Sukan SEA 2019: Filipina Akan Tubuhkan Pasukan “All-Star” DOTA2 Dan Mobile Legends

By Hazril Md Nor | July 30, 2019

Bagi menghadapi Sukan SEA 2019 pada November nanti, Filipina, negara yang juga tuan rumah temasya dwi-tahunan berkenaan akan mencari star player (pemain yang pernah menyertai kejohanan antarabangsa dan mempunyai pengalaman luas dalam e-sukan) untuk disenarai pendek menjadi all star team nanti.

Difahamkan, Filipina membentuk pasukan ini di bawah nama Sibol, iaitu pasukan kebangsaan mewakili negara ini. Atlet-atlet berpengalaman ini dipanggil untuk menyertai training pool yang mana mereka akan disenarai pendek untuk layak menyertai Sibol.

Roster terakhir Sibol ini akan mempunyai tujuh pemain untuk setiap permainan berasaskan pasukan (Dota2, Mobile Legends, Arena of Valor) manakala dua pemain untuk permainan individual iaitu Tekken 7, Hearthstone dan Starcraft II).

Menerusi laporan ggnetwork.tv, Filipina mempunyai star player yang cukup dikenali seperti di bawah:

Dota 2 – Senarai panjang Sibol

  • Carlo “Kuku” Palad
  • Timothy John “Tims” Randrup
  • Kim “Gabbi” Santos
  • Armel “Armel” Tabios
  • Nico “Eyyou” Barcelon
  • Djardel “DJ” Mampusti
  • Marc Polo Luis “Raven” Fausto
  • Abed Azel “Abed” Yusop
  • Michael “ninjaboogie” Ross Jr.
  • Ryan Jay “Bimbo” Qui

Nama-nama di atas ini adalah mereka yang sekarang berada dalam skuad yang layak ke The International 2019: Fnatic, Mineski, TNC Predator dan lain-lain skuad popular. Sementara itu, wakil Malaysia yang akan ke bootcamp setakat ini adalah:

Team Unicorn – Putrajaya

  • Lee ‘Jolly’ Chien Jie 
  • Chua ‘KaNG’ Soon Khong 
  • Tan ‘TrazaM’ Khai Soon 
  • Yeong ‘Mercury’ Shi Jie 
  • Cheong ‘czy’ Zhi Ying 

Felix + 4 – Johor

  • Chong ‘FelixCiaoBa’ Wei Lun
  • Ng ‘YamateH’ Wei Poong 
  • Khoo ‘Ohaiyo’ Chong Xin 
  • Goh ‘MozN’ Choo Jian 
  • Kok ‘ddz’ Yi Liong 

MLBB Malaysia pula masih belum umum nama akhir dan Nureddy Nursal (pengurus Bosskurr Gaming) akan umum dalam masa terdekat. Di bawah adalah senarai untuk atlet Filipina:

Mobile Legends: Bang Bang – Senarai panjang Sibol

  • Carlito “Ribo” Ribo
  • Erwin “Yakou” Magno
  • Jeniel “Haze” Bata-Anon
  • Marc Danielle “Dee” San Luis
  • Yuji “Yuji” Aizawa
  • Angelo Kyle “Pheww” Arcangel
  • Renz Carlo “Pein” Reyes
  • Lester “Tets” Santos
  • Ralph Mico “Coco” Sampang
  • Mark “Dysania” Cruz
  • Ephraim Jueinno “Ejhay” Sambrano
  • Gerardo “Eson” Mark Jayson
  • Jeff Franklin “Jeffqt4ever” Anaya
  • Allan Sancio “Lusty” Castromayor
  • Jason Rafael “Jay” Torculas
  • Ashleymarco “Killuash” Cruz
  • Kyle “Ryo” Berceño

Bagi MLBB pula, atlet-atlet ini pernah menyertai MSC, MPL dan lain-lain kejohanan berprestij Moonton.

Namun, Filipina tidak pula menidakkan peluang pemain lain yang ingin mencuba. Individu yang berhasrat menyertai Sibol perlu melalui pusingan kelayakan dengan syarat berusia 13 tahun ke atas.

Pemilihan untuk senarai pendek ini dijangka bermula pada Ogos dan pemain akan dimeritkan mengikut kemahiran mereka dalam sesuatu e-sukan dan juga keserasian bersama pemain selain beberapa aspek lagi akan dinilai.

Seperti Malaysia juga, pasukan Sibol akan mempunyai jurulatih dan pengurus bagi setiap permainan.

Temasya Sukan SEA 2019 akan bermula pada November ini dan berakhir pada Disember di Filipina.

Bagi kategori e-sukan, ia akan dipertandingkan bersama sukan bola keranjang 3×3 di Pusat Filoil Flying V, Manila, Filipina. 

Peringkat kumpulan (group stage) akan bermula pada 5 Disember dan Grand Final pada 9 dan 10 Disember.

Sumber: ggnetwork.tv

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.