Studio di sebalik THPS 1+2 digabungkan dengan Blizzard

By Burhanudin Zamri | January 25, 2021

Vicarious Visions, studio di sebalik Tony Hawk Pro Skater 1+2 dan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, telah dipindahkan hak dari Activision ke Blizzard. Semua kakitangan Vicarious Visions kini telah diserap sepenuhnya menjadi kakitangan Blizzard.

Wakil daripada Blizzard menerangkan bahawa Vicarious Visions akan mengusahakan permainan-permainan Blizzard sedia ada. Ini bermaksud mereka tidak akan membangunkan permainan baharu Tony Hawk atau Crash Bandicoot pada masa depan.

Jen Oneal, Ketua Studio Vicarious Visions, telah dinaikkan pangkat menjadi Naib President Eksekutif Pembangunan di Blizzard. Beliau akan lapor secara terus kepada J. Allen Brack, Presiden Blizzard. Simon Ebejer, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Vicarious Visions, akan menggantikan Jen Oneal.

Activision memperoleh Vicarious Visions pada tahun 2005, tiga tahun sebelum Activision bergabung dengan Blizzard untuk menubuhkan Activision Blizzard.

Pada pendapat penulis, ini adalah satu perkembangan yang amat menyedihkan. Vicarious Visions  telah membuktikan diri sebagai sebuah studio yang sangat berbakat. Ia adalah satu pembaziran untuk menggunakan kebolehan mereka untuk permainan-permainan seperti World of Warcraft, Overwatch, dan Diablo.

Sumber: GamesIndustry.biz

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.