malaysia

Anda boleh jumpa Waypoint Genshin Impact di Malaysia

Berita baik buat semua travelers di Malaysia.

https://scontent.fkul15-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/300148749_1254214375428750_2663106167891566018_n.jpg?_nc_cat=107&ccb=1-7&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=lNT8PIE0MA4AX8qKrf0&_nc_ht=scontent.fkul15-1.fna&oh=00_AT-qFwxUKDgZNv2uWUyFpJLKjqPv5w9nyOQcsuIzoF1vag&oe=63089BEA

Anda kini boleh menjumpai titik laluan teleport  daripada Genshin Impact untuk acara Encounter Genshin Teleport yang akan hadir ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia.

Akaun tiktok genshin_impact_my juga dibuka baru-baru ini.

Misi anda adalah:

1. Traveler perlu memakai topeng hilichurl di lokasi itu.

2. Rakam video anda berada di titik laluan.

3. Muat naik video ke TikTok dengan #GenshinTeleport dan #GenshinImpact.

4. Tayangkan video TikTok itu ke staf yang terlibat untuk mendapatkan poskad dan bookmark Genshin Impact.

Hadiah juga adalah terhad.

Jangan lupa pergi buat semua peminat Genshin Impact!

Rujukan: GamerSantai

Read More

Gadis Sibu: anak Sarawak pertama wakil Dota 2 Wanita ke Sukan Komanwel 2022

University of Technology Sarawak (UTS) kini akan membuka pusat e-sukan di kampus universiti mereka dan menjadi peneraju pembangunan e-sukan di antara universiti di Sarawak.

Menurut Dr Annuar Rapaee selaku Pengerusi UTS, pembangunan e-sukan ini akan menjadi tempat inovasi permainan video baharu dan memupuk lebih ramai pemain.

Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat juga mengatakan UTS kini sudah mempunyai infrastruktur yang sesuai.

“Tambahan lagi, Nadrah Saufi juga kini akan menjadi wakil sukan Komanwel di Birmingham,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Info Sibu (@infosibu)

Nadrah, gadis 25 tahun kelahiran Sibu ini sedang menjalani pengajian Sarjana Muda Pengurusan Teknologi  dan menjadi anak Sarawak mewakili Malaysia bersaing dalam pertandingan e-sukan Dota 2 di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Pertandingan ini bermula pada 1 hingga 8 Ogos ini dalam kategori Wanita Dota 2.

“Semuanya adalah disiplin diri. Nadrah menjadi contoh terbaik yang berkecimpung dalam e-sukan dan masih cemerlang dalam pembelajarannya di UTS,” tambah Dr Annuar lagi.

Selamat maju jaya untuk Nadrah dan pasukan nanti di Sukan Komanwel!

Rujukan: The Borneo Post

Read More

CONSOLE

Battle royale keluaran Ubisoft, Hyper Scape, akan ditutup

Ubisoft mengumumkan bahawa ia akan menutup permainan battle royale Hyper Scape, kurang daripada dua tahun selepas ia dilancarkan. Dibangunkan oleh Ubisoft Montréal, Hyper Scape ialah FPS battle royale 100 pemain percuma untuk dimainkan dalam persekitaran bandar futuristik yang dipanggil Neo-Arcadia. Permainan ini dilancarkan dalam bentuk beta terbuka pada Julai 2020. Walau bagaimanapun, hanya setahun selepas dikeluarkan Ubisoft telah berhenti mengeluarkan kemas kini utama untuk permainan itu. Musim terakhirnya dilancarkan pada Mac 2021. Dengan strim langsung E3 Ubisoft pada bulan Jun, Hyper Scape tidak disebut sama sekali. Hyper Scape juga salah satu permainan yang mempunyai watkak dari Malaysia iaitu Noor Casulin. Nama sebenar watak itu adalah Noor Azimah Binti Yusof, dan watak itu terkenal di majalah VR Remaja 2054 dalam permainan itu.
Noor Azimah
“Kami membuat keputusan yang sukar untuk menamatkan pembangunan Hyper Scape dan menutup permainan pada 28 April,” kata Ubisoft. “Kami berhasrat untuk mencipta pengalaman penembak yang unik, jarak dekat dan pantas dan kami amat berterima kasih kepada komuniti kami kerana menyertai kami dalam perjalanan kami. “Kami akan mengambil pembelajaran penting daripada permainan ini ke dalam produk masa hadapan,” katanya. Sumber rujukan: Polygon

