MPL MY S9
Orange Esports jumpa siapa tu…?
Orange Esports, salah satu pasukan yang bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY S9 mengacah sesuatu menerusi hantaran Instagram Story mereka hari ini.
Menerusi perkongsian di bawah, kelihatan Pengurus Operasi Orange Esports, Kelvin Pang dan yang lain sedang menunggu kehadiran seseorang.
Di slide yang kedua, Kelvin mengucapkan selamat tinggal kepada individu itu. Sepertinya mereka ingin mengacah satu kolaborasi baru bersama pasukan.
Malah, Kelvin dalam satu hantaran di FB Group MPL MY juga mengatakan ada kejutan menunggu kepada peminat.
Orange sendiri dikenali dengan ‘cara’ mereka merekrut pasukan untuk bermain di MPL sepanjang satu musim.
Jadi siapakan yang akan bermain di bawah Orange nanti?
Sebelum ini, lineup terdahulu dilepaskan dan mereka membawa haluan masing-masing. Malah, ada antara mereka yang sudah pun menyertai pasukan profesional seperti Team Haq Academy dan bermain untuk RSG di kejohanan MEC 2021/2022 tak lama dulu.
“Leixia dapat timba pengalaman baru, LinkEzaa kembangkan bakat,” – jurulatih Team Caracal, Kuja
“Bagi perspektif saya, ia amat menguntungkan kami kerana dapat memberi ruang kepada LinkEzaa untuk terus mengembangkan bakat dan juga memberi peluang untuk Leixia timba pengalaman baru,” itu kata jurulatih Team Caracal, Ajwad Mohd Yusof mengenai peminjaman Leixia ke Team SMG untuk MPL MY S9.
“Leixia memang ingin pengalaman baru bersama pasukan baru. Walaupun keputusan ini agak berat untuk dibuat, tapi kami dah sebulat suara yang pinjaman ini harus dibuat demi kebaikan karier masing-masing,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.
Difahamkan, Team Caracal sebelum ini mempunyai dua jungler yang mana Leixia dan LinkEzaa mengisi posisi itu. Namun, ketiadaan Leixia di kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC 2021/2022) menimbulkan tanda tanya.
Namun, persoalan itu pernah dijawab Kuja dalam temubual lepas, mengatakan Leixia mempunyai urusan keluarga dan kurang latihan bersama pasukan.
LinkEzaa pula sangat menyinar dalam pasukan Orange Esports sebelum ini selepas muncul pemain Rookie Terbaik dalam liga itu. Dia menunjukkan corak permainan yang agak agresif dengan penggunaan Alucard, Aulus dan Lancelot.
Pastinya kemasukan Leixia ke Team Caracal untuk MPL MY S9 ini akan mengembangkan lagi bakat pemain muda ini.
“Pesanan saya buat Leixia, kami masih di sini Ki. Jangan lupakan kami, kalau tak motor kau hilang,” katanya berseloroh.
Adakah kita akan nampak Team SMG menjadi lebih konsisten selepas ini? Sama-sama kita nantikan.
Leixia dipinjamkan ke Team SMG untuk MPL MY S9
Pemain Team Caracal, Ahmad Ali Huzaify (Leixia) dipinjamkan ke Team SMG selepas lama tidak memunculkan diri di kejohanan yang disertai pasukan itu.
Jungler ini dikhabarkan masih bersama Caracal namun akan bermain untuk MPL MY S9 tak lama lagi.
Dalam satu video di Instagram, Leixia juga mengatakan dia tiada isu bersama pasukan dan berharap netizen akan terus menyokong pasukan ini.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Leixia tidak bermain di Kejohanan Esports Malaysia (MEC 2021/2022) dan posisinya digantikan oleh LinkEzaa.
Kuja juga ada menyatakan kepada MyGameOn yang Leixia sibuk dengan urusan keluarga dan kurang masa latihan bersama pasukan.
Semoga berjaya Leixia!
LinkEzaa bakal menggunakan Lancelot di MPL MY musim ke-9?
Perlawanan peringkat kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kesembilan menyaksikan dua pasukan berjaya mendapatkan slot itu.
Di musim kelapan, pasukan EBLZ dan Rahasia mara ke peringkat akhir untuk menyertai MPL.
Team Mikey dan Team Caracal berjaya membuktikan mereka adalah pasukan Mobile Legends yang terbaik untuk memperolehi slot ke MPL MY musim ke-9.
Di dalam pertemuan Team Caracal dan pasukan THQ. LinkEzaa menggunakan hero seperti Hayabusa, Paquito dan Alucard untuk memenangi perlawanan.
