Aurora Collection
News Categories
Logitech memperkenalkan siri produk terbaru, Aurora Collection
Logitech kini melancarkan koleksi Aurora, merangkumi Headset Gaming nirwayar G735, Papan Kekunci Gaming nirwayar G715, Papan Kekunci Gaming G713 dan tetikus Gaming G705. Rekaan bagi produk-produk ini adalah bebas jantina bermaksud wanita yang minat bermain game juga boleh menggunakannya di samping rekaan yang ranggi, kemas dan berjiwa muda dengan sentuhan elemen minimalistik. Ia juga mempunyai aksesori yang boleh dipadankan dengan bermacam jenis warna boleh dipilih. Teknologi LIGHTSPEED yang canggih untuk prestasi teknologi nirwayar dan teknologi mikrofon Blue VO!CE diperkenalkan. “Kebiasaannya industri permainan video tersekat dalam mentaliti yang satu saiz sesuai untuk semua. Tapi ia bukan menggambarkan pelbagai pengguna yang gemar bermain permainan video untuk keseronokan dan mereka yang suka menonjolkan diri. “Apabila kami lihat balik produk gaming kami, kami sedar kami boleh buat dengan lebih baik,” kata Naib Presiden dan Pengarah Bersama Logitech G, Ujesh Desai. Koleksi ini mempunyai tiga prinsip: Keselesaan: Mereka mengambil kira faktor rambut panjang, kaca mata, earrings dan tangan yang lebih kecil. Ia seterusnya menghasilkan produk yang sesuai untuk sesi permainan lebih lama dan bahan-bahan digunakan adalah ringan dan lembut apabila disentuh. Kebolehcapaian: Tiada lagi bucu yang tajam, warna hitam tapi sebaliknya mengutamakan tona lembut dan bahan lutsinar. Playfulness: Koleksi Aurora ini memfokuskan ekspresi diri. Produk ini hadir dalam warna asas White Mist yang boleh customize menggunakan aksesori Pink Dawn dan Green Flash. pemain juga boleh menunjukkan sisi kreatif mereka dengan beribu kombinasi pencahayaan yang tersedia di GHub bersama-sama pencahayaan ikonik Koleksi Aurora iaitu Play Moods. Koleksi ini merangkumi: ● G735 Wireless Gaming Headset (RM949) – Menampilkan warna White Mist dengan pencahayaan RGB dan dual-audo mixing. Ia juga menampilkan teknologi Blue VO!CE dan sesuai untuk pemain yang mempunyai saiz kepala lebih kecil. Ia boleh digunakan untuk sesi permainan video sehingga lebih 56 jam (tanpa pencahayaan) dan ia juga nirwayar. ● G715 and G713 Mechanical Gaming Keyboards (RM799 dan RM699) – Kedua-duanya mempunyai prestasi yang menarik kerana saiznya yang kompak dan layout tenkeyless serta ketinggian boleh diubah. Ia mempunyai ketahanan bateri selama 25 jam dan kedua-duanya disertakan dengan tempat rehat untuk tapak tangan. ● G705 Wireless Gaming Mouse (RM399) – Dibina khusus untuk mereka yang mempunyai tangan lebih kecil dengan rekaan kompak dan berteknologi tinggi. Ia juga ringan, hanya 85 gram saja dengan butang DPI mudah capai untuk anda bermain game dengan penuh keselesaan. Ia kini tersedia di Shopee dan Lazada.
Showing 1 - 1 of 1 Results