Sony Memasarkan Venom Sebagai Romantic Comedy – Saksikan Trailer Terbaru

By Hazril Md Nor | November 29, 2018

Selepas beberapa lama ditayangkan di pawagam, nampaknya Sony Pictures Entertainment mempunyai perancangan agak menarik untuk Venom!

Ia adalah romantic comedy – untuk korang yang suka tengok cerita dalam talian ni.

Saksikan trailer di atas kerana di bawah adalah penerangan lebih lanjut tentang Venom dan bagaimana ia dijual dengan sangat laris di China.

ALIEN YANG ‘SEKSI’ DISUKAI MASYARAKAT CHINA

Venom pada asalnya adalah karakter dicipta untuk menjual alat mainan, tapi kemudiannya dianggap sebagai alternatif untuk Spider-Man.

Tapi sebenarnya ramai peminat yang menganggap alien symbiote ini ‘seksi’ dan Sony tak kisah untuk masuk ke genre itu.

Reaksi peminat di dunia maya dan peminat filem Venom bukan hanya di Amerika Syarikat tapi juga appeal untuk warga China juga dan ia sangat diterima dalam pasaran China.

Filem itu membawa keuntungan lebih USD822 juta seluruh dunia dan ia dianggap sebagai salah satu filem superhero yang pelik pada zaman moden.

“Sony tidak dapat keuntungan yang lebih lagi kerana mereka tidak menumpukan kepada genre romantik yang sebenarnya sangat diterima di China,” mengikut laporan dari Vox.

Itulah sebabnya kita menerima trailer baru yang menunjukkan Venom ingin menjadi teman lelaki yang sweet dan thoughtful. Walaupun filemnya tak mampu sampaikan konsep ini, ramai yang menyukai jika raksasa ini sebenarnya boleh jadi romantik dan seksi.

Ia akan dikeluarkan secara digital pada 11 Disember.

Sumber: Polygon