MPL MY
MPL MY: Todak langgar Team SMG
Perlawanan pasukan Todak menentang Team SMG hari ini sangat dinantikan oleh para peminat kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan Kejohanan Dunia M3 ini antara pasukan terkuat tanah air.
Di perlawanan pertama, Todak mengalami kesukaran di minit awal permainan. Team SMG mengawal peta dan mengambil objektif dengan rotasi mereka yang sangat bagus.
Pertarungan demi pertarungan dimenangi oleh Team SMG dan mereka terus mengasak pasukan Todak untuk mengangkat bendera putih.
Namun begitu, kesilapan Team SMG di minit ke-21 menyebabkan Sasa terkorban dan pasukan Todak terus mengambil peluang itu untuk menumbangkan ZaimSempoi dan Smooth untuk menamatkan permainan.
Perlawanan kedua diteruskan dan pasukan Todak membawa masuk Estes sebagai kunci di dalam pelan strategik mereka.
Pasukan Todak dilihat berlainan di perlawanan pertama di mana mereka mampu untuk menahan asakan dari Team SMG.
Luminous Lord berjaya diambil oleh pasukan Todak pada minit ke-13 dan mereka terus merusuh ke arah base Team SMG.
Pasukan Team SMG yang cuba mempertahankan crystal mereka tidak berjaya oleh kerana Estes yang dipakai oleh Ciku menggunakan Blessing of The Moon Goddess.
“Ultras Team Haq langsung tidak menjejaskan permainan kami,” – Moon
Team Haq menggegarkan pentas MPL MY musim ke-10 dengan kehadiran Ultras mereka seperti yang kita lihat ketika perlawanan bola berlangsung.
Perkara ini membuktikan Team Haq ingin membawa kelainan untuk menyemarakkan lagi suasana di Quill City Mall.
Kami sempat menemubual pemain Todak, Zikry Shamsuddin (Moon) dan bertanyakan pandangannya terhadap Ultras yang ditunjukkan oleh peminat Team Haq.
View this post on Instagram
Menurut Moon, perkara itu adalah sesuatu yang baru di dalam pentas MPL kerana sebelum ini tidak pernah ada.
“Bagi saya ianya adalah sesuatu yang baru kerana MPL sebelum ini tidak ada Ultras dan sebagainya. Jika peminat tanya, ianya langsung tidak mengganggu kami bermain kerana sorakan mereka tidak begitu jelas.
“Untuk perlawanan pertama dan kedua, 70% peluang kami tewas kerana drafting yang tidak baik. Namun untuk perlawanan ketiga, drafting kami sangat kemas jadi kami lebih berani untuk mendapatkan objektif,” ujar Moon.
Mereka berjaya mendapatkan kemenangan ke atas Team Haq baru baru ini dengan skor 2 berbalas 1 walaupun Ciku menggantikan Yums untuk bermain sebagai roamer.
Foto: MOONTON Games
Ibu Hate “diserang” oleh seorang pengguna Facebook, tindakan tegas diambil
Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-10 membawa kejutan kepada komuniti MLBB Malaysia.
Musim ini menyaksikan pemain import dari Filipina iaitu Jaylord Gonzales (Hate) yang berhijrah ke Malaysia untuk bermain bersama Team SMG.
Ramai di antara komuniti MLBB tanah air menyambut kemasukan Hate dengan hati yang terbuka.
Tidak kurang juga yang memberikan sokongan dan berharap Hate berasa selesa di Malaysia bersama Team SMG.
Namun begitu, tular baru-baru ini ada individu yang menghamburkan kata-kata kesat kepada ibu Hate, Maryam yang juga seorang muslim.
Melalui satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Maryam menghubunginya melalui aplikasi Messenger dan menyatakan pengguna Facebook bernama Kingpin Luca melemparkan kata-kata kesat tentang anaknya kepada dia.
Ini menyebabkan komuniti MLBB tanah air dipandang buruk oleh negara jiran Filipina. Mereka juga tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dan memohon agar isu ini diselesaikan dengan secepat mungkin.
Arif Shahir selaku pengurus komuniti memberi kenyataan dia akan bertindak tegas dan mengharamkan pengguna Facebook itu dari memasuki sebarang group Mobile Legends Malaysia.
Diharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi, kita tidak boleh bertindak ikut emosi dan harus memikirkan akibat perbuatan kita kepada komuniti MLBB itu sendiri.
MPL MY: Hate serasi bersama Team SMG
Perlawanan pertama hari kedua peringkat liga MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan Team SMG akan bertemu dengan juara musim ketujuh iaitu RSG MY.
Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan dan mereka perlu bermain di perlawanan ketiga untuk menentukan juara.
Team SMG sekali lagi mendapat kelebihan di minit awal permainan apabila mereka melakukan rotasi yang mantap untuk menjatuhkan ahli pasukan RSG.
Team SMG meneruskan momentum mereka untuk mengambil objektif permainan. Pada minit ke-8, Team SMG sudah berjaya menjatuhkan 5 turret pasukan RSG dan jurang perbezaan gold sudah mencapai 9 ribu.
Pasukan RSG tidak ingin mengaku kalah, mereka melakukan pertahanan dengan begitu baik dan berjaya menjatuhkan Box dan juga Sasa.
Kelebihan gold dan item yang dimiliki Team SMG menyebabkan pasukan RSG tidak dapat mempertahankan crystal mereka di saat akhir.
Ternyata kemasukan Hate ke dalam pasukan sangat membantu Team SMG dengan kemahiran mekanikal dan makro yang dimiliki olehnya.
Penggunaan Lylia untuk mengganggu pasukan RSG sangat berkesan dan Hate tidak mempunyai masalah di dalam komunikasi ketika ini.
Foto: MOONTON GAMES
“Saya akan buat yang terbaik untuk MPL kali ini,” – Rival
Alif Akmal (Rival) adalah pemain baru untuk pasukan Todak. Dia menggantikan Ciku bermain di posisi jungler ketika menentang pasukan Suhaz Esports.
Di dalam kedua-dua perlawanan, Rival dilihat sangat lincah menggunakan Ling dan itu menyebabkan pasukan Suhaz Esports sukar untuk menghentikan pasukan Todak.
@mygameondotmy Macam mana perasaan @Rival bila masuk @todak.gaming Jom tengok video ni. #fyp #mlbb #mpl #mplmy #mplmys10 #todak #todaklanggar #mobilelegends #kakigaming ♬ original sound – My Game On
Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Rival dan ketika ditanya tentang perasaannya dapat masuk pasukan Todak, dia berkata perasaan gembira dan gemuruh itu ada di dalam diri.
“Perasaan gembira dan agak gemuruh sikit kerana ini pertama kali saya bermain MPL dengan pasukan Todak namun Insya-Allah saya akan buat yang terbaik di MPL ini.
“Saya ingin bermain di Kejohanan Dunia M4 juga nanti,” kata Rival.
Ditanya tentang kelebihan yang ada pada dirinya kerana terpilih untuk bersama pasukan Todak. Rival menyatakan dirinya sama seperti pemain lain akan tetapi dia mempunyai semangat untuk membuat yang terbaik demi pasukan.
“Kelebihan saya sama sahaja macam pemain lain, akan tetapi saya akan buat yang terbaik untuk pasukan. Saya boleh bermain pelbagai hero antaranya assassin, mage dan juga marksman.” ucap Rival.
Anda boleh melihat temubual sepenuhnya di laman Tik Tok rasmi kami. Adakah Rival bakal mengekalkan momentum permainannya dan menjadikan Todak juara kali ketiga MPL MY? Kita bakal saksikan.
Foto: MOONTON Games
MPL MY: RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka
Perlawanan kedua pada hari pertama peringkat liga MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan pasukan RED Esports.
Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan menentukan kemenangan di perlawanan ketiga.
Mrul yang menggunakan Franco diasak teruk oleh Xpdea pada minit awal permainan. Dia terpaksa bermain dengan lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari ditumbangkan Natalia.
Walau bagaimanapun, Homebois lebih fokus kepada objektif dan mereka berjaya mendapatkan turtle yang pertama.
RED Esports mula mengawal permainan apabila mereka berjaya memenangi pertempuran yang dipaksa oleh pasukan Homebois.
Lord pertama berjaya diambil oleh mereka dan inhibitor turret pasukan Homebois hampir dimusnahkan.
Akhirnya pasukan RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan di minit ke-14 apabila Lord kedua didapatkan oleh Zaed.
Dlar di Malaysia? Tapi MPL MY dah nak bermula
Pemain Mobile Legends dari Filipina, Dlar dikhabarkan berada di Malaysia jika diperhatikan status Instagram Story miliknya.
Bekas pemain Onic PH itu membuat status bertanyakan tempat makan yang enak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Yang menjadi persoalannya, roster pemain MPL MY S10 sudah pun dikunci dan ini bermakna Dlar tak mungkin menyertai pasukan MPL dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, terdapat satu klausa dalam peraturan MPL di mana pemain baru boleh ditambah selepas beberapa minggu dan peraturan ini sudah digunapakai dalam musim lepas.
Adakah Dlar akan menyertai pasukan MPL MY? Atau dia hanya bergurau menyatakan dirinya berada di Malaysia?
Sebelum ini Dlar dikhabarkan menyertai EVOS Legends dan akan bermain di MPL ID S10.
[RASMI] Leixia kembali ke dalam pasukan RSG MY
Sebelum ini, pasukan RSG MY sudah mengacah pemain baru yang bakal menyertai pasukan mereka untuk musim ke-10.
Teka teki yang bermain di fikiran para peminat RSG MY kini sudah berakhir. Leixia kini kembali ke dalam pasukan untuk memperkuatkan lagi RSG MY.
Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram RSG MY. Terdahulu, Leixia pernah bermain untuk Team Caracal di MPL MY musim ke-9.
View this post on Instagram
Leixia akan bermain sebagai flex pada musim ini. Adakah kita akan melihat kebangkitan RSG MY seperti musim ketujuh yang lalu? Kita bakal saksikan.
Sumber dan foto: RSG MY
[RASMI] Leixia kembali ke dalam Team Caracal
Di dalam satu video yang dimuat naik oleh Team Caracal sebelum ini, mereka mengacah pemain yang tidak diketahui namanya.
Spekulasi demi spekulasi dikeluarkan oleh netizen, kini Team Caracal mengesahkan bahawa Leixia kembali ke pasukan itu.
https://www.instagram.com/p/CbwwlKlltWD/
Sebelum ini, Leixia dipinjamkan ke Team SMG dan kemudian mengumumkan untuk berehat dan undur diri dari pasukan itu.
Team Caracal akan menentang Team SMG pada hari Jumaat ini.
Adakah kita akan menyaksikan Leixia menggantikan tempat LinkEzaa sebagai jungler nanti atau adakah dia akan diberikan role baru pada minggu ketujuh ini? Kita bakal saksikan.
Foto: Team Caracal
Moonton akhirnya mengurangkan kekuatan Masha
Masha adalah salah satu hero yang paling kerap dikenakan ban di dalam MPL MY musim ke-9. Ini kerana hero ini sangat menjengkelkan untuk pasukan lawan hadapi.
Hero ini mampu memperlahankan kadar farming jungler pasukan musuh dengan merusuh ke arah buff di minit awal permainan.
Kekuatan Masha yang susah untuk ditumbangkan mengakibatkan jungler pasukan musuh tidak dapat menghentikan asakannya di minit awal permainan.
Malah, perubahan pada bar nyawa memberikan Masha kelebihan dari segi HP dan pada masa sama mengenakan damage berterusan tanpa berbalas kecederaan sangat.
Oleh kerana faktor ini, Moonton sudah melakukan kemaskini dan mengurangkan kekuatan Masha. Kekuatan pertahanan fizikal dan pertahanan magik dikurangkan.
Selain itu, skill pertamanya dikurangkan damage dan ultimate Masha yang begitu menyakitkan dilemahkan oleh Moonton.
Adakah kita akan melihat Masha diambil pada minggu ke-7 ini? kita bakal saksikan.
Sumber: Mobile Legends fandom
[RASMI] DarA, Ryeb dan Paaa dari Team OP dikenakan ban dua tahun
Tiga pemain Team OP, darA, Ryeb dan Paaa akhirnya dikenakan ban selama dua tahun dari menyertai kejohanan MPL dan kejohanan MLBB.
Dalam satu hantaran sebentar tadi, MPL SG mengenakan hukuman itu atas isu provokasi terhadap pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus).
Sementara itu, Bush pula dikenakan ban setahun saja dari kejohanan MLBB dan MPL.
Team OP pula dikenakan penolakan 10 mata kerana salah urus pemain.
Menurut MPL SG, mereka mula melakukan siasatan pada 29 Mac mengenai perlawanan ranked yang membabitkan pemain pasukan Geek Fam dan Team OP.
Didapati ketiga-tiga pemain meninggalkan komen berbaur agama di ruangan chat manakala Bush pula menimbulkan gangguan.
MPL SG juga berharap semua dapat menjalankan tanggungjawab sosial dan tidak melakukan perkara yang kurang senonoh.
Mereka juga akan memperbaiki segala operasi di masa depan bagi menangani isu seumpama ini.
Isu provokasi: MPL MY sedang siasat
Berikutan isu provokasi yang dilakukan oleh pemain dari Team OP, pihak MPL MY pantas membuat keputusan. Katanya, isu itu sedang dalam siasatan.
Ia berkaitan insiden membabitkan pemain Geek Fam dan Team OP yang berlaku pada pagi hari ini.
https://www.instagram.com/p/CbriXiatJ3Y/
Mereka juga berkata maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat kerana siasatan sedang dijalankan.
Marilah kita sama-sama menantikan hasil siasatan mereka yang akan diumumkan nanti.
Terdahulu, Team OP dipercayai melakukan provokasi dengan menulis komen berbaur agama dan rasisme.
Sumber: MPL MY