Read More

eSPORTS

Bigetron Red Aliens mengubah langkah selepas gagal layak ke pusingan akhir PMGC

Pasukan PUBG Mobile terhebat di rantau Asia Tenggara, Bigetron Red Aliens atau lebih dikenali sebagai BTR, mempunyai barisan pemain yang baik, namun pasukan itu bergelut untu mengekalkan prestasi pada tahun ini.

Oleh itu, mereka bercadang untuk mengubah barisan pasukan mereka untuk cabaran akan datang.

Pengurus Pasukan Baharu

Pengurus pasukan BTR, Isfantasea atau nama penuhnya Isfan Satriya Wijaya, mengundur diri susulan prestasi pasukan BTR yang merudum pada musim lepas. Isfantasea bersama BTR sejak 2019 dan sempat melihat BTR menjulang piala dunia PMCO Global Final 2019.

Beliau kini digantikan oleh Jerroy yang sudah merancang pelbagai program untuk memastikan disiplin dan mewujudkan tabiat sihat untuk menjadikan pemain berkembang sebagai individu di samping memastikan mereka bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.

JangS Sebagai Jurulatih

Muhammad Farhan atau JangS akan kekal sebagai jurulatih pasukan Bigetron RA. Walaupun terdapat pelbagai khabar angin bahawa beliau akan mengangkat kaki dari pasukan, khabar angin itu tidak benar.

Beliau dilaporkan sudah merancang pelan latihan menuju ke liga kompetitif seterusnya.

Nasib Ayam Tambatan, Ryzen

Muhammad Albi, atau Ryzen, adalah pemain teras pasukan BTR dan antara pemain rusher yang paling digeruni di seluruh dunia. Beliau juga memegang rekod kill tertinggi di peringkat global PUBG Mobile.

Namun, baru- baru ini, beliau kelihatan tidak mampu meniru gaya permainan lamanya yang dikenali ramai.

Tambahan pula, dengan ketibaan pemain Malaysia, Dhiya Ulhaq atau Uhigh, beliau sering diletakkan di bangku simpanan beberapa kali kerana prestasinya.

Kontrak Ryzen tamat pada penghujung 2021, dan tiada pembaharuan yang diluluskan daripada pihaknya walaupun BTR menawarkan kontrak baru kepadanya.

Ryzen dilaporkan meminta lebih masa untuk berfikir sama ada dia mahu berehat dari bersaing secara kompetitif atau memperbaharui kontraknya.

Asian Games 2022 

Pihak atasan Bigetron Red Aliens juga berkata bahawa mereka sanggup melepaskan barisan pemain ini untuk mewakili negara jika diminta berbuat demikian.

Semoga dengan langkah perubahan ini, BTR mampu mengembalikan zaman kegemilangan yang mereka pernah alami suatu ketika dahulu.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

Read More

PC

Nigma Galaxy melantik Ashraf Firdaus sebagai jurulatih pasukan VALORANT

Sekitar hujung tahun lepas Galaxy Racer dan Team Nigma, dua organisasi e-sukan bergabung bersama demi menggabungkan jenama e-sukan, kandungan e-sukan dan gaya hidup besar Galaxy Racer dengan kepakaran kompetitif Nigma.

Dengan langkah ini, Nigma dijenamakan semula kepada Nigma Galaxy dan mengetuai bahagian e-sukan Galaxy Racer dari ibu pejabatnya di Abu Dhabi.

Selain itu, mereka juga menubuhkan beberapa lagi pasukan seperti PUBG Mobile, Free Fire, CSGO dan VALORANT di samping pasukan utamanya iaitu Dota 2.

Dalam usaha membangun pasukan VALORANT Nigma Galaxy atau NGX, mereka melantik Kolenaw dari Finland sebagai penganalisis pasukan. Mereka juga menamakan Ashraf Firdaus dari Malaysia sebagai jurulatih VALORANT pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nigma Galaxy (@teamnigma)

Ashraf Firdaus, atau dikenali sebagai acAp dalam permainan, adalah seorang veteran yang pernah bermain untuk kebanyakan pasukan CSGO terbaik Malaysia. Pemain berusia 28 tahun itu pernah bermain untuk pasukan MVP Karnal, FrostFire dan Fire Dragoon E-sports.

Beliau juga berjaya merangkul gelaran juara dalam pelbagai kejohanan seperti Taiwan Excellence Esports Cup 2019, eXTREMESLAND ZOWIE Asia CS:GO 2018, Asean Games for E-Sports 2016 dan banyak lagi kejohanan besar di sekitar rantau Asia.

Kini, beliau aktif dalam dunia VALORANT dan kali terakhir dilihat beliau bermain sebagai pemain pasukan UwU, kini dikenali sebagai Bleed eSports, dalam VCT Stage 3 – SEA Challengers Playoffs. Beliau kini menyandang peranan jurulatih pertamanya dalam kerjaya e-sukannya.

Ikuti beliau di laman Facebook rasminya di sini, atau Instagram beliau di sini.

Sumber rujukan: Instagram

Read More

PC

Ini sebab kenapa pemain Dota 2 Malaysia, MidOne, kecewa dengan pembatalan DPC

Pembatalan Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022 adalah sebuah keputusan yang terpaksa dilakukan oleh penganjur acara serta Valve. Keputusan sukar ini dilakukan atas kebimbangan penularan COVID-19 serta variannya.

Walaupun keputusan ini terpaksa dilakukan, ramai pemain profesional tidak berpuas hati dengan cara Valve menanganinya. Ini termasuklah MidOne, pemain profesional Dota 2 dari Malaysia yang kini bermain untuk Team SMG.

Prestasi Team SMG sepanjang musim DPC SEA agak menakjubkan, dengan hanya tewas 2 kali dalam 7 perlawanan. Pasukan ini sepatutnya layak ke pusingan Major tahun ini tetapi malangnya ia tidak dapat berlaku.

Menurut Yeik Nai Zheng atau dikenali sebagai MidOne, kejayaan mereka di DPC SEA 2021-2022 adalah sebuah kejayaan kecil.

“Saya tak kata kemenangan Team SMG sebagai kejayaan tapi pastinya, ia adalah kemenangan kecil buat saya. Anda tahu, semua pemain menyasarkan Aegis.

Selain daripada itu, MidOne juga kecewa kerana tidak mampu membuktikan dirinya di Major.

“Kecewa tak dapat bermain secara LAN. Saya tak dapat buktikan diri saya di sana. Saya rasa semua orang mahu bersaing dengan setiap pasukan di seluruh dunia dan bukannya hanya di rantau. Tak sabar nak main di Major tapi kini dibatalkan pula,” katanya.

 

Selepas memberi ruang kepada Anathan Pham atau dikenali sebagai ‘ana’, MidOne ingin membuktikan diri serta dapat menunjukkan bahawa beliau berbeza sekali dengan ana.

Nampaknya kita bakal melihat MidOne beraksi dengan garang demi membuktikan diri beliau dan menghilangkan dahaganya untuk menjulang piala Aegis of the Champions pada The International akan datang.

Sumber rujukan: AFK Gaming

Read More

Showing 1 - 6 of 6 Results