Mobile Legends
M4 di Jakarta?
Kejohanan Dunia Mobile Legends M4 menjadi satu pertandingan antarabangsa yang mengumpulkan pasukan MLBB dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara dunia.
Tidak banyak info yang kita ketahui selain tarikh pertandingan itu akan diadakan pada 1-15 Januari tahun depan.
Namun begitu, di dalam satu perkongsian video di saluran Youtube MPL ID tempoh hari, kita dapat lihat poster Kejohanan Dunia M4 memaparkan lokasinya di Jakarta, Indonesia.
View this post on Instagram
Adakah pihak Moonton sudah mengacah M4 bakal diadakan di Indonesia? Sebelum ini, M3 dipertandingkan di negara jiran iaitu Singapura dan pasukan Filipina iaitu Blacklist International muncul juara.
Pasukan Filipina sudah dua kali berturut-turut merangkul gelaran juara dunia, corak permainan mereka yang sukar diduga dan juga disiplin yang tinggi membawa mereka ke peringkat ini.
Kemungkinan besar kita dapat melihat juara baru terutamanya pasukan Malaysia untuk edisi ke-4 ini? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: emak_moba
“EVOS Legends bermain sangat ‘jelek’ dan cuma nasib baik semata-mata,” – Rekt
Bekas pemain dan juga kapten EVOS Legends iaitu Rekt mengkritik cara permainan yang ditunjukkan oleh barisan pemain baru EVOS Legends.
Menurutnya, kemenangan EVOS Legends ke atas pasukan Bigetron Alpha tempoh hari hanyalah nasib semata-mata.
@dedyperatama16 EPIC COMEBACK PALING GILA! FERXIC MANIAC! REACTION STREAMER EVOS VS BTR MPL SEASON 10 MATCH 1
♬ suara asli – Dedy Peratama
“Hoki (bernasib baik), tidak bagus corak permainan EVOS. Saya tidak bermaksud untuk menghina mereka akan tetapi cara mereka bermain masih tidak bagus,” ujar Rekt selepas EVOS Legends comeback di perlawanan pertama.
Dia juga menyifatkan pemain EVOS Legends tidak berkomunikasi dengan baik oleh kerana kelima-lima pemain yang masing-masing ingin bercakap.
@agung_jik tanggapan capt @rektgustian_ #evosrekt #evoslegends #evos #mobilelegends #mpl #mlbb #mobilelegends_id ♬ Aesthetic – Tollan Kim
“Cara mereka berkomunikasi sangat tidak bagus, kucar kacir. Mereka semua ingin bercakap. Kalau saya bermain bersama pasti saya akan menyuruh mereka mendengar cakap saya,” akhirinya.
Baru-baru ini Rekt bersama Wannn dan juga Luminaire meninggalkan EVOS Legends selepas kontrak mereka tamat.
Oleh kerana itu, pemain EVOS Legends kini dipenuhi dengan pemain-pemain baru dan juga Dlarskie dari Filipina. Mereka baru sahaja tewas 0-2 menentang pasukan Aura Fire semalam.
Sumber dan foto: ONE Esports
Kenapa Saiful sebagai jurulatih boleh ‘turun’ jadi pemain? Ini jawapan Moonton
Pasukan Homebois mula mendapatkan momentum mereka kembali semalam apabila Saiful bermain kembali sebagai roamer menggantikan Xpdea.
Sebelum ini, Saiful bertindak sebagai jurulatih pasukan Homebois dan ramai di antara peminat yang musykil bagaimana Saiful boleh bermain sedangkan peranan dia adalah sebagai jurulatih sahaja.
Pihak Moonton mengesahkan isu ini kepada kami. Menurutnya, jurulatih boleh bertukar peranan sebagai pemain oleh kerana mereka termasuk dalam salah satu barisan pemain yang aktif.
“Jurulatih boleh digunakan untuk menjadi seorang pemain kerana mereka adalah sebahagian dari barisan pemain yang aktif di dalam sesebuah pasukan.
