Super Buckyball Tournament – bola sepak campur kuasa AI dan sibernetik

By Mike Hayate | July 8, 2021

Super Buckyball Tournament adalah permainan video sukan fantasi dari Pathea Games.

Pada masa hadapan, Buckyball kini menjadi sukan paling hebat dalam dunia.

Buckyball meletakkan pemai ndalam dunia fantasi apabila artificial intelligence dan modifikasi sibernetik memberi manusia kuasa untuk bermain bola sepak Buckyball.

Super Buckyball Tournament on Steam

Super Buckyball Tournament kini menjadi kegilaan ramai dan perlawanan underground Buckyball diadakan di serata dunia.

Dunia Buckyball ini menggunakan konsep cyberpunk dan penggunaan gadget dan kuasa karakter untuk bermain permainan bola sepak ini.

Super Buckyball Tournament Trailer - YouTube

Buckyball menggunakan konsep tiga lawan tiga dan perlu membuat gol ke pihak lawan.

Setiap karakter mempunyai kuasa dan kelebihan masing-masing. Setakat ini cuma 11 karakter sahaja yang ada untuk dipilih.

Beta percuma akan dikeluarkan hari ini sehingga 22 Julai ini di platform Steam. Setakat ini masih belum ada lagi pengumuman untuk platform lain seperti Switch, PlayStation dan Xbox.