Activision Blizzard

MOBILE

COD Warzone 2 dalam pembangunan, akan dilancarkan tahun 2023

Call of Duty Warzone adalah salah satu permainan genre battle royale yang agak besar yang hadir ke gugusan permainan battle royale beberapa tahun lalu. Walaupun permainan ini masih baru, Activision Blizzard sudah ingin membangunkan sambungan kepada permainan itu.

Menurut penulis Bloomberg, Jason Schreier, Activision sedang giat membangunkan Warzone 2.

Setakat ini, idak diketahui studio Activision mana yang ditugaskan untuk projek itu, mahupun matlamat khusus permainan itu.

Maklumat ini datang sebagai sebahagian daripada laporan yang lebih besar yang menjelaskan status siri permainan Call of Duty pada konsol PlayStation berikutan pengambilalihan Microsoft untuk penerbit Activision Blizzard.

Permainan ini mungkin menerima pelbagai penaiktarafan, sistem baharu, acara dalam permainan yang menarik, atau hanya pengalaman yang lebih lancar secara umum.

Setiap kemas kini Warzone baharu lazimnya disertakan dengan set masalah permainannya sendiri, menyebabkan ramai yang menuntut ‘permulaan baharu’ selepas ini.

Tetapi, antara yang diharapkan pemain adalah saiz permainan yang gergasi dapat dikurangkan. 

Sumber rujukan: Bloomberg

Read More

CONSOLE

Microsoft mengambil alih Activision Blizzard, ini apa yang mungkin akan berlaku

Industri permainan video digemparkan dengan berita Microsoft yang mengambil alih syarikat Activision Blizzard dengan harga AS$68.7 billion (RM288 billion). Ini menjadikannya pembelian syarikat yang terbesar dan termahal dalam industri ini.

Activision Blizzard adalah studio yang bertanggungjawab membawa permainan yang pasti dikenali ramai seperti Call of Duty dan World of Warcraft. Tetapi, ia juga terkenal dengan pelbagai isu diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja.

Dalam langkah gergasi ini, terdapat beberapa perkara signifikan akan berlaku. Antaranya adalah penurunan Bobby Kotick sebagai CEO Activision Blizzard apabila selesainya penggabungan itu. Kotick dilaporkan bersubahat dalam kes-kes yang melanda pejabat Activision Blizzard. Semoga dengan ini, pekerja Activision Blizzard akan terlindung dari masalah yang kritikal itu.

Selain itu, untuk pemain, kita juga dijangka akan menerima lebih banyak permainan dalam servis langganan Game Pass.

Antara francais yang mungkin akan disertakan dalam Game Pass adalah seperti berikut:

  • Overwatch,
  • Diablo,
  • Call of Duty,
  • Warcraft,
  • Candy Crush,
  • Starcraft

Permainan Ekslusif

Ada yang berpendapat bahawa permainan-permainan seperti Call of Duty atau Overwatch akan menjadi ekslusif kepada konsol Xbox serta PC. Namun, Microsoft membidas dengan menyatakan hanya sesetengah permainan akan menjadi ekslusif kepada Xbox dan mereka akan terus menghasilkan permainan Activision untuk konsol saingannya, PlayStation.

Ironinya, disebabkan Activision menerbitkan Crash Bandicoot baru-baru ini, ini bermakna ikon PlayStation terkenal itu kini dimiliki oleh Microsoft. Ini juga bermaksud akan ada kemungkinan bahawa francais Crash Bandicoot boleh dijadikan permainan eksklusif Xbox.

Tamatkah Dominasi Sony?

Dengan gabungan ini, pelbagai permainan gred AAA akan disertakan dalam Game Pass yang tidak begitu mahal untuk dilanggan. Dengan hanya AS$9.99 (RM 40) sebulan, pelanggan dapat menikmati lebih ratusan permainan yang ditawarkan dalam langganan Game Pass. Ia berbeza jika dibandingkan dengan Sony dimana langganan PlayStation Plus akan menawarkan dalam 3 – 4 permainan setiap bulan.

Tambahan pula, strategi Microsoft dalam menangani krisis ketandusan konsol Xbox Series X/S kelihatan teguh. Manakala, Sony pula bercadang untuk menambah pengeluaran konsol PlayStation 4 demi mengurangkan tekanan permintaan konsol PlayStation 5.

Ia kelihatan seperti Microsoft akan merembat pasaran konsol pada generasi ini buat masa ini.

Pemain Yang Untung

Walau apa pun yang berlaku pada Activision Blizzard, Microsoft, malah pun Sony, yang jelas adalah para pemain dan peminat yang akan paling untung. Mereka akan menerima pelbagai kelebihan dan faedah daripada gabungan ini.

Adakah langkah ini akan membuka pintu untuk Sony melakukan sedemikian? Kita hanya mampu tunggu dan lihat.

Sumber rujukan: Bloomberg

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results