Studio permainan menuduh pencipta AK47 meniru reka bentuk senjata mereka

By syazwanbahri | December 8, 2021

Pembangun permainan indie Ward B menuduh salah satu syarikat senjata terbesar dunia atas meniru reka bentuk senjata dalam permainan serta memberikan permainan Escape From Tarkov hak untuk menggunakan reka bentuk itu.

Syarikat senjata itu adalah Kalashnikov, pencipta senjata ikonik Avtomat Kalashnikov 47 atau lebih dikenali sebagai AK47.

Ward B mengatakan bahawa kontraktor yang terlibat dengan Kalashnikov dan meminta izin untuk menjadikan senapang patah EPM28 Mastodon dari permainan Oceanic untuk dijadikan sebagai senjata sebenar. Senjata ini dicadangkan oleh kontraktor itu untuk dijadikan kit senapang patah untuk MP155 Ultima, sepucuk senapang patah oleh Kalashnikov.

EPM28 Mastodon

Namun, Marcellino Sauceda menyatakan bahawa walaupun kontraktor mendekati studionya untuk meminta izin, mereka tidak pernah menerima apa-apa kontrak atau surat rasmi dari Kalashnikov. Malah, yang peliknya, Kalashnikovbukan sahaja mencuri reka bentuk senjatanya tetapi kemudiannya memberikan permainan video yang berasingan sepenuhnya hak untuk menggunakan reka bentuknya. Sauceda berasa kesal kerana senjata yang dicipta dan direka bentuk oleh pasukannya dapat dilancarkan dalam permainan lain sebelum dapat dilancarkan ke permainan mereka tersendiri, iaitu Oceanic.

Beberapa ketika kemudian, Kalashnikov mendedahkan MP-155 Ultima yang kelihatan sangat mirip dengan reka bentuk Ward B untuk EPM28 Mastodon.

MP-155 Ultima dari Kalashnikov

Sauceda mendakwa bahawa MP-155 Ultima menggunakan reka bentuk Ward B dan menyatakan bahawa terdapat beberapa keputusan estetik pada MP-155 Ultima yang tidak mempunyai perkhidmatan praktikal dalam kehidupan sebenar. Ini termasuk penerima peluru pada Ultima.

Menurut Sauceda. “Saya rasa mereka mempunyai model 3D Mastodon dan mereka terlupa untuk menukar bahagian itu, kerana mereka menukarnya di bahagian sebelah senjata itu.”

Kontraktor yang berhubung dengan Ward B mempertahankan reka bentuk Ultima. Beliau juga memberitahu bahawa beliau mencipta reka bentuk MP-155 Ultima dengan sendirinya. Begitu juga, Sauceda berkata Kalashnikov mendakwa bahawa ia membangunkan MP-155 Ultima dari awal dan bahawa eksekutif tidak pernah melihat reka bentuk senjata Ward B.

Sumber rujukan: NME, IGN