Dota 2
Ana mungkin kembali ke Dota 2 kompetitif di pasukan SEA?
TNC Predator adalah pasukan Dota 2 Filipina yang disegani ramai. Diketuai oleh Febby dari Korea Selatan, pasukan ini antara pasukan yang menyertai DPC SEA 2021/22 Tour 1: Division I. Namun pasukan itu gagal untuk melayakkan diri malah direlegasikan ke Division II selepas tewas 6 kali dari 7 perlawanan.
Tamatnya DPC SEA Tour 1 ini menandakan permulaan pasukan dalam mengubah langkah masing-masing untuk memperkukuh barisan pemain.
Menurut Febby, terdapat pelbagai perubahan yang bakal berlangsung di arena kompetitif Dota 2 SEA.
“Antara pasukan yang akan mengalami perubahan adalah BOOM Esports, T1 dan Motivate.Trust Gaming,” kata Febby.
Selain itu, beliau juga memberi petunjuk bahawa salah satu pemain terbaik di dunia, Ana, akan kembali.
Anathan ‘ana’ Pham adalah pemain Dota 2 profesional Australia yang kali terakhir bermain untuk pasukan OG. Beliau mengumumkan persaraannya daripada kancah persaingan pada 14 Jun 2021.
Selepas meninggalkan permainan , ana mula bermain banyak pub semula sejak beberapa bulan lalu. Malah, aktiviti ini telah menyaksikan peningkatan yang ketara pada minggu lalu. Pemain yang bersara itu sudah bermain 120 permainan dalam lapan hari yang lalu menurut Dota 2 Pro Tracker, iaitu purata 15 permainan sehari.
Dengan perubahan ini, arena kompetitif Dota 2 SEA akan menjadi makin mantap dengan pemain-pemain berkaliber seperti ana.
Sumber rujukan: AFK Gaming
Ini sebab kenapa pemain Dota 2 Malaysia, MidOne, kecewa dengan pembatalan DPC
Pembatalan Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022 adalah sebuah keputusan yang terpaksa dilakukan oleh penganjur acara serta Valve. Keputusan sukar ini dilakukan atas kebimbangan penularan COVID-19 serta variannya.
Walaupun keputusan ini terpaksa dilakukan, ramai pemain profesional tidak berpuas hati dengan cara Valve menanganinya. Ini termasuklah MidOne, pemain profesional Dota 2 dari Malaysia yang kini bermain untuk Team SMG.
Prestasi Team SMG sepanjang musim DPC SEA agak menakjubkan, dengan hanya tewas 2 kali dalam 7 perlawanan. Pasukan ini sepatutnya layak ke pusingan Major tahun ini tetapi malangnya ia tidak dapat berlaku.
Menurut Yeik Nai Zheng atau dikenali sebagai MidOne, kejayaan mereka di DPC SEA 2021-2022 adalah sebuah kejayaan kecil.
“Saya tak kata kemenangan Team SMG sebagai kejayaan tapi pastinya, ia adalah kemenangan kecil buat saya. Anda tahu, semua pemain menyasarkan Aegis.
Selain daripada itu, MidOne juga kecewa kerana tidak mampu membuktikan dirinya di Major.
“Kecewa tak dapat bermain secara LAN. Saya tak dapat buktikan diri saya di sana. Saya rasa semua orang mahu bersaing dengan setiap pasukan di seluruh dunia dan bukannya hanya di rantau. Tak sabar nak main di Major tapi kini dibatalkan pula,” katanya.
Selepas memberi ruang kepada Anathan Pham atau dikenali sebagai ‘ana’, MidOne ingin membuktikan diri serta dapat menunjukkan bahawa beliau berbeza sekali dengan ana.
Nampaknya kita bakal melihat MidOne beraksi dengan garang demi membuktikan diri beliau dan menghilangkan dahaganya untuk menjulang piala Aegis of the Champions pada The International akan datang.
Sumber rujukan: AFK Gaming
Ramai marah dengan Valve kerana batalkan Dota Pro Circuit Winter Tour Major 2022
Sejak pembatalan Dota Pro Circuit Winter Tour Major 2022 (DPC), Valve sudah banyak menerima kritikan dari pemain profesional dan juga peminat.
Valve bertindak untuk membatalkan Major itu dan membuat pengumuman di blog mereka.
Pemain profesional, pencipta kandungan, krew penyiaran dan juga peminat tidak menyukai keputusan ini.
Sumail juga sudah mengeluarkan pendapat beliau mengenai hal ini.
“Jika semua pasukan membuat keputusan untuk tidak bertanding mungkin sistem akan lebih stabil, komunikasi yang lebih baik atau Dota mati sepenuhnya. Kedua-dua ini lebih baik dari apa yang berlaku sekarang,”
If all the teams decide to just not compete in season 2 at least we will have some sort of stable system, either better communication or maybe dota just dies completely. Either way better than the current state of things.
— Sumail (@SumaaaaiL) January 12, 2022
Ponlodota juga membuat kenyataan beliau mengenai hal ini.
“Kenapa sedikit daripada prize pool tidak diberikan secara adil kepada semua pasukan yang layak atau akan layak?”
Why is the Major’s prize pool and points not distributed at least partially to the teams that are qualified/would qualify?
— ponlo (@ponlodota) January 12, 2022
Flew to the other side of the world to play DPC & won, and yet I’m probably gonna make like $2k usd for the whole season after expenses.
DPC major ini mempunyai jumlah wang terkumpul yang besar iaitu AS$500,000 yang membawa banyak pasukan hebat dari pelbagai negara untuk DPC.
Ada juga orang yang mengatakan Valve sebenarnya tidak melihat pengulas, pemain dan pasukan sebagai partner tetapi sebagai kontraktor yang hanya dibayar asalkan mereka menolong.
This is absolutely true.
— Nahaz (@NahazDota) January 12, 2022
With very few exceptions, Valve do not view casters, players, or teams as ‘partners’, but as independent contractors to be employed only so long as they contribute to the bottom line.
This isn’t ‘wrong’. It IS wrong to lead people to believe otherwise. https://t.co/KxtcDoKXlr
Valve juga sudah mengeluarkan kenyataan mohon maaf dan juga sedang membuat pelan baru untuk LAN kedua.
ImmortalFaith kesal dengan pemain yang mengubah fail Dota 2 di EU DPC
Baru-baru ini di Twitter, Daniel “ImmortalFaith” Moza yang juga jurulatih Team Tickles menunjukkan satu video offlaner Tundra Esports Neta “33” Shapira yang menggunakan Spiderlings dari Broodmother satu persatu dengan terlalu baik.
I heard people need to remove some config file from their dota2 in order to do this. We’ve encountered this multiple times lately. @DOTA2 @DreamHackDota Is this ok to do in DPC? I personally don’t see any difference from doing this to using a script. pic.twitter.com/Rdwa6KcU5K
— ImmortalFaith (@ImmortalFaithd) January 3, 2022
Pergerakan satu persatu ini sepatutnya hanya mampu dibuat jika anda sudah menukarkan fail di dalam Dota 2.
ImmortalFaith menanyakan DreamHack selaku penganjur European Dota Pro Circuit 2021-22 (EU DPC) dan Valve jika perkara ini boleh dibuat atau tidak.
Sebagai peraturan, Spiderlings di Dota 2 dikira sebagai satu kumpulan dan menekan butang Tab akan memilih kesemua Spiderlings yang ada.
Untuk mengasingkan Spiderlings anda perlu menekan satu per satu dan klik ke tempat yang anda mahu tuju.
Namun dalam video itu, 33 hanya menekan minimap dengan pantas dan beberapa Spiderlings dengan mudah berpecah mengikut arahan.
ImmortalFaith menganggap perkara ini sama sahaja seperti menggunakan script bot untuk godam.
Juara TI10, Yatoro menyuarakan kebimbangannya tentang format DPC 2021-22
Illya “Yatoro” Mulyarchuk, salah seorang pemain dari pasukan juara The International 10, Team Spirit, menyatakan pendapat beliau tentang format Dota Pro Circuit (DPC) 2021-22 tahun ini.
Beliau berpendapat bahawa jumlah perlawanan yang rendah setiap minggu seperti disengajakan agar bootcamp menjadi lama dan ini amat meletihkan bagi seorang pemain.
Sebagai contoh, Yatoro menyatakan ia mencabar untuk beliau bermain 1 perlawanan profesional dalam tempoh 10 hari, dan ini bermakna ia akan menjadikan bootcamp selama dua bulan.
“Saya bercakap untuk diri saya sendiri – ia sangat menyakitkan apabila anda bermain satu perlawanan dalam sepuluh hari dan anda perlu menjalani dua bulan bootcamp sepanjang masa. Anda duduk di sana, anda bermain satu perlawanan, anda menang – hooray, perlawanan seterusnya adalah dalam 11 hari.
“Ia meletihkan. Seolah-olah sengaja dipanjangkan, untuk meletihkan kita,” kata Yatoro kepada RuHub Media.
Malah, pengurus Team Spirit juga menyatakan bahawa jadual seperti ini sangat hambar dan mengekang kebebasan pemain.
“Dengan jadual seperti itu, anda tidak mempunyai kehidupan. Anda datang ke sini, anda tinggal di sini selama sebulan setengah, kemudian anda pergi selama sepuluh hari.
“Kemudian anda datang ke bootcamp sebelum pusingan Major, dan kemudian anda sampai ke pusingan Major.
“Kemudian anda pergi lagi selama sepuluh hari dan kembali bootcamp semula. Dalam setahun, anda akan hidup tenang paling lama sebulan atau sebulan setengah,” kata Dmitry “Korb3n” Belov, pengurus pasukan itu.
Pemain lain seperti kpii, KuroKy, dan Puppey juga pernah menyuarakan pendapat yang sama tentang DPC musim lalu. Oleh itu, ini bukanlah masalah baru dan perlu dilihat oleh Valve dan penganjur acara.
Sumber rujukan: RuHub Media, CyberSport.ru, AFK Gaming