“Menurut peraturan 5.2.2, pemain atau ketua dibenarkan/boleh bertanding untuk satu pasukan yang mereka sudah ada persetujuan bersama,” ujar wakil Moonton.
Maka tidak hairanlah bagaimana Saiful masih boleh bermain sebagai roamer untuk pasukan Homebois sewaktu menentang Team Lunatix semalam.
Dalam temubual kemenangan menentang Team Lunatix 2-1 semalam, Saiful menerangkan alasan dia kembali bermain kerana Chibi memanggilnya untuk bermain semula bersama pasukan.
Foto: MOONTON Games
MPL MY: Team Haq dan Orange Esports mendominasi kumpulan A dan B
Minggu kedua MPL MY musim ke-10 kini sudah berakhir. Banyak perkara yang berlaku di minggu kedua di mana kita dapat menyaksikan pasukan Todak masih mengekalkan prestasi mereka.
Sementara itu, pasukan Suhaz Esports masih tidak menemui momentum yang diperlukan untuk kembali bangkit ke dalam permainan.
Team Haq memegang tempat pertama di dalam kumpulan A sementara pasukan Orange Esports mendahului carta kedudukan kumpulan B.
Pasukan Caracal juga mengalami kesukaran di kumpulan B dan pasukan Homebois kembali bangkit dengan kemasukan Saiful yang sebelum ini menjadi jurulatih mereka.
Adakah kita akan melihat Team Caracal dan Suhaz Esports akan mengubah nasib mereka pada minggu ini atau mereka masih sukar untuk bersaing bersama pasukan yang lain? Kita bakal saksikan.
Foto: MPL MY
Kedudukan pasukan di minggu pertama MPL ID S10
MPL ID musim ke-10 minggu pertama kini sudah tamat, pasukan RRQ Hoshi mendahului carta di tempat pertama dengan dua kemenangan di dalam dua perlawanan.
Mereka berjaya menundukkan pasukan Alter Ego dan juga pasukan Geek Fam sebelum ini. Pasukan EVOS Legends pula menduduki tempat kelima dengan 1 kemenangan dan 1 kekalahan.
View this post on Instagram
Pasukan Geek Fam ID dan Rebellion Zion masing-masing menduduki tempat kedua tercorot dengan dua kekalahan.
Namun begitu, pasukan Geek Fam menunjukkan sedikit peningkatan dari musim lepas dengan kemasukan bekas pemain ONIC PH iaitu Baloyskie.
Adakah pasukan ini bakal mengekalkan kedudukan mereka seperti minggu pertama atau akan ada kejutan nanti di minggu hadapan? Kita bakal saksikan.
“Kami lebih berdisiplin di perlawanan ketiga,” – Saiful
Pasukan Homebois mengalami dua kekalahan sebelum ini dan mereka harus menebus kembali di dalam perlawanan menentang Team Lunatix.
Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan bermain di perlawanan ketiga untuk menentukan pasukan manakah yang menjadi juara.
Pasukan Homebois mendapat kelebihan di minit awal permainan apabila rotasi mereka berkesan untuk menghentikan kemaraan Team Lunatix menghancurkan turret di bahagian atas.
Team Lunatix terus kehilangan momentum mereka apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan di dalam pertarungan.
Jurang perbezaan gold yang sangat ketara menyebabkan Team Lunatix gagal untuk menjatuhkan pasukan Homebois.
Mereka cuba untuk bermain split push namun ia tidak membuahkan hasil yang sangat baik.
Luminous Lord yang diambil oleh pasukan Homebois pada minit ke-12 menjadi kunci kemenangan mereka di dalam perlawanan terakhir ini.
Mereka terus merusuh ke arah base pasukan Team Lunatix dan akhirnya menamatkan permainan.
Nampaknya kemasukan Saiful ke dalam pasukan menggantikan Xpedea memberikan mereka kemenangan.
MPL MY: Todak langgar Team SMG
Perlawanan pasukan Todak menentang Team SMG hari ini sangat dinantikan oleh para peminat kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan Kejohanan Dunia M3 ini antara pasukan terkuat tanah air.
