Bernard Chong
Pemilik Bren Esports dikehendaki atas kes penyeludupan dadah bernilai RM149 juta
Ahli perniagaan Filipino Bernard Chong yang juga pengasas dan pemilik pasukan popular Bren Esports kini dikehendaki oleh penguat kuasa atas tuduhan berkaitan dengan penyeludupan dadah.
Bren Esports terkenal dengan pasukan MLBB mereka yang pernah memenangi M2 World Championship di Singapura.
Menurut Joey Moran, Ketua Divisi Operasi Antarabangsa dari National Bureau of Investigation (NBI) mengatakan pemburuan untuk Chong akan dibuat dengan tuduhan terbabit dalam penyeludupan dadah jenis shabu (methamphetamines) bernilai 1.87 bilion Pesos Filipina yang bersamaan dengan RM149 juta.
Chong dikatakan ada kaitan dengan penyeludupan itu sebagai salah seorang pemilik Fortuneyield Cargo Services Corporation yang menjadi penerima penghantaran dadah itu pada tahun 2019.
Bernard Chong menjawab persoalan ini di laman Twitter-nya semalam dan berkata sistem mahkamah melindungi orang tidak bersalah dan kebenaran pasti akan tiba.
I believe in the justice system that protects the innocent, and the truth will always prevail. I hope this clarifies any doubts you have and thank you for your support during these trying times.
— Bernard Chong (@brenchong) August 2, 2022
– Bernard Lu Chong
Chong bagaimanapun tidak menyatakan tentang tuduhan jenayah itu.
Setakat ini mahkamah Manila sudah mengisukan waran tangkap kepada pemilik Bren Esports itu.
Rujukan: Dexerto