Dying Light 2
Dying Light 2 sebenarnya tidak memakan lebih 100 jam untuk ditamatkan, menurut pembangun
Baru-baru ini, pembangun Dying Light 2 Stay Human menghantar sebuah kicauan di Twitter yang mendedahkan bahawa permainan zombi dunia terbuka ini akan memakan masa lebih kurang 500 jam untuk ditamatkan.
Pemain dan peminat siri ini mempunyai reaksi yang bercampur-campur. Susulan itu, Techland, pembangun permainan, menerangkan bahawa ia memerlukan 500 jam untuk melengkapkan permainan sepenuhnya.
Kini, Techland mendedahkan waktu diperlukan untuk menamatkan permainan.
Menurut kicauan di Twitter, Dying Light 2 Stay Human hanya memerlukan lebih kurang 20 jam menamatkan jalan ceritanya.
We wanted to clarify our recent communication about the amount of hours required to complete the game. Dying Light 2: Stay Human is designed for players with different gameplay styles and preferences to explore the world how they see fit.#DyingLight2 pic.twitter.com/tcaDKULMo8
— Dying Light (@DyingLightGame) January 10, 2022
Penerangan ini bukan akibat mereka tidak dapat memenuhi janji tetapi akibat reaksi kepada aduan peminat bahawa permainan itu terlalu lama dan mungkin penuh dengan misi yang remeh.
Idea tentang mana-mana permainan yang terlalu lama adalah sebuah masalah yang sah tetapi walaupun sebelum ini ia dilihat sebagai satu perkara yang sangat baik, ramai peminat menyuarakan kebimbangan bahawa permainan itu mesti meleret panjang seperti Assassin’s Creed dan Red Dead Redemption.
Namun, macam mana pun, permainan yang berkualiti akan masih menyoronokkan tidak mengira panjang atau pendek tempoh permainannya.
Sumber rujukan: Twitter
Dying Light 2 Stay Human menawarkan 500 jam permainan, pengguna Twitter respon dengan sinis
Permainan dunia terbuka seperti GTAV atau Assassin’s Creed semestinya memerlukan puluhan jam untuk menamatkan permainan itu. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana permainan dunia terbuka ini menawarkan pemain pelbagai aktiviti serta bahan untuk ditemui dalam alam permainan.
Namun, permainan dunia terbuka bertemakan zombi dan parkour, Dying Light 2 Stay Human, dilaporkan akan memerlukan 500 jam untuk menamatkan permainan.
Menurut kicauan oleh pembangun permainan di Twitter, permainan ini akan memakan masa selama 500 jam ditamatkan dan mereka juga membandingkan perjalanan dari Warsaw ke Madrid yang memakan masa 534 jam jika berjalan kaki.
To fully complete Dying Light 2 Stay Human, you’ll need at least 500 hours—almost as long as it would take to walk from Warsaw to Madrid!#DyingLight2 #stayhuman pic.twitter.com/Sk3KFpRJoA
— Dying Light (@DyingLightGame) January 8, 2022
Respons dari perminat agak berbeza-beza, tetapi kebanyakkannya pasti berbunyi sinis. Peminat tegar permainan ini menghantar maklum balas dengan beratus-ratus hingga beribu-ribu jam yang mereka habiskan di dalamnya. Bagi yang terkejut dengan pengumuman itu, mereka memberi respons sinis sahaja.
Basically it’s going to be like this? https://t.co/xY5R6xQ8cJ
— Murloccd (@murloccd) January 9, 2022
Memandangkan ramai peminat tidak berpuas hati, akaun Twitter itu menerangkan keadaan dengan kicauan susulan agar dapat meredakan situasi.
Note: It’s about 100% completion rate, most of the players who are in for story and side quests will be able to complete the game quicker, it will still be a solid experience though!
— Dying Light (@DyingLightGame) January 8, 2022
Secara asasnya, permainan in boleh ditamatkan dalam 70-80 jam, tetapi jika pemain ingin meneroka setiap penjuru peta serta mengumpul segala yang ditawarkan oleh permainan ini, ia pastinya akan memakan 500 jam
Sumber rujukan: Twitter