Di perlawanan pertama, Todak mengalami kesukaran di minit awal permainan. Team SMG mengawal peta dan mengambil objektif dengan rotasi mereka yang sangat bagus.
Pertarungan demi pertarungan dimenangi oleh Team SMG dan mereka terus mengasak pasukan Todak untuk mengangkat bendera putih.
Namun begitu, kesilapan Team SMG di minit ke-21 menyebabkan Sasa terkorban dan pasukan Todak terus mengambil peluang itu untuk menumbangkan ZaimSempoi dan Smooth untuk menamatkan permainan.
Perlawanan kedua diteruskan dan pasukan Todak membawa masuk Estes sebagai kunci di dalam pelan strategik mereka.
Pasukan Todak dilihat berlainan di perlawanan pertama di mana mereka mampu untuk menahan asakan dari Team SMG.
Luminous Lord berjaya diambil oleh pasukan Todak pada minit ke-13 dan mereka terus merusuh ke arah base Team SMG.
Pasukan Team SMG yang cuba mempertahankan crystal mereka tidak berjaya oleh kerana Estes yang dipakai oleh Ciku menggunakan Blessing of The Moon Goddess.
Vior dedah gaji REKT RM15,000?
EVOS Legends melakukan rombakan ke atas barisan pemain mereka di MPL ID musim ke-10.
Terdapat beberapa pemain lagenda yang meninggalkan pasukan itu termasuk kapten pasukan iaitu Rekt.
Bekas pemain EVOS Legends ini bersama Oura dan juga Wann pernah menjadi juara dunia M1 sebelum ini.
Seorang pengguna Youtube iaitu Khairul berkongsikan nilai gaji Rekt yang didedahkan oleh kekasihnya iaitu Vior.
Vior menjelaskan gaji Rekt mencecah 2 digit, selepas menyedari dirinya terlepas cakap. Vior terus menyatakan gaji kekasihnya itu adalah IDR50 juta (RM15,000).
Jelas sekali Rekt menikmati gaji yang sangat besar setiap bulan sebagai pemain profesional di EVOS Legends.
Sumber: ONE Esports
“Ultras Team Haq langsung tidak menjejaskan permainan kami,” – Moon
Team Haq menggegarkan pentas MPL MY musim ke-10 dengan kehadiran Ultras mereka seperti yang kita lihat ketika perlawanan bola berlangsung.
Perkara ini membuktikan Team Haq ingin membawa kelainan untuk menyemarakkan lagi suasana di Quill City Mall.
Kami sempat menemubual pemain Todak, Zikry Shamsuddin (Moon) dan bertanyakan pandangannya terhadap Ultras yang ditunjukkan oleh peminat Team Haq.
View this post on Instagram
Menurut Moon, perkara itu adalah sesuatu yang baru di dalam pentas MPL kerana sebelum ini tidak pernah ada.
“Bagi saya ianya adalah sesuatu yang baru kerana MPL sebelum ini tidak ada Ultras dan sebagainya. Jika peminat tanya, ianya langsung tidak mengganggu kami bermain kerana sorakan mereka tidak begitu jelas.
“Untuk perlawanan pertama dan kedua, 70% peluang kami tewas kerana drafting yang tidak baik. Namun untuk perlawanan ketiga, drafting kami sangat kemas jadi kami lebih berani untuk mendapatkan objektif,” ujar Moon.
Mereka berjaya mendapatkan kemenangan ke atas Team Haq baru baru ini dengan skor 2 berbalas 1 walaupun Ciku menggantikan Yums untuk bermain sebagai roamer.
Foto: MOONTON Games
Indonesia bakal ada “MPL Ladies”?
Liga Bintang Wanita (Woman Star League) MLBB di Indonesia adalah satu pertandingan yang terbesar buat para wanita MLBB di negara itu.
Selepas lima musim ianya berlangsung, akhirnya mereka memutuskan musim kelima adalah musim terakhir.
Namun begitu, menurut ketua event WSL, pertandingan penting buat para wanita ini tidak hanya berakhir begitu sahaja malah pertandingan baru yang bakal menggantikan WSL akan tiba.
“Kenapa WSL musim ke-5 adalah yang terakhir, ini kerana the last dance bukan sekadar mengakhiri sesuatu akan tetapi akan melahirkan sesuatu yang baru,” ungkapnya.
“Ada yang berakhir ada yang lahir, mati satu tumbuh seribu. Berkaitan pertandingan selanjutnya akan menjadi sesuatu yang baru akan tetapi fokusnya selalu ke MPL ID. Apa yang dilakukan oleh MPL akan kami cuba lakukan.” akhirinya.
Adakah pihak penganjur WSL bakal melakukan kerjasama dengan Moonton bagi mengadakan Liga Profesional Mobile Legends yang pertama untuk kategori wanita? Kita bakal saksikan.
Sumber dan foto: ONE Esports
Ibu Hate “diserang” oleh seorang pengguna Facebook, tindakan tegas diambil
Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-10 membawa kejutan kepada komuniti MLBB Malaysia.
Musim ini menyaksikan pemain import dari Filipina iaitu Jaylord Gonzales (Hate) yang berhijrah ke Malaysia untuk bermain bersama Team SMG.
Ramai di antara komuniti MLBB tanah air menyambut kemasukan Hate dengan hati yang terbuka.
Tidak kurang juga yang memberikan sokongan dan berharap Hate berasa selesa di Malaysia bersama Team SMG.
Namun begitu, tular baru-baru ini ada individu yang menghamburkan kata-kata kesat kepada ibu Hate, Maryam yang juga seorang muslim.
Melalui satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Maryam menghubunginya melalui aplikasi Messenger dan menyatakan pengguna Facebook bernama Kingpin Luca melemparkan kata-kata kesat tentang anaknya kepada dia.
Ini menyebabkan komuniti MLBB tanah air dipandang buruk oleh negara jiran Filipina. Mereka juga tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dan memohon agar isu ini diselesaikan dengan secepat mungkin.
Arif Shahir selaku pengurus komuniti memberi kenyataan dia akan bertindak tegas dan mengharamkan pengguna Facebook itu dari memasuki sebarang group Mobile Legends Malaysia.
Diharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi, kita tidak boleh bertindak ikut emosi dan harus memikirkan akibat perbuatan kita kepada komuniti MLBB itu sendiri.
MPL KH: 2 pemain Filipina masuk pasukan Kemboja
Liga Profesional Mobile Legends Kemboja sudah memasuki musim ketiga dan bermula pada hari ini.
Pasukan Kemboja adalah salah satu pasukan terkuat di Asia Tenggara dan mereka sudah membuktikan sewaktu Kejohanan Dunia Siri M.
Seperti MPL ID, MPL Kemboja menyaksikan 8 pasukan akan bertarung untuk merebut gelaran juara serta slot untuk bermain di M4 yang akan berlangsung pada Januari tahun depan.
MPL Kemboja akan lebih menarik di musim ini di mana pemain Filipina akan melakukan debut mereka di Kemboja sama seperti Indonesia dan Malaysia.
Nampaknya, kehadiran pemain Filipina di dalam liga Asia Tenggara makin ketara oleh kerana pencapaian mereka yang hebat sewaktu Kejohanan Antarabangsa.
Musim liga akan berlangsung selama lima minggu dari 6 Ogos sehingga 4 September.
Format perlawanan berdasarkan best of two, berbeza dengan Malaysia di mana pasukan harus mendapatkan 2 kemenangan.
Pasukan Burn X Flash baru-baru ini mengambil bekas pemain Nexplay EVOS iaitu MPDKING dan juga Hesa.
2 pemain Filipina ini bakal memperkuatkan pasukan Kemboja ini dan akan dilatih oleh jurulatih dari Filipina juga iaitu Zico.
Sumber: Moonton