Streamer yang sudah lama menggunakan nama ‘Squid Game’ diganggu dalam talian

By Mike Hayate | October 13, 2021

Seorang content creator dikenali sebagai Lydia Ellery sudah menggunakan nama Squid Game di Youtube sejak 2011 lagi.

‘Squid’ adalah nama panggilan yang diterimanya ketika zaman persekolahan lagi.

“Saya menggunakan nama ‘Squid Game’ sejak 2011 lagi.” katanya.

Jadi Lydia terus menggunakan nama Squid Game di Youtube, Instagram dan akhirnya Twitch juga.

Tetapi disebabkan oleh cerita Squid Game yang ‘meletup’ di Netflix, hal ini menyebabkan Lydia diserang oleh ramai orang yang mencari Squid Game dan bertindak untuk mengganggunya.

Squid Game' gains popularity in China, despite Netflix not being available

Banyak gambar-gambar Lydia di Instagram mendapat cacian dan ada yang mengganggunya dengan menghantar mesej.

Akaun milik Lydia juga digodam begitu banyak sekali oleh individu tidak bertanggungjawab.

Akaun Instagram Lydia juga menerima ban apabila ramai orang membuat aduan secara beramai-ramai.

‘Tidak dinafikan hal ini membuatkan ramai orang datang ke Twitch saya dan sudah pasti membantu untuk mereka yang ingin tahu,”

Lebih kasihan nama ‘Squid Game’ itu menyebabkan apa-apa pencarian untuk ke mana-mana platform Lydia sudah dipenuhi dengan Squid Game di Netflix.