FromSoftware

PC

Penggodam boleh mengawal PC orang lain melalui eksploitasi permainan Dark Souls 3

Penggodam atau ‘hacker’ dalam permainan dalam talian biasanya memberi pengalaman yang tidak baik kepada pemain, samaada dengan memberi kelebihan tertentu seperti bidikan tepat atau duit tidak terhad. Tetapi, di permainan Dark Souls 3, penggodam boleh mengakses komputer anda dan mengawalnya secara terus.

Ini sungguh berbahaya kerana penggodam itu boleh melihat fail-fail peribadi di PC anda.

Eksploitasi itu dilihat dalam semasa strim The__Grim__Sleeper’s bermain Dark Souls 3 dalam talian. Pada penghujung strim, permainan The__Grim__Sleeper ditutup, dan suara robot milik penjana teks-ke-ucapan Microsoft tiba-tiba mula mengkritik permainannya.

The__Grim__Sleeper kemudian melaporkan bahawa Microsoft PowerShell dibuka dengan sendirinya, tanda bahawa penggodam menggunakan program untuk menjalankan skrip yang mencetuskan ciri teks-ke-ucapan.

Mujurnya, penggodam itu tidak berniat jahat. Di sebaliknya, menurut pelayan Discord SpeedSouls, penggodam terjumpa eksploitasi itu dan cuba menghubungi FromSoftware, pembangun Dark Souls, tentang isu itu. Aduan beliau diabaikan, jadi beliau mula menggodam permainan penstrim untuk menarik perhatian kepada masalah itu.

Cuba bayangkan jika sesorang yang berniat jahat dapat melakukan eksploitasi itu. Eksploitasi ini digelar sebagai RCE (Remote Code Execution) dan boleh menyebabkan kerosakkan kekal kepada komputer anda, menurut pakar keselamatan siber, Kaspersky.

Semoga Elden Ring tidak akan dibelenggu masalah ini. Jika tidak, ia pasti akan memberi impak kepada pelancaran permainan itu.

Sumber rujukan: Comicbook.com

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results