Streamer terkenal Valkyrae menghadapi kritikan akibat pengeluaran produk pseudosains

By Mike Hayate | October 25, 2021

Rachell “Valkyrae” Hofstetter baru-baru ini mengeluarkan produk untuk kulit yang diberi nama RFLCT.

Namun, produk itu membuat Valkyrae dikenakan kritikan sehingga mendatangkan kontroversi besar dan masalah beretika.

RFLCT dikatakan dapat menghalang pencemaran cahaya biru dari skrin komputer dan skrin telefon.

Namun ramai peminat, penonton dan malah beberapa streamer lain juga memberi banyak kesangsian.

Valkyrae dikatakan sudah cuba untuk melakukan penipuan buat ramai penonton muda.

Malah, beberapa doktor juga bersetuju dengan produk keluaran Valkyrae ini tidak boleh dipercayai.

“Setakat ini masih tiada apa-apa bukti kukuh yang mengatakan skrin dapat mengeluarkan cahaya yang cukup untuk merosakkan kulit,” tambah Shari Marchbein yang juga pakar dermatologi.