Spesifikasi sistem PC untuk Halo Infinite diumumkan

By Taib Mohamed | August 27, 2021

Microsoft dan 343 Industries mengumumkan senarai penuh spesifikasi sistem PC untuk Halo Infinite.

Seperti yang disenaraikan di laman Halo Infinite di Steam, berikut ialah spesifikasi sistem minimum dan dicadangkan:

Minimum:

  • Memerlukan prosesor dan sistem operasi 64-bit
  • OS: Windows 10RS3 x64
  • Prosesor: AMD FX-8370 atau Intel i5-4440
  • Memori: 8GB RAM
  • Grafik: AMD RX570 atau Nvidia GTX1050Ti
  • DirectX: Version 12
  • Storan: ruang keperluan 50GB 

Dicadangkan:

  • Memerlukan prosesor dan sistem operasi 64-bit
  • OS: Windows 10 19H2 x64
  • Prosesor: AMD Ryzen 7 3700X atau Intel i7-9700k
  • Memori: 16 GB RAM
  • Grafik: Radeon RX 5700 XT atau Nvidia RTX 2070
  • DirectX: Version 12
  • Storan: ruang keperluan 50GB

Tambahan, Halo Infinite juga dikatakan akan menyokong “tetapan grafik lebih baik”, menyokong resolusi ultra-lebar, super ultra-lebar dan pengikat tiga kunci untuk dynamic scaling dan framerate boleh ubah.

Spesifikasi ini kelihatan sama dengan diperlukan untuk previu teknikal berbilang pemain Halo Infinite yang diadakan beberapa minggu lalu, jadi jika anda boleh bermain ketika itu, bermakna sistem anda sudah cukup bagus.

Halo Infinite akan dilancarkan di Xbox dan PC Disember ini. Hal ini diumumkan ketika Gamescom 2021, disamping memperkenalkan konsol Xbox Halo edisi terhad terbaru. Sementara Halo Infinite dilancarkan pada tahun ini, ia tidak akan sertakan kempen kerjasama atau Forge sehingga tahun depan. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.