Spider Man PS4 Nampak Awesome Dalam Screenshot Baru – Termasuk Shocker & Norman Osborn

By Hazril Md Nor | April 19, 2018

Insomniac Games nampaknya terus megah dengan keluaran Spider Man baru yang akan dilancarkan pada musim panas ini. Marvel pula menunjukkan beberapa screenshots termasuklah musuh baru yang akan membuat kemunculan dalam permainan video itu.

Ini adalah koleksi screenshot dan sikit penerangan untuknya. Jom layan gambar-gambar cun dari Spider Man ni!

Dalam gambar pertama ini, Spider kelihatan ingin menumbangkan beberapa musuh, menggunakan persekitaran dengan menarik objek berupa rak ke atas mereka. Ia berguna untuk menewaskan dua musuh pada masa sama.

Dalam gambar seterusnya, kita bukan saja nampak close-up Spidey menghayun merentasi bandar, lengkap dengan iklan yang dipasang di mana-mana. Ini mungkin salah satu lokasi yang kita bakal lalui dan Spidey mempunyai banyak lagi tempat untuk meneroka.

Ini adalah pandang pertama untuk Shocker. Seperti yang korang nampak, kostumnya diinspirasikan dari Vulture dan berkemungkinan ada kaitannya. Tapi macam mana pulak kekuatannya dalam game? Kita akan dapat tahu tak lama lagi.

Di sini kita boleh saksikan Norman Osborn ataupun Green Goblin. Dia sebenarnya memegang tanggungjawab sebagai datuk bandar tapi masih belum pasti bagaimana alter-egonya akan ditayangkan dalam permainan.

Spidey dengan mudah menewaskan musuh dan melilitnya dengan sarang untuk ditahan oleh polis. Perhatikan pencahayaan dalam gambar ini, sangat menarik.

Dan ini adalah concept art untuk kedua-dua ahli Mister Negative. Seperti dilihat, topeng mereka direka dengan baik dan menambah nilai karakter bersama dengan aksi kejam mereka. Tapi berapa jenis yang ada dekat luar sana? Mungkin berbelas.

Dalam gambaran ini, kita boleh nampak ibu pejabat milik seseorang. Mungkin juga ia kepunyaan Kingpin, Oscorp ataupun Mister Negative. Concept art sangat cantik, memberikan idea bagaimana Insomniac Games meletakkan komitmen dalam rekaan dalaman permainan video itu.

 

Seterusnya adalah Mister Negative dalam form hitam putih. Karakternya kelihatan sangat tenang dan tangan yang diletakkan dalam kocek seluar menunjukkan dirinya mampu berdepan dengan Spidey. 

Ini pula adalah Kingpin. Dia bermula dengan melawat penjara tapi masih menjadi misteri jika dia akan duduk di sana. Korang akan melawan beberapa kroninya dalam kembara korang jadi bersedia untuk beberapa perlawanan menanti.

Close-up ini menunjukkan idea bagaimana rekaan sut Spider-Man direka dengan begitu teliti. Sangat impressive dari pencahayaan dan warna yang diberikan kepada sut itu sendiri. Pastinya tak mengecewakan mengembara sebagai Spidey dengan sut begini.

Pandangan ini yang menunjukkan Spider-Man melihat suasana di bandar sangat menarik. Bukan saja pencahayaan yang on-point tapi juga level of detail yang sangat mengagumkan. Lihat bagaimana hujan memantulkan imej di jalanan dan objek di atasnya, seperti kereta.

Untuk screenshot terakhir, kita saksikan Spidey bersedia melompat ke atas salah seorang musuhnya, menjatuhkannya dengan penuh kejutan. Ketangkasan Spider Man berbaloi dalam permainan terutama bila dia perlu menjatuhkan beberapa musuh sekali gus. 

Spider-Man akan dilancarkan pada 7 September di PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro.

Sumber: Comicbook