K/DA
Ini senarai kolaborasi muzik dan e-sukan yang paling mantap setakat ini
Sepanjang dekad yang lalu, industri e-sukan berkembang dengan pesat sehingga beberapa kerjasama jenama dan penajaan merentas permainan yang berbeza sudah muncul.
Trend baharu artis yang bekerjasama dengan penerbit yang berbeza juga muncul.
Antara hasilnya adalah muzik rasmi, kerjasama acara, serta kumpulan muzik terkenal yang membuat persembahan di acara e-sukan dan konvensyen permainan.
Industri ini menyaksikan beberapa kolaborasi permainan dan muzik di pelbagai pelantar. Permainan seperti Fortnite menyaksikan pengalaman seperti konsert global dengan Marshmello, Travis Scott, dan terbaru Ariana Grande.
Mari kita lihat apa lagi kolaborasi muzik mantap setakat ini.
Monstercat – Rocket League
Bagi peminat Dota WTF di YouTube pasti mengenal siapa itu Monstercat. Monstercat adalah label muzik EDM yang berasal dari Kanada, dan muziknya terkenal dalam siri Dota WTF itu.
Monstercat juga adalah penyumbang muzik untuk permainan Rocket League.
Kedua-duanya sebelum ini telah bekerjasama pada 2017 dan mengeluarkan 40 lagu eksklusif untuk Rocket League.
Anda boleh menstrim kesemua 10 jilid Monstercat x Rocket League di Spotify. Psyonix juga menambahkan item kereta yang bertemakan Monstercat pada permainan, termasuk cetakan Monstercat dan bendera artis Monstercat, pelekat Monstercat dan topi Monstercat.
K/DA – League of Legends
Siapa tidak kenal kumpulan e-wanita Korea ini. Kumpulan ini terdiri daripada lima watak dalam permainan League of Legends iaitu Ahri, Akali, Kai’Sa, dan Evelynn. Mereka juga disertai oleh Seraphine pada album terakhir mereka iaitu More.
Kumpulan ini disuarakan oleh ahli-ahli kumpulan K-pop G-IDLE dan berkolaborasi juga dengan artis barat seperti Madison Beer, Jaira Burns dan lain lagi.
Harapnya kita dapat lihat lagi kumpulan ini pada masa hadapan.
BLACKPINK – PUBG Mobile
Pada September 2020, PUBG MOBILE mengumumkan kerjasama dengan kumpulan K-pop popular, BLACKPINK dalam kemas kini 13.1. Acara itu menampilkan peta Taego baharu, tugasan dalam permainan, muzik lobi, kostum kapal terbang dan airdrop, papan iklan, emote dan sejumlah 37 kostum yang direka oleh BLACKPINK.
Kerjasama itu turut menyaksikan rancangan permainan “Fun match” baharu yang menampilkan semua ahli kumpulan gadis K-pop BLACKPINK, penyanyi Korea Selatan Kim Hee-chul, dan penstrim popular DDEDDEDDEDDE dan BEENU.
MK K-Clique – PUBG Mobile
MK K-Clique juga tara-tara BLACKPINK di mana mereka pernah berkolaborasi dengan permainan genre battle royale itu. Beliau melancarkan muzik video yang dikenali sebagai Sapu Rata dan berjaya menerima lebih 1.4 juta tontonan di YouTube. Hebat kan?
K-Clique juga dinamakan sebagai duta PUBG Mobile di Malaysia.
M3 Main Theme – Mobile Legends Bang Bang
Sempena kejohanan dunia M3 MLBB di Singapura, Moonton melancarkan muzik video Rise To The Top iaitu lagu tema utama acara kejohanan ini. Tema muzik ini sungguh mantap dan memberi semangat kepada pendengarnya.
Kualiti video muzik ini sememangnya tinggi dan ini memberi harapan kepada peminat dan pemain bahawa mungkin akan ada lebih banyak lagi muzik video seperti ini akan muncul pada masa akan datang.
Ini lah muzik dan kolaborasi yang paling mantap dalam dunia e-sukan buat masa ini! Apakah lagi kolaborasi mantap yang anda tahu?