bungie

Bungie bakal menyaman Youtube lebih RM24 juta

Bungie pengeluar dan pembina terkenal Destiny 2 bakal menyaman Youtube disebabkan kes ‘penipuan’ yang telah menutup banyak video rasmi Destiny 2 dari aduan Digital Millennium Copyright Act (DMCA).

Malah bukan sahaja video rasmi, video dari pencipta kandungan dan komuniti juga terkena tempias penutupan video mereka.

Semuanya bermula awal bulan ini apabila beberapa aduan DMCA dikenakan terhadap laman rasmi Youtuber Destiny 2 dan ramai pencipta kandungan Destiny 2 yang terkenal.

Bungie mula membuat aduan ini kepada Youtube namun sangat susah untuk berkerjasama atas masalah mereka.

Banyak aduan yang mereka terkena juga adalah daripada orang luar yang menipu sistem Youtube mengatakan mereka adalah akaun rasmi Bungie.

Bungie juga menuntut pampasan kerugian $150 ribu (RM600 ribu) untuk setiap video yang dikatakan melanggar hak cipta Bungie.

Hasil kesemua ini termasuk yuran guaman menjadikan jumlah saman ini adalah hampir $6 juta ASD (RM24 juta).

“Ramai komuniti Destiny berasa pelik dan marah, Bungie sebelum ini telah berjanji untuk membenarkan pemain untuk bina komuniti penstriman dan Youtube mereka sendiri untuk Destiny 2,” menurut tuntutan mahkamah.

“Bungie juga telah menggunakan banyak sumber pekerja dalaman mereka untuk membantu masalah ini terutamanya untuk pemain mereka mendapatkan kembali video mereka.”

Kritikan yang keras juga telah diberikan oleh Bungie terhadap Youtube.

Bungie menganggap polisi DMCA Youtube adalah ‘cacat’ dan terkpaksa menghadapi masalah keselamatan yang tidak meyakinkan.

Ini bermakna semua orang tidak kira siapa pun boleh mengenakan aduan akta pelanggaran hak cipta dan selalunya akan berjaya tanpa sebab munasabah.

Bungie juga memberitahu mereka akan mendapatkan dalang disebalik hal ini dan memberi amaran untuk sesiapa sahaja yang akan membuat benda ini.

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results