MPL
“Kenapa siasatan mengambil masa terlalu lama?” – Geek Fam
Organisasi e-sukan, Geek Fam meluahkan rasa kecewa terhadap insiden provokasi yang membabitkan pemain MLBB mereka, Nik Aqieff (Dominus) dengan pemain Team OP dari Singapura.
Dalam satu perlawanan rank, pemain Team OP melemparkan komen yang berbaur perkauman dan agama malah tindakan mereka itu dirakam secara langsung (di mana Dominus sedang livestream).
Wakil Geek Fam ketika dihubungi berkata, pihak Moonton mengambil masa lebih dua hari untuk menyiasat kes ini sedangkan ia boleh diselesaikan tanpa mengambil masa yang lama.
“Pertama sekali, kami tak berkenan dengan masa siasatan insiden ini yang mengambil masa lebih dua hari.
“Semalam kami dijanjikan untuk keputusan siasatan tapi sehingga hari ini belum menerima apa-apa,” katanya kepada MyGameOn.
Selain itu, mereka juga berkata permohonan maaf Team OP mengeruhkan keadaan dengan menyebut pihak lawan (Dominus) yang memulakan taunting itu (lihat rajah di atas).
“Mereka tak ikhlas dalam permohonan maaf kerana menyebut Dominus yang memulakan segalanya. Ini tak benar. Moonton sendiri ada tangkap layar dan recording siaran langsung,” katanya.
Tambah Geek Fam lagi, mereka adalah organisasi e-sukan yang berbilang kaum dan tidak mengamalkan rasisme.
“Jurulatih kami warga Singapura dan hampir semua pemain kami adalah Muslim. Pemilik Geek Fam pula seorang berbangsa Cina.
“Kami tak pernah sekalipun rasis atau menimbulkan isu sebegini di dalam atau di luar organisasi.
“Itulah sebabnya kami kecewa akan hal ini kerana ia tidak selari dengan visi dan pendirian kami,” katanya.
Geek Fam menambah, mereka berharap Moonton menyegerakan siasatan ini dan keadilan dapat dituntut oleh mereka yang menjadi mangsa.
Kini, tiga pemain Team OP sudah ditamatkan kontrak dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kami sudah menghubungi pihak Moonton untuk mendapatkan kenyataan mengenai status siasatan ini namun masih belum berjaya.
Isu provokasi: Team OP mohon maaf, tiga pemain ditamatkan kontrak serta merta
Susulan isu provokasi antara pemain dari pasukan MPL Singapura, Team OP dengan pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus), akhirnya organisasi itu memuat naik permohonan maaf di laman sosial mereka.
Selain itu, tiga pemain, Ryeb, PA dan DarA dikenakan hukuman tamat kontrak serta merta. Pemain lain iaitu Bush akan dikenakan denda berjumlah besar yang akan didermakan kepada badan kebajikan.
View this post on Instagram
Selain itu, tiga pemain mereka yang terbabit juga sudah memuat naik permohonan maaf secara terbuka di satu posting berlainan, mengatakan mereka tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.
Team OP juga meminta maaf kepada organisasi Geek Fam dan komuniti MLBB keseluruhannya di atas insiden ini.
Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan mengeluarkan komen berbaur perkauman dan agama terhadap pemain Geek Fam, Dominus dalam satu perlawanan Ranked.
Tindakan itu seterusnya dirakamkan dan rata-rata netizen Malaysia mendesak organisasi itu membuang pemain yang terbabit dan mengenakan denda kerana menghina agama Islam.
Streamer mereka, NashGaming turut terpalit dan diserang netizen. Bagaimanapun, dia mengatakan dirinya tidak terbabit dalam insiden itu dan mengharapkan komuniti tidak menjadi toksik.
Isu provokasi: MPL MY sedang siasat
Berikutan isu provokasi yang dilakukan oleh pemain dari Team OP, pihak MPL MY pantas membuat keputusan. Katanya, isu itu sedang dalam siasatan.
Ia berkaitan insiden membabitkan pemain Geek Fam dan Team OP yang berlaku pada pagi hari ini.
https://www.instagram.com/p/CbriXiatJ3Y/
Mereka juga berkata maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat kerana siasatan sedang dijalankan.
Marilah kita sama-sama menantikan hasil siasatan mereka yang akan diumumkan nanti.
Terdahulu, Team OP dipercayai melakukan provokasi dengan menulis komen berbaur agama dan rasisme.
Sumber: MPL MY
Isu Rekt: Nocturn akan bersikap tegas terhadap netizen
Berikutan isu kapten EVOS Legends iaitu Rekt “dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan.
Dia menyatakan bahawa mereka sudah menyelesaikan masalah dengan pihak yang terlibat dan dia secara peribadi sudah bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.
Namun begitu, para netizen dan EVOS Fam tidak berpuas hati sehingga kini dan melakukan doxing ke atas dirinya serta mempersendakan pasangannya di dalam media sosial.
https://www.instagram.com/p/CbpR61vLk6u/
Oleh kerana itu, dia akan bersikap tegas dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab tentang isu ini kerana ianya sudah berada di luar kawalan.
Menurutnya juga, nombor peribadinya sudah disebarkan oleh netizen ketika ini. Diharap isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sumber: @emak_moba
Foto: GGWP.ID
Orange Esports kolaborasi bersama MAB?
Orange Esports nampaknya mengacah kolaborasi baru bersama pasukan MAB Esports.
Dalam satu hantaran di Instagram story @mplmy.offical sempena Media Day MPL MY S9 hari ini, Ciwing (Rush) menyebut tentang #BringItOn
Seperti yang kita tahu, tanda pagar itu banyak kali digunakan baru-baru ini merujuk kepada Abang Lord yang juga pemilik pasukan MAB Esports berkenaan isu joki yang mendapat perhatian warganet sejak beberapa minggu lepas.
Kelihatan kesemua pemain Orange Esports yang hadir juga seperti dari lineup MAB Esports.
Difahamkan, Orange Esports melepaskan kesemua pemain mereka pada musim lepas dan pemain-pemain itu ada yang menyertai pasukan seperti Caracal dan Axis Esports.
Namun, kita juga boleh melihat kelibat pengurus pada musim lalu, Alice yang kembali bersama pasukan.
[RASMI] Xorn pilih untuk rehat
Selepas pendedahan barisan pemain baru pasukan Geek Fam MY untuk MPL MY musim ke-9. Xorn tidak berada di dalam barisan pemain baru itu dan ada ura-ura mengatakan beliau akan rehat dari arena kompetitif buat sementara waktu.
https://www.instagram.com/p/CZOP7UXllMs/?utm_source=ig_embed&ig_rid=eb6ac424-b8ba-4454-abb0-c7e4c985885a
Geek Fam menyatakan mereka akan membuat satu pengumuman khas untuk menjelaskan hala tuju Xorn pada jam 8 malam.
Di dalam penstriman langsung di Youtube, Xorn menjelaskan bahawa beliau tidak akan bermain untuk MPL MY musim ke-9.
“Saya mengambil keputusan untuk berehat kerana sudah terlalu lama berada di dalam arena kompetitif dan diri saya perlu rehat, saya perlu mengambil masa untuk hilangkan tekanan. Saya bermain dari MPL musim pertama sehingga sekarang, tidak pernah menjadi pemain simpanan dan MPL MY musim ke-9 menjadi penamat buat saya.” ujar beliau.
“Keputusan dibuat selepas diberitahu kepada jurulatih dan kemudian pengurus dan ahli pasukan. Agak berat untuk mereka menerima keputusan ini, namun mereka sedar ia bukan sesuatu perkara yang boleh dipaksa. Jika pemain itu dipaksa sedangkan beliau ingin rehat, ia akan menjadikan situasi lebih sukar. Selepas ini saya akan lebih kerap melakukan penstriman dan akan buat lebih content untuk pasukan Geek Fam.” tambah beliau.
Anda boleh melihat video penuh di sini.
Xorn nak pergi mana tu? Geek Fam ada pengumuman besar
Selesai sahaja pendedahan barisan pemain baru untuk pasukan Geek Fam MY, kita dapat lihat tiada Xorn di dalam senarai itu.
Namun begitu, Geek Fam MY membuat satu pengumuman bahawa mereka akan menyatakan hala tuju Raja Emote yang seterusnya pada jam 8 malam nanti.
https://www.instagram.com/p/CZOP7UXllMs/
Pengumuman itu dibuat di dalam perkongsian Instagram rasmi mereka. Geek Fam turut menyatakan bahawa mereka amat bersyukur dengan segala sumbangan yang diberikan oleh Xorn sepanjang kariernya bersama pasukan Geek.
Ke manakah hala tuju Xorn selepas ini? adakah beliau akan berehat dari arena kompetitif sementara waktu atau akan berpindah ke pasukan lain? Nantikan pada jam 8 malam ini.
Sumber: Geek Fam MY
Team Haq kolaberasi bersama Axis Esports untuk MPL MY S9
Team Haq mengumumkan kerjasama dengan Axis Esports Club dalam menghadapi Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan.
Mereka bagaimanapun hanya buat kenyataan ringkas dan tiada lineup penuh diumumkan.
https://www.instagram.com/p/CZMUjG7vqdA/
Mereka akan mengambil slot yang dimiliki oleh Mikey yang berjaya memenangi pusingan kelayakan tak lama dulu.
Nampaknya bekas pemain Orange Esports, Minn dan Mann juga ada menyertai Axis kali ini.
Adakah anda juga menjangkakan perkara ini berlaku? Dapatkah Team Haq menjadi pencabar baru buat pasukan veteran MPL yang lain? Kita bakal saksikan.
Inilah barisan pemain pasukan Geek Fam MY, tiada Xorn kali ini
Pasukan Geek Fam MY kini mendedahkan barisan pemain baru mereka untuk MPL MY musim ke-9.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram rasmi mereka.
https://www.instagram.com/p/CZN0m4-NmeT/?utm_medium=copy_link
Geek Fam MY dianggotai oleh:
- Dominus
- Lilbee
- Nellbie
- Xray
- Saiyajinn
- Burpyyy
- Artz
Mereka memperkenalkan pemain terbaru iaitu Burpyy dan ‘bapak tank’, SaiyaJinn juga menyertai.
Tiada Xorn dan Maima di dalam barisan pemain baru Geek Fam MY untuk musim ke-9. Adakah Xorn berehat dari arena kompetitif Mobile Legends buat sementara waktu?
Seperti yang kita tahu, Maima masih dalam pengajian dan perlu menumpukan masa pada pelajaran.
Sama-sama kita nantikan pengumuman Geek Fam tentang perkara ini.
Duo kembar, Minn dan Mann akan main untