Spesifikasi sistem PC untuk Battlefield 2042 didedahkan, ujian permainan teknikal mula minggu depan

By Taib Mohamed | August 5, 2021

Pembangun Battleship 2042, DICE akan adakan ujian permainan teknikal pertama antara 12 Ogos dan 15 Ogos, lapor VideoGameChronicle. DICE juga mengumumkan sistem keperluan minimum dan dicadangkan untuk pemain PC.

Ujian permainan itu akan menampilkan enam sesi secara keseluruhan. Lima sesi akan berlangsung selama tiga jam, sementara ujian selebihnya akan berlangsung selama 9 jam.

DICE pada asalnya ingin lakukan ujian permainan pada Julai, tetapi ditangguhkan untuk fokus lebih masa pada implementasi rentas permainan.

Ujian ini akan menjadi tuan rumah untuk beberapa ribu orang. Sekiranya anda ingin mencuba nasib semasa mendaftar untuk program ujian permainan anjuran EA, klik SINI.

Berikut ialah spesifikasi minimum dan dicadangkan bagi pemain PC. Jika anda ketinggalan dari segi prosesor terutama bagi pengguna Intel, anda mungkin perlu naik taraf ke model i7.

Spesifikasi minumum:

OS: 64-bit Windows 10

Prosesor (AMD): AMD FX-8350

Prosesor (Intel): Core i5 6600K

Memori: 8GB

Video Memori: 4GB

Kad grafik (AMD): AMD Radeon RX 560

Kad grafik (NVIDIA): Nvidia GeForce GTX1050 Ti

DirectX: 12

Keperluan sambungan atas talian: 512kbps atau lebih.

Spesifikasi dicadangkan:

OS: 64-bit Windows 10

Prosesor (AMD): AMD Ryzen 3600

Prosesor (Intel): Core i7 4790

Memori: 16GB

Video memori: 8GB

Kad grafik (AMD): AMD Radeon RX 5600 XT

Kad grafik (NVIDIA): Nvidia GeForce RTX 2060

DirectX: 12