Counter

MOBILE

4 cara nak counter Yin

Yin adalah hero baru Mobile Legends yang amat menjengkelkan bagi sesiapa yang berhadapan dengannya.

Ini kerana ulti yang digunakan, My Turn mampu menyekat seorang musuh ke dalam medan pertarungan tersendiri (hanya Yin dan musuh) selama beberapa saat. Yang merisaukan, ulti ini boleh digunakan kepada sesiapa saja termasuklah jungler musuh.

Dia juga akan bertukar jadi Lieh dan kuasanya dipertingkatkan lagi dengan banyak.

Jadi, tindakan terbaik sekarang di rank adalah mengenakan ban kepadanya sekali gus menghalang outplay yang bakal terjadi.

Tapi, bagi anda yang terpaksa melawan Yin kerana terlepas ban ataupun apa pun sebabnya, ini adalah tips yang penulis syorkan.

1. Jika terkena ulti, cuba lawan

Salah satu kesilapan pemain ketika melawan Yin adalah melarikan diri daripada beliau ketika dalam ulti. Yin kuat tapi itu tak bermakna anda tak boleh membunuhnya. Jika Lieh (transformasi Yin) menggunakan Frenzy Strike, cuba elak dengan sebaik mungkin.

Hero seperti Yi Sun Shin dan marksman dengan keupayaan mobiliti boleh mengelak dengan baik kuasa ‘mengetuk tanah’ ini. Malah, skill ini ada kelemahan di mana fasa awalnya akan sasar automatik dan fasa seterusnya memerlukan pemain menyasar sendiri. Jadi anda boleh kelirukan pemain Yin kurang berpengalaman untuk meneka di mana anda akan bergerak.

Bagi penulis, hero dengan kuasa atau item lifesteal mampu melawannya dengan baik.

2. Main dengan selamat

Biasanya Yin memerlukan jarak dekat untuk menggunakan My Turn. Jadi jaga jarak anda dengan baik dengan melindungi di belakang tank. Kenakan damage dari jauh tapi berhati-hati dengan kuasa kedua Yin, Instant Blast yang membolehkannya Dash ke depan dan stun anda yang berada di belakangnya. 

Selagi anda jaga jarak, selagi itu anda boleh selamat daripada Yin.

3. Kalaupun anda mati dengan ulti, Yin juga ‘tinggi’ peluang untuk mati

Kelemahan My Turn adalah lokasi di mana Yin dan musuh tetap takkan berganjak dan hanya berada di satu tempat. Jika pemain Yin seorang yang agresif dan bermain solo, anda boleh menghukumnya dengan mengajak pasukan lain melindungi jungler. Selepas tamat ulti, Yin tetap akan keluar di lokasi sama dan anda boleh menunggu untuk ‘spam’ kesemua kuasa kepadanya.

Namun, pemain Yin yang bijak akan melakukan ulti ketika teamfight di kawasan Lord dan Turtle sekali gus menghalang jungler anda menggunakan retribution.

4. Kadita, Argus dan fighter dengan pertahanan tinggi

Kadita boleh mengelirukan Yin dengan kuasa pertama ombaknya sekali gus melarikan diri daripada ditumbuk. Kuasa kedua juga boleh buat Yin terhenti seketika. Jika nyawanya sikit, Kadita boleh guna ulti untuk melambatkan lagi usaha Yin membunuhnya.

Badang pula sangat kuat dengan attack speed items. Golden Staff saja sudah mencukupi untuk menambah kelajuan serangan Badang yang boleh menyebabkan mini-stun kepada Yin. Namun, untuk lebih selamat, gunakan Argus di mana ultinya boleh menambah nyawa dan melambatkan kematian.

Gunakan juga fighter yang mempunyai pertahanan tinggi seperti Silvanna dan Yu Zhong untuk melawannya.

Pastikan anda menggunakan mana-mana ulti ketika berada dalam domain Yin dan bukannya SEBELUM terkena ulti.

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results