Sony lancar promosi Black Friday, tawar diskaun permainan sehingga 80%

By Taib Mohamed | November 19, 2021

Bermula hari ini (Jumaat, 19 November) hingga 29 November ini Sony Interactive Entertainment mengumumkan promosi Black Friday dan menawarkan jualan permainan dengan diskaun sehingga 80%!

Melalui promosi ini, Sony menawarkan langganan 12 bulan PlayStation Plus PS Store dengan harga RM106, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 33%. 

Sony juga menawarkan potongan harga bagi DUALSHOCK 4 Wireless Controller dengan harga RM60 sahaja. 

Selain itu, mereka menawarkan tajuk-tajuk permainan yang diberi potongan harga sehingga 80%.

Berikut ialah antara tajuk-tajuk PS4 dan PS5 yang diberikan potongan harga:

PS5

  • Demon’s Souls – RM209
  • Ghost of Tsushima Director’s Cut – RM239
  • Final Fantasy VII REMAKE – RM239

PS4

  • Ghost of Tsushima Director’s Cut – RM189
  • Marvel’s Spider-Man: Miles Morales – RM169
  • NieR Replicant ver 1.22474487139… – RM169
  • Crash Bandicoot 4: It’s About Time – RM79

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi Black Friday daripada Sony anda boleh layari SINI