M3 World Championship

MOBILE

Momo adalah salah seorang pemain Macro terbaik setakat ini dalam MLBB

Pasukan Todak adalah salah satu pasukan yang berjaya membawa nama Malaysia ke pentas dunia di dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 baru-baru ini.

Meskipun hanya mendapat tempat kelima/keenam secara keseluruhan, mereka sudah memberikan usaha yang terbaik. Bukan itu sahaja, pasukan Todak juga menunjukkan peningkatan prestasi mereka di M3.

Salah satu ahli pasukan Todak yang harus diberikan pujian adalah Idreen Abdul Jamal (Momo). Beliau boleh dikatakan seorang pemain yang mempunyai kemahiran Macro terbaik setakat ini.

Definisi Macro dalam MLBB: Konsep pemahaman tentang kesedaran pada mini-map, kepentingan mengambil objektif, keberadaan musuh dan memfokuskan sama ada untuk split push atau menyertai teamfight.

CORAK PERMAINAN AGRESIF

Kita dapat lihat di Kejohanan Dunia M3, Momo menggunakan Brody dengan cukup baik. Beliau bijak menggunakan peluang untuk mendapatkan farming untuk mendapatkan blade of despair dan endless battle untuk mula bermain agresif. Seperti kita sedia maklum, Brody adalah hero yang sesuai dimainkan secara agresif oleh kerana skill set hero itu mudah memberikan burst damage yang tinggi kepada musuh. 

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Moonton, Momo mencatatkan 859 Gold setiap minit, rekod paling tinggi bagi hero marksman dipilihnya dalam perlawanan ke atas Navi. Dia juga mencatatkan 76.92% kill participation

PENGAWASAN PETA YANG TINGGI

Untuk menjadi seorang pemain yang memiliki kemahiran macro yang tinggi. Pemain itu harus mempunyai tahap pengawasan peta yang bagus di mana seperti kita lihat Momo mempunyai kadar kematian yang rendah di Kejohanan Dunia M3 kerana beliau tahu saat yang sesuai untuk masuk dan keluar di dalam perlawanan yang berlaku.

Rata-rata skor kematian adalah bawah daripada lima dan mata pembunuhan paling tinggi menggunakan Beatrix dan Brody sebanyak lapan mata.

PEMAHAMAN POTENSI HERO

Jika kita memahami bagaimana cara hero MLBB itu berfungsi, ianya sangat membantu di dalam segi penggunaan skill dan cara untuk bermain hero itu secara kompetitif. Momo berjaya menguasai hero popol & kupa, Beatrix dan juga Brody di Kejohanan Dunia M3. Ketiga-tiga hero ini membantu Todak di dalam perlawanan menentang pasukan Navi dan juga SeeYouSoon. 

Sebagai pemain yang versatil, Momo juga menggunakan Gloo, Esmeralda, Yu Zhong dan Lapu-Lapu yang mana keempat-empat hero ini mempunyai kadar survival yang tinggi di EXP Lane dan boleh membantu dalam teamfight pada bila-bila masa. Namun, rekod K/D/A dan MVP bagi Momo masih berpihak kepada penggunaan marksman

PERHATIKAN “TIMING” YANG TEPAT

Elemen ini sangat membantu anda untuk menjadi pemain yang lebih baik. Pengiraan cooldown skill pihak lawan pasti memberikan kita kelebihan untuk merancang strategi bagi menumbangkan pihak lawan. Elemen ini ada pada Momo, beliau bijak dalam mengira timing skill hero pihak lawan untuk memastikan beliau mempunyai kelebihan dalam mengejar objektif. Perkara ini juga terpakai di dalam bab pengiraan Turtle dan Lord respawn timer.

Sebagai contoh, penggunaan Beatrix dalam perlawanan ke atas Navi mencatatkan sebanyak 9,584 damage iaitu 91.99% dari keseluruhan serangan ke atas building.

MENGETAHUI KEBERADAAN MUSUH

Momo menguasai kemahiran ini dengan selalu melihat di peta untuk mengetahui dimanakah musuh berada. Kemahiran ini perlu untuk mengelak dari terkena ganking dari pihak lawan. Anda juga boleh melakukannya dengan menggerakkan skrin anda ke Turtle, Lord atau creeps. Jika pihak musuh sedang farming, anda akan melihat attack animation dari skrin yang anda gerakkan.

Ini terbukti apabila Momo hanya mati beberapa kali dan kemahirannya menggunakan Beatrix dan Brody dengan tiada kematian ketika melawan EVOS SG dan Navi.

Elemen-elemen di atas menjadikan Momo antara pemain terbaik macro di Land of Dawn, Adakah Momo akan meneruskan prestasi yang begitu mantap sekali di musim kesembilan ini? Kita bakal saksikan.

Read More

MOBILE

Zeys dan Rekt ungkap alasan EVOS Legends gagal lolos ke M3

Kejohanan Dunia Edisi M Mobile Legends menjadi satu benchmark oleh semua pasukan profesional permainan peranti mudah alih itu di serata dunia.

Malang sekali buat EVOS Legends, mereka gagal melayakkan diri selepas prestasi yang tidak begitu baik ditonjolkan di MPL ID musim kelapan.

