SSD Steam Deck boleh dinaik taraf oleh pengguna tapi prosesnya rumit

By Hazrul Md Nor | July 23, 2021

Pada minggu lepas, Valve sudah melancarkan Steam Deck, sebuah peranti yang membolehkan penggemar permainan video platform PC untuk bermain secara on the go. Akan tetapi, salah satu persoalan yang masih ada ialah sama ada penyimpanan SSD dalamannya akan dapat dinaik taraf oleh pengguna.

Semasa hands on IGN dengan Steam Deck, jurutera perkakasan Valve, Yazan Aldehayyat mengesahkan bahawa SSD tidak dicantum ke motherboard. Ini bermaksud ia secara teknikal akan dapat dinaik taraf oleh pengguna.

 

Foto: Valve

“Kami menggunakan SSD M.2 NVMe standard di dalamnya” kata Aldehayyat. “Ini modul yang berasingan – kami menentang trend meletakkannya terus ke motherboard.“.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna pengalaman untuk meningkatkan SSD itu mudah. “Kebolehbaikan ialah sesuatu yang sebenarnya kami fokuskan dan cuba menjadikan peranti tersebut mudah untuk diperbaiki sebaik mungkin. Tetapi perkara ini benar-benar dimaksudkan untuk orang yang tahu apa yang mereka lalukan dan mempunyai pengalaman dalam melakukannya.” ujar beliau lagi.

Dalam erti kata lain, SSD boleh dinaik taraf akan tetapi ianya tidak mudah diakses seperti slot pengembangan SSD PS5. Ini bererti orang yang tidak takut untuk memisahkan komponen unit mereka (yang mungkin menyebabkan warranty mereka batal) akan dapat meningkatkan SSd itu ke modul 2230 m.2 yang serasi. Perkara ini bukan disyorkan oleh Valve untuk pengguna lakukan sama sekali.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.