi: The Last of Us Part II (RM129), Ghost of Tsushima (RM169), dan Final Fantasy VII Remake (RM129).

Jika anda berminat untuk melanggani perkhidmatan PlayStation Plus (PS Plus), anda boleh membeli baucar 12 bulan PS Plus pada harga RM159 dan anda akan menerima 3 bulan tambahan percuma. Di PlayStation Store pula, langganan PS Plus 12 bulan menerima diskaun 25% menjadikan harganya RM119.

Tawaran PS Plus ini akan berakhir pada 10 Februari ini.

SIE juga mengadakan jualan permainan digital di PlayStation Store yang akan berakhir pada 17 Februari ini. Antara permainan-permainan hebat yang menerima potongan harga dalam jualan tersebut adalah:

  • Ghost of Tsushima – RM149.40
  • FIFA 21 Champions Edition – RM101.70
  • Kingdom Come: Deliverance – RM38.10
  • Sekiro: Shadows Die Twice – RM137.15
  • Red Dead Redemption 2 – RM119.50

Kempen komuniti Playful Festival Challenge dipecahkan kepada Community Challenge dan Team Challenge.

Dalam Community Challenge, para pemilik akaun PlayStation Network hanya perlu log masuk dalam tempoh 3 hingga 11 Februari ini untuk menyertai cabaran ini. Apabila bilangan jam yang dinyatakan untuk aktiviti-aktiviti tertentu telah dicapai, para peserta layak memenangi hadiah menarik seperti langganan PS Plus dan baucar PS Store bernilai RM4,100.

Cabaran ini berlangsung dari 12 Februari hingga 5 Mac tahun ini.

Dalam Team Challenge pula, para pemain harus memilih untuk menyertai salah satu pasukan yang diketuai oleh pempengaruh gaming di Asia Tenggara. Pempengaruh Malaysia yang mengetuai pasukan mereka sendiri adalah gabungan Max Hazer dan J Hunter.

Antara pempengaruh lain yang terlibat adalah Titan Gamers (Singapura), MrCast (Thailand), dan PokoPow (Indonesia).

Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran-cabaran Playful Festival Challenge, anda boleh melayari laman web rasmi PlayStation.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.