Mereka tewas di lower bracket final oleh ONIC Esports. Zeys selaku jurulatih mengungkapkan mengapa pasukan mereka gagal layak ke Kejohanan Dunia M3.

“Saya fikir di musim ini (MPL ID Season 8), kami tidak benar-benar bermain sebagai sebuah pasukan. Semuanya bermain secara individu, melakukan segalanya secara tidak bersama dengan pasukan, lalu masuk ke sebuah pertandingan,” ucap Zeys.

“Jujur, saya berfikir kami memang sangat layak untuk kalah dan kami tidak berjaya untuk lolos ke M3 atau menjuarai sebarang pertandingan,” tambah beliau.

Rekt sebagai kapten mengaku impian pasukan untuk layak ke Kejohanan Dunia M3 menjadi satu beban yang amat berat buat pasukan.

“Mungkin saya terlalu bercita-cita untuk berjaya lolos ke M3. Mohon maaf juga tidak dapat membawa EVOS ke M3 karena terlalu bercita-cita tinggi,” ujar REKT.

Adakah kita akan melihat pasukan EVOS Legends mengubah nasib mereka di MPL ID musim kesembilan? Kita bakal saksikan.

Read More

MOBILE

10S Gaming Frost muncul juara Kejohanan “M3 kami” di Jepun

Kejohanan Dunia M1 dan M2 menjadi antara salah satu berita gembira buat peminat MLBB di negara Jepun satu ketika dahulu.

Pasukan 10S Gaming menggegarkan Axiata Arena Kuala Lumpur pada waktu itu dengan penggunaan meta Rafaela. 

Namun begitu, Kejohanan Dunia M3 menyaksikan pertandingan itu tidak dihadiri oleh pasukan Jepun. Obuyan pernah mempersoalkan slot mereka ke M3 sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/CYG7PurvMAI/

Kejohanan yang dinamakan sebagai M3 kami sudah dilancarkan oleh jepun. Kejohanan itu akan ditaja oleh LLG & KO. Wang hadiah terkumpul sebanyak 300 ribu yen (RM11 ribu) untuk dimenangi.

10S Gaming Frost berjaya muncul juara Kejohanan ini. Kemenangan itu diumumkan di dalam Instagram rasmi mereka. Tahniah diucapkan.

Foto: 10S Gaming Frost

Read More

PC

Yve dikenakan ban sebanyak 71 kali di dalam Kejohanan Dunia M3

Kejohanan Dunia M3 mengumpulkan 16 pasukan dari serata dunia bertanding untuk merebut gelaran juara serta piala kemenangan dan wang hadiah lumayan. Pasukan Blacklist International berjaya muncul juara selepas menewaskan pasukan ONIC PH dengan skor 4-0. Setiap perlawanan yang berlaku pasti akan melalui sesi drafting yang menjadi kunci kemenangan setiap pasukan. Pasukan yang dapat membaca draft pihak lawan akan mendapat kelebihan di dalam perlawanan. https://www.instagram.com/p/CYEHY9SBPE_/ Yve memegang tempat pertama dalam jumlah hero di ban di dalam Kejohanan Dunia M3 sebanyak 71 kali, manakala Hayabusa sebanyak 63 kali dan Phoveus sebanyak 47 kali. Seterusnya, Paquito di tempat keempat dengan 44 kali larangan dan Natan sebanyak 43 kali larangan. Kesemua hero ini mampu mengubah nasib pasukan M3 dan mereka menjadi salah satu hero meta ketika itu. Sumber dan foto: MPL MY

Read More

MOBILE

League of Legends PC mendapat jumlah tontonan e-sukan tertinggi 2021, MLBB di tempat ketiga

Permainan peranti mudah alih kini makin popular di kalangan remaja terutamanya permainan seperti PUBG Mobile, Mobile Legends, Garena Free Fire dan juga League of Legends: Wild Rift. Di dalam carta e-sukan terpopular yang ditonton di serata dunia, League of Legends PC memegang tempat pertama dan kedua. Kejohanan Dunia League of Legends di mana Edward Gaming menentang DWG Kia mendapat 4 juta tontonan dan T1 menentang DWG Kia mendapat 3.5 juta tontonan. https://www.instagram.com/p/CYEHLG_BFTJ/ Seterusnya, RRQ Hoshi melawan ONIC PH mendapat tempat ketiga dengan 3.19 juta tontonan untuk permainan Mobile Legends. Perlawnaan di antara Blacklist International menentang RRQ Hoshi mendapat 3.1 juta tontonan serta tempat kelima dipegang oleh perlawanan Bren Esports menentang Burmese Ghouls di peringkat akhir Kejohanan Dunia M2. Nampaknya permainan peranti mudah alih Mobile Legends semakin popular di serata dunia namun masih gagal memecahkan rekod yang dipegang oleh permainan League of Legends PC. Adakah kita akan melihat Mobile Legends memecahkan rekod jumlah tontonan di Kejohanan Dunia M4 nanti? Kita bakal saksikan. Sumber: @emak_moba

Read More

Showing 1 - 5 of 5 Results