EA
Pemain Battlefield 2042 ‘mengamuk’ di Steam, menuntut pulangan wang kerana menjual permainan ‘tidak siap’ yang bakal jadi ‘percuma’
Battlefield 2042 dilancarkan pada November tahun lepas dalam keadaan yang amat tidak sempurna.
Peminat dan pemain sungguh kecewa sehinggakan permainan yang ditunggu-tunggu ramai ini berjaya mengambil tempat sebagai salah satu permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas.
Dengan berita yang dikatakan bahawa Battlefield 2042 mungkin akan menjadi percuma, pemain yang sudah berbelanja untuk permainan yang ‘tidak siap’ itu mengamuk dan menuntut ganti rugi dari EA.
“Sepatutnya kita tidak perlu mencuba beberapa kali. Permainan ini bukan seperti yang diiklankan dan tidak sepatutnya dijual,” kata seorang pengguna Reddit tentang beberapa cubaan mereka yang gagal untuk menuntut kembali wang.
Ramai pemain cuba meminta pulangan wang di luar polisi biasa Steam iaitu tiada pulangan wang selepas 2 jam bermain permainan, kerana EA dilihat menutup sebelah mata tentang pulangan wang Battlefield 2042.
Namun, ramai masih gagal menerima pulangan wang mereka.
Beberapa pengguna Reddit juga menyarankan untuk menghubungi Steam secara terus dan menerangkan keadaan permainan agar lebih mudah untuk menerima pulangan wang.
Dengan insiden seperti Cyberpunk 2077 dan Battlefield 2042, diharapkan pembangun permainan tidak melancarkan permainan dengan keadaan tidak sempurna lagi pada masa hadapan.
Sumber rujukan: Dexerto
EA mungkin syarikat seterusnya yang akan diambil alih
Laporan mengenai pengambilalihan Activision Blizzard yang dirancang oleh Xbox mencadangkan EA mungkin yang seterusnya diambil alih oleh sebuah syarikat lain, dan mungkin daripada Sony.
Pengambilalihan Microsoft Activision Blizzard akan mempunyai kesan yang besar untuk industri permainan, dan bukan hanya dari segi bagaimana ia mengubah nasib Xbox dan PlayStation.
Sebagai contoh, syarikat lain akan mendapat idea bahawa membeli penerbit besar adalah sebuah idea.
Sebelum ini, kebanyakan pemerolehan permainan video adalah untuk pembangun dan penerbit yang lebih kecil, dan biasanya diukur dalam berjuta-juta, bukan berbilion-bilion.
Microsoft mengubahnya terlebih dahulu dengan memperoleh Bethesda, kemudian Take-Two baru-baru ini dengan Zynga. Sekarang seolah-olah tiada syarikat yang selamat, termasuk gergasi seperti EA.
Dengan nilai hanya AS$38 bilion (RM159 bilion), EA tidaklah besar berbanding Microsoft, Google, Amazon, Netflix dan Meta, dan laporan Financial Times baharu mencadangkan mereka kini menjadi sasaran utama.
EA lebih kurang saiz yang sama seperti Activision Blizzard, dengan lebih banyak akaun pengguna tetapi margin operasi yang lebih rendah. Laporan muncul bahawa pada satu ketika, CEO Activision Bobby Kotick, sedang meneroka kemungkinan permerolehan EA.
Ia juga dicadangkan bahawa Sony mungkin berminat untuk memperoleh EA, walaupun Sony adalah syarikat yang jauh lebih kecil daripada Microsoft dan tidak mampu membayar perbelanjaan sedemikian dengan mudah.
Ada kemungkinan Sony berasa tertekan untuk berbuat demikian, terutamanya jika mereka takut bahawa Microsoft akan masuk sebelum mereka dan memperoleh satu lagi penerbit pihak ketiga yang gergasi.
Sumber rujukan: PushSquare
Battlefield 2042 mungkin akan menjadi permainan percuma
Battlefield 2042 dilancarkan pada bulan November tahun lepas lengkap dengan pelbagai masalah yang kritikal dan merosakkan pengalaman bermain permainan itu.
Semenjak itu, pembangun permainan yakin EA dan DICE berusaha untuk menyelamatkan permainan itu dengan beberapa kemas kini yang memperbaiki isu-isu penting permainan.
Namun, ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan permainan itu daripada menjadi salah satu permainan yang paling teruk di Steam.
Memandangkan pelancaran permainan tidak seperti dijangkakan, kini ia dilaporkan bahawa permainan itu mungkin akan menjadi percuma untuk dimainkan agar dapat memastikan kelangsungan permainan itu.
Menurut Tom Henderson, penulis liputan berita Battlefield 2042, berkata bahawa EA sedang mempertimbangkan model permainan percuma untuk Battlefield 2042.
EA is reportedly very disappointed with how Battlefield 2042 has performed and is “looking at all the options” when it comes to the title, this is including looking at Free to Play in some capacity.
— Tom Henderson (@_Tom_Henderson_) January 20, 2022
I’ll have more on this tomorrow. pic.twitter.com/WWuDpstyqS
Menurut beliau juga, EA amat kecewa dengan permainan itu dan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan agar permainan itu akan terus hidup.
Laman web SteamDB juga melaporkan hanya tinggal 6% pemain yang masih aktif memainkan Battlefield 2042 berbanding November 2021. Ini menunjukkan bahawa permainan itu memerlukan keputusan yang drastik agar dapat diselamatkan.
EA Sports UFC ditutup untuk digantikan dengan EA Sports UFC Mobile 2
Permainan EA Sports UFC bakal ditutup selepas 9 tahun dilancarkan. Berita ini disusuli dengan khabar baik. Penutupan permainan ini membuka ruang untuk pelancaran permainan baru UFC iaiatu EA Sports UFC Mobile 2.
Menurut EA, permainan UFC pertama itu akan ditutup secara rasmi pada hujung bulan ini iaitu 31 Januari. Namun, ciri dalam permainan itu masih digunakan juga.
Pemain masih boleh menggunakan mana-mana Gold sedia ada dan menikmati semua aspek permainan kecuali yang memerlukan sambungan atas talian.
Setelah penutupan ini berlangsung, EA bakal melancarkan EA Sports UFC Mobile 2 pada peranti mudah alih tidak lama lagi. Permainan ini bakal muncul di Apple App Store serta Google Play Store.
Beta permainan ini pernah dilancarkan sekitar awal tahun lepas di Filipina serta New Zealand dan menerima respon positif dari peminat dan penguji beta.
Dengan UFC Mobile 2 ini, EA akan lebih menumpukan pada permainan, serta acara tetap dan kemas kini kandungan.
EA juga berharapa permainan ini diterima baik setelah EA pelajari daripada kesilapan dari permainan sebelumnya.
Sumber rujukan: GamingOnPhone
EA dan DICE kini ingin menutup subreddit Battlefield 2042 demi menyorokkan isu dan masalah permainan itu
Battlefield 2042 mengalami kritikan hebat sejak ia mula dilancarkan pada bulan November dan dikatakan antara permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas.
Peminat seluruh dunia menggunakan media sosial untuk menyuarakan kekecewaan mereka tentang Battlefield 2042 demi meminta pembangun memperbaiki keadaan permainan ini. Malah, penulis juga turut kecewa dengan permainan ini.
Pengarah komunikasi global EA, Andy McNamara menghantar satu siri kicauan di Twitter yang dipadamkan yang menjelaskan bahawa, meskipun beliau memahami kebimbangan peminat, pembangun memerlukan masa untuk berehat.
Beliau juga berkata bahawa jangkaan peminat untuk Battlefiled 2042 adalah melampau dan ciri itu mengambil masa untuk ‘skop, reka bentuk dan dilaksanakan.’
Kicauan ini, serta keadaan permainan menyebabkan moderator subreddit Battlefield 2042 mengancam pengguna dengan penutupan keseluruhan subreddit.
Ini berlaku selepas sejumlah besar pengguna toksik membanjiri subreddit berikutan kicauan McNamara.
Ringkasnya, moderator menawarkan tiga pilihan kepada pengguna: jika toksik dikurangkan, tiada apa yang berlaku; jika ia berterusan, bebenang akan ditutup awal untuk mengurangkan komen toksik; dan jika ia menjadi lebih teruk, subreddit akan dikunci sepenuhnya.
Masalah ini nampaknya berlarutan sejak pelancaran permainan yang tidak mencapai jangkaan peminat. Malah, ia juga kelihatan seperti tidak akan selesai selagi masalah-masalah tidak dibetulkan dalam permainan itu.
EA dan DICE juga sudah memperbaiki beberapa aspek permainan pada hujung tahun lepas, tetapi ia mungkin tidak menyelesaikan masalah yang lebih kritikal yang dihadapi pemain.
Sumber rujukan: Reddit