Jika kita lihat kembali ketika LinkEzaa bermain di musim kelapan, beliau hanya menggunakan hero fighter.
Namun bermula di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) dan peringkat kelayakan MPL MY, beliau mula menggunakan Lancelot dan juga Hayabusa.
Terdahulu, LinkEzaa berjaya mendapat ranking top global Lancelot menerusi perkongsian di laman sosialnya.
Ini membuktikan bahawa beliau sudah sangat mahir menggunakan hero assassin.
Peringkat regular season MPL MY musim ke-9 pasti akan lebih mendebarkan dengan pemilihan hero untuk Team Caracal.
Bukannya joki.. Avaa jelaskan keadaan sebenar dalam video TikTok
Berikutan isu joki yang didakwa berlaku pada pasukan Mikey menentang MAB Esports dalam pusingan kelayakan MPL MY S9 semalam, akhirnya pemainnya, Avaa memberikan penjelasan.
Menerusi satu video di TikTok yang dimuat naik hari ini, kelihatan setiap pemain Mikey hadir untuk berlawan dan tidak menggunakan khidmat pemain lain seperti didakwa.
@avaakadavra Here we go again 👋🏼 , maaf kalau ade yg terasa apa atau menimbulakan bnyk isu , sy avaa wakil mikey menyusun 10jari 🙏🏼
♬ original sound – Avaaa
Video itu menunjukkan mereka sedang fokus dalam permainan sementara menunggu untuk menamatkan pusingan.
Dalam video itu juga kedengaran suara ‘marshal’ yang meminta untuk menunjukkan telefon bagi memastikan mereka adalah individu sebenar yang menang pusingan itu dan bukannya orang lain.
Kini, Mikey layak ke MPL MY S9 selepas menewaskan pasukan Team Lemah sebenar tadi dalam kelayakan akhir.
Inilah senarai penuh pasukan MPL MY S9, tiada Team Bosskurr, Red Esports kembali
Selepas pusingan kelayakan akhir yang menyaksikan Team Caracal dan Mikey layak ke musim liga MPL MY S9, sekali lagi ada kejutan di mana Team Bosskurr melepaskan slot dan memberikannya kepada Red Esports.
View this post on Instagram
Pasukan yang dijemput adalah lapan pasukan iaitu:
- HomeBois
- Red Esports (slot diberikan oleh Team Bosskurr)
- RSG MY
- Team SMG
- Suhaz Esports
- Todak MLBB
- Geek Fam
- Orange Esports
Team Caracal dan Mikey pula mendapat slot selepas masing-masing menang ke atas pasukan THQ Academy dan Team Lemah hari ini.
MPL MY S9 akan bermula tidak lama lagi di mana musim liga akan menyaksikan lebih ramai ahli baru yang mungkin masuk berikutan jendela perpindahan pemain akan dibuka.
Foto: MPL MY
Team Caracal rampas slot kedua MPL MY musim kesembilan
Perlawanan merebut slot kedua MPL MY musim ke-9 menyaksikan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan THQ Academy.
Kedua-dua pasukan mempunyai skor yang seri dan mereka akan bertarung di perlawanan ketiga untuk menentukan siapakah akan mendapat slot kedua.
Linkezaa mendapat hero kegemaran beliau iaitu Alucard, mudah sahaja mereka mengawal permainan di perlawanan terakhir ini. Team Caracal bermain dengan sangat agresif untuk menghentikan pergerakan THQ Academy.
Team Caracal terus mengambil objektif untuk memberikan mereka kelebihan ke atas pasukan lawan. Turtle berjaya dikawal dan turret berjaya dimusnahkan.
Di dalam minit ke-8, sudah 6 turret berjaya dijatuhkan oleh Team Caracal.
Mereka teruskan memberi tekanan dan akhirnya pasukan THQ tidak berdaya untuk mempertahankan base mereka.
Tahniah diucapkan kepada Team Caracal, mereka membuktikan mereka adalah pasukan yang layak untuk bermain di MPL.
Team Mikey raih slot pertama ke MPL MY musim kesembilan
Pusingan kelayakan MPL MY musim ke-9 menyaksikan 4 pasukan terakhir akan merebut slot untuk bermain di MPL MY musim ke-9.
Team Lemah bertemu dengan pasukan Mikey pada permainan pertama. Team Lemah memberikan Eymal menggunakan Ling untuk mendominasi di dalam permainan.
Mereka juga menggunakan draft Esmeralda bersama Yve untuk mengenakan crowd control ke atas pasukan Mikey.
Namun begitu, pasukan Mikey tetap tenang dengan pemilihan Hayabusa sebagai jungler. Azim menggunakan hero itu dengan baik sekali untuk menumpaskan Team Lemah.
Lord pertama dan kedua berjaya didapatkan pasukan Mikey dan I’m offended yang digunakan oleh Ohaha pada pertarungan terakhir menghentikan perjalanan Team Lemah di dalam perjuangan mereka mendapatkan slot.
Pasukan Mikey berjaya mendapatkan slot pertama MPL MY musim ke-9. Seterusnya kita akan menyaksikan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan THQ bagi menentukan slot terakhir ke MPL MY musim ke-9.
Red Esports kembali, tapi netizen ingin lihat ‘muka’ baru
Red Esports menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan ketika Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-8.
Mereka gagal layak ke peringkat playoff selepas tewas pengumpulan mata dengan pasukan Team Bosskurr.
Red Esports memohon maaf di atas prestasi mereka yang merosot sebelum ini dan akan bergerak di belakang tabir.
https://www.instagram.com/p/CYqWy99rCZ4/
Kini, mereka mengumumkan saat mereka comeback ke dalam arena kompetitif Mobile Legends dan akan bersaing untuk musim ke-9 ini.
Adakah pasukan Red Esports akan mengekalkan barisan pemain lama mereka seperti musim kelapan?
Atau kita akan melihat wajah baru di dalam pasukan ini, nantikan pengumuman mereka tidak lama lagi.
Foto: Red Esports
Pemain baru Geek Fam ‘ada pengalaman MPL’, tunggu 21 Januari ini – Amoux
Jurulatih Geek Fam, Ariff Iswandi atau Amoux memberi bayangan pemain baharu Geek Fam mempunyai pengalaman dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL).
Ketika dihubungi MyGameOn, Amoux bagaimanapun tidak ingin mendedahkan lanjut siapa pemain itu atau di musim MPL berapa dia pernah bermain.
“Memang akan ada pemain baru di MPL MY S9 tapi bukannya ‘baru’ juga.
“Apa saya boleh katakan, 21 Januari memang ada kejutan besar nanti. Nantikan semua,” katanya.
Sebelum ini, salah seorang pemain mereka, Poh Chun Wai (Panda) meninggalkan organisasi itu. Mungkin ini adalah pengganti Panda yang dicari-cari selama ini.
Terdapat juga khabar angin mengatakan Rumpel akan kembali ke Geek Fam. Sejauh mana kebenaran ini, anda perlu nantikan pada 21 Januari nanti.
Foto: Twitter / @Ariff_Iswandi
MLBB: Jason adalah jurulatih baru pasukan RSG MY
Pasukan RSG MY adalah salah satu pasukan yang berjaya membawa pulang piala Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim ketujuh.
Namun begitu, nasib mereka tidak begitu baik untuk menjulang piala kali kedua dan mempertahankan kedudukan mereka di musim kelapan.
Prestasi mereka agak merudum di peringkat kumpulan seterusnya tewas di peringkat playoff. Tidak lama kemudian Leixia dan rakan-rakan beliau mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka bersama RSG.
https://www.instagram.com/p/CYTdU49hsZy/
Ini menyebabkan RSG MY hanya tinggal Zacus, Tiktok dan Izanami. Akan tetapi, pihak RSG MY bakal bangkit di musim kesembilan ini.
Mereka membawa masuk jurulatih baru iaitu Jason yang berasal dari RSG SG. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.
Adakah dengan kemasukan Jason ke dalam pasukan akan memberikan perubahan yang diperlukan di dalam pasukan RSG MY? Kita bakal saksikan.
Pendaftaran pusingan kelayakan MPL MY S9 kini dibuka
MPL MY musim kesembilan akan bermula tidak lama lagi. Liga Profesional Mobile Legends ini menentukan siapakah pasukan yang terkuat di dalam Malaysia ketika ini.
Pendaftaran pusingan kelayakan kini sudah dibukan. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah posting Instagram MPL MY.
https://www.instagram.com/p/CYLpnXivjBW/
Antara keperluan peringkat kelayakan adalah setiap pemain harus mencapai umur 16 tahun dan ke atas dan setiap pasukan perlu mempunyai 6 orang pemain minimum dan 10 pemain maksimum.
Selain itu, maklumat mengenai peringkat kelayakan ini adalah ia akan bermula pada 14 Januari dan akan berakhir pada 16 Januari.
Terdapat 6 kumpulan yang akan dipertandingkan dan setiap kumpulan mempunyai 128 pasukan untuk bermain di dalam format best of one.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan scan QR Code di posting di atas. Inilah masanya untuk pasukan anda menonjolkan kemahiran yang ada. Jangan tunggu lagi, daftar sekarang.
Sumber: MPL MY Official