AniManGaki 2022
Kolaborasi Codashop x AniManGaki – Codashop 318 Hunt Your Treasure
Codashop dan AniManGaki akan bekerjasama pada 27 Ogos dan 28 Ogos ini dengan membuka booth mereka sendiri.
Sepanjang bulan Ogos juga, terdapat pertandingan pencarian harta karun di Codashop untuk menyambut Hari Kebangsaan bersama Codashop 318.
Harta karun akan dibuka secara harian dari pemberian kepada komuniti atau hadiah di laman sosial, promosi tambah nilai, lihat dan menang terakhir sekali di AniManGaki 2022.
Di Mines, anda juga boleh berjumpa dengan strimer dan pempengaruh seperti Ceddy, Le Josette dan Mozampique.
Pertandingan Cosplay AniManGaki juga ditaja oleh Codashop dan anda boleh berjumpa dengan para panel hakim seperti Rikka Blurhound, Shinku dan Yee Hong.
Pemenang-pemenang acara ini akan mendapat sebahagian dari RM3,000 jumlah wang hadiah terkumpul.
Anda juga boleh mencuba ROG Phone 6 baharu dengan bermain MLBB 1v1 dan pemenang akan dapat Codacash bernilai RM5 yang boleh digunakan untuk membeli Diamonds.
Jika anda tidak mahu 1v1 anda juga boleh bermain Beat Saber yang dibawakan oleh Boost!.
Buat peminat Genshin Impact pula, Codashop kini berkolaborasi dengan TinyPinc untuk beberapa siri makanan mini Genshin Impact.
Anda perlu membeli Genesis Crystal sepanjang bulan Ogos di Codashop untuk peluang memenangi model tanah liat eksklusif ini.
Anda boleh melayari laman rasmi Codashop 318 untuk maklumat lanjut.
AniManGaki 2022 – Ada MindaRyn, Emirichu, RandoWis dan ramai lagi
Acara AniManGaki yang menjadi buah mulut orang ramai kini akan kembali pada tahun ini.
Bertemakan pengembaraan lanun, acara kali ini akan dibuat di Pusat Pameran dan Konvensyen Mines International pada 27 Ogos dan 28 Ogos ini.
Antara penambahan kali ini adalah menaikkan jumlah artis, cosplay dari 230 kepada 300 vendor.
Panel dan sesi bengkel juga akan mempunya bilik mereka tersendiri.
Di tingkat atas mezzanine juga akan mempunyai banyak permainan papan, pertunjukan Vtuber dan Cosplay Alley.
AniManGaki juga akan memperkenalkan Super Gaki pass untuk pengunjung yang mahu terus masuk tanpa perlu beratur.
Empat Undangan Istimewa
MindaRyn
Penyanyi lagu anime terkenal dengan satu juta pengikut di Youtube.
Emirichu
Youtuber dan Pencerita Ilustrasi dengan tiga juta pengikut di Youtube.
RandoWis
RandoWis adalah pelukis webcomic yang banyak menghasilkan komik, ilustrasi, animasi dan video di Internet dan di platform media sosial yang lain.
Shirahama Kamome
Mangaka dari Jepun yang terkenal dengan Eniale & Dewiela. Dia juga banyak bekerjasama dengan Marvel, DC, Star Wars dan lain-lain.
Banyak lagi tetamu jemputan lain yang anda akan jumpa dari pempengaruh, strimer, cosplayers dan lain-lain.
“Banyak usaha dan tidur yang tidak lena untuk menjadikan AniManGaki satu realiti. Kami juga berterima kasih kepada semua kerana membantu kami dalam usaha ini. AniManGaki akan sentiasa ada selagi komuniti mahukannya,” kata Yvonne Sing, Pengarah AniManGaki.
Jangan lupa sertai AniManGaki 2022 pada Sabtu dan Ahad depan (27 Ogos dan 28 Ogos ini).