Sukan SEA 2019: Emas Pertama Buat Malaysia

By Hazril Md Nor | December 9, 2019

Atlet negara, Yew Weng Kean (kiri dalam gambar) berjaya raih emas pertama buat Malaysia selepas menewaskan pemain Thailand, Popan Werit dengan markah keseluruhan 3-1 dalam kategori Hearthstone di temasya dwi-tahunan Sukan SEA 2019 yang pertama kali mempertandingkan pingat buat e-sukan.

Ini adalah emas pertama memandangkan skuad Mobile Legends yang bermain semalam meraih Gangsa selepas tewas di pusingan akhir kumpulan kalah menentang Filipina dengan skor 0-2. 

Saksikan perlawanan seterusnya bagi emas untuk Arena of Valor dan Dota 2 di Youtube Razer: https://www.youtube.com/watch?v=ZAUwnPgbUas

Perlawanan pada jam 1 petang dan 4 petang.

(Foto: M8HEXA)