Legion of One

MOBILE

Bazooka Tango mengumumkan Vainglory: Legion of One, permainan MOBA yang digabungkan dengan Battle Royale

Vainglory: Legion of One, permainan spin-off dalam dunia Vainglory diumumkan oleh Bazooka Tango baru-baru ini. Pasukan pembangun itu berhasrat untuk mengembalikan permainan ini ke asalnya dengan tajuk baharu ini. Vainglory asal ialah permainan MOBA popular yang boleh dimainkan pada pelbagai platform.

Dibangunkan oleh Super Evil Megacorp, Vainglory adalah salah satu permainan yang dikenali di seluruh dunia dan berjaya memenangi beberapa anugerah.

Bazooka Tango melancarkan permainan Vainglory All-Stars tahun lepas dan ia seakan-akan Brawl Stars oleh Supercell di mana pasukan yang terdiri daripada 3 pemain akan menentang pasukan lawan menggunakan watak dari dunia Vainglory.

Menurut akaun Twitter rasmi untuk Vainglory: Legion of One, permainan ini akan menggabungkan aspek MOBA dan battle royale menjadi satu pengalaman bermain permainan yang tidak seperti yang lain.

Oleh itu, permainan MOBA baharu ini akan mengekalkan semua ciri tipikal permainan Vainglory asal sambil turut membezakan dirinya daripada puluhan permainan MOBA yang tersedia untuk peranti mudah alih di pasaran.

Sumber rujukan: GamingOnPhone

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results