Geek Fam
Geek Fam juara PMPL MYSGPH Fall Country Finals
Pasukan PUBG Mobile negara, Geek Fam muncul juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MYSGPH) 2022 musim luruh selepas mengumpulkan keseluruhan 80 mata bonus.
Selama tiga hari beraksi di pusingan Country Finals, mereka menewaskan tiga skuad lain iaitu SEM9, 4Rivals dan Yoodo Alliance.
Ini bermakna keempat-empat pasukan ini layak ke peringkat Asia Tenggara (SEA) pula pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan bertanding!
View this post on Instagram
Foto: Geek Fam | Instagram
Geek bakal pertaruh roster Free Fire ‘lama’ di MCPS, Shoyu tidak tersenarai?
Pasukan Free Fire tempatan, Geek Fam sebelum ini sudah melepaskan barisan pemain selepas tamat Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua. Organisasi e-sukan itu mahu tampil berwajah baru apabila membawa masuk bekas pemain pasukan itu.
Geek Fam menerusi satu muat naik di Instagram, mengumumkan roster baharu bagi menghadapi MCPS akan datang dengan penambahan dua muka baharu iaitu Yasta dan Snakee.
View this post on Instagram
Namun, hanya tiga pemain asal pasukan itu yang terlihat iaitu Haziq, Apizz dan Raine. Kelibat rusher, Shoyuu masih menjadi tanda tanya.
Berdasarkan kenyataan rakan sepasukan, Shoyu tidak dimasukkan dalam barisan kali ini atas faktor ingin memberi fokus terhadap pelajaran.
Beberapa pemain seperti Haziq, Apiz dan Haqeemy sebelum ini terpalit dengan isu smurfing di kelayakan MCP musim kedua yang mengakibatkan mereka dikenakan penggantungan selama setahun oleh Garena Free Fire.
Selepas tamat tempoh penggantungan, tiga pemain ini kembali ke arena e-sukan Free Fire dan masih bersemangat bagi mengecapi kejayaan baru bersama pencapaian yang lepas.
Antara pencapaian yang diraih pasukan ini adalah seperti:
-Juara Tri-Nation Cup 2020
-Ketujuh Free Fire Continental Series 2020: Asia
-Keenam Peringkat liga Kejohanan MCP musim pertama
-Juara Grand Final Kejohanan MCP musim pertama
-Kesembilan keseluruhan Siri Dunia Free Fire 2021
“Kenapa siasatan mengambil masa terlalu lama?” – Geek Fam
Organisasi e-sukan, Geek Fam meluahkan rasa kecewa terhadap insiden provokasi yang membabitkan pemain MLBB mereka, Nik Aqieff (Dominus) dengan pemain Team OP dari Singapura.
Dalam satu perlawanan rank, pemain Team OP melemparkan komen yang berbaur perkauman dan agama malah tindakan mereka itu dirakam secara langsung (di mana Dominus sedang livestream).
Wakil Geek Fam ketika dihubungi berkata, pihak Moonton mengambil masa lebih dua hari untuk menyiasat kes ini sedangkan ia boleh diselesaikan tanpa mengambil masa yang lama.
“Pertama sekali, kami tak berkenan dengan masa siasatan insiden ini yang mengambil masa lebih dua hari.
“Semalam kami dijanjikan untuk keputusan siasatan tapi sehingga hari ini belum menerima apa-apa,” katanya kepada MyGameOn.
Selain itu, mereka juga berkata permohonan maaf Team OP mengeruhkan keadaan dengan menyebut pihak lawan (Dominus) yang memulakan taunting itu (lihat rajah di atas).
“Mereka tak ikhlas dalam permohonan maaf kerana menyebut Dominus yang memulakan segalanya. Ini tak benar. Moonton sendiri ada tangkap layar dan recording siaran langsung,” katanya.
Tambah Geek Fam lagi, mereka adalah organisasi e-sukan yang berbilang kaum dan tidak mengamalkan rasisme.
“Jurulatih kami warga Singapura dan hampir semua pemain kami adalah Muslim. Pemilik Geek Fam pula seorang berbangsa Cina.
“Kami tak pernah sekalipun rasis atau menimbulkan isu sebegini di dalam atau di luar organisasi.
“Itulah sebabnya kami kecewa akan hal ini kerana ia tidak selari dengan visi dan pendirian kami,” katanya.
Geek Fam menambah, mereka berharap Moonton menyegerakan siasatan ini dan keadilan dapat dituntut oleh mereka yang menjadi mangsa.
Kini, tiga pemain Team OP sudah ditamatkan kontrak dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kami sudah menghubungi pihak Moonton untuk mendapatkan kenyataan mengenai status siasatan ini namun masih belum berjaya.
Inilah barisan pemain pasukan Geek Fam MY, tiada Xorn kali ini
Pasukan Geek Fam MY kini mendedahkan barisan pemain baru mereka untuk MPL MY musim ke-9.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram rasmi mereka.
https://www.instagram.com/p/CZN0m4-NmeT/?utm_medium=copy_link
Geek Fam MY dianggotai oleh:
- Dominus
- Lilbee
- Nellbie
- Xray
- Saiyajinn
- Burpyyy
- Artz
Mereka memperkenalkan pemain terbaru iaitu Burpyy dan ‘bapak tank’, SaiyaJinn juga menyertai.
Tiada Xorn dan Maima di dalam barisan pemain baru Geek Fam MY untuk musim ke-9. Adakah Xorn berehat dari arena kompetitif Mobile Legends buat sementara waktu?
Seperti yang kita tahu, Maima masih dalam pengajian dan perlu menumpukan masa pada pelajaran.
Sama-sama kita nantikan pengumuman Geek Fam tentang perkara ini.
Siapa pemain baru Geek Fam ini?
Geek Fam nampaknya mula mengacah pemain baharu mereka yang akan bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesembilan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, tidak banyak dinyatakan tapi admin @geekfammy hanya menulis Sheep.
Jika kita rungkai balik MPL pada musim-musim lepas, tiada nama IGN Sheep dalam mana-mana pasukan. Jadi adakah si dia pemain yang betul-betul baru dalam MPL?
Terdahulu, Amoux mengatakan kejutan besar-besaran akan berlaku pada Geek Fam pada 21 Januari (esok) dan meminta peminat menantikannya dengan penuh sabar.
Malah, lineup ini juga mempunyai pemain yang sudah pernah bertanding dalam MPL.
Pemain baru Geek Fam ‘ada pengalaman MPL’, tunggu 21 Januari ini – Amoux
Jurulatih Geek Fam, Ariff Iswandi atau Amoux memberi bayangan pemain baharu Geek Fam mempunyai pengalaman dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL).
Ketika dihubungi MyGameOn, Amoux bagaimanapun tidak ingin mendedahkan lanjut siapa pemain itu atau di musim MPL berapa dia pernah bermain.
“Memang akan ada pemain baru di MPL MY S9 tapi bukannya ‘baru’ juga.
“Apa saya boleh katakan, 21 Januari memang ada kejutan besar nanti. Nantikan semua,” katanya.
Sebelum ini, salah seorang pemain mereka, Poh Chun Wai (Panda) meninggalkan organisasi itu. Mungkin ini adalah pengganti Panda yang dicari-cari selama ini.
Terdapat juga khabar angin mengatakan Rumpel akan kembali ke Geek Fam. Sejauh mana kebenaran ini, anda perlu nantikan pada 21 Januari nanti.
Foto: Twitter / @Ariff_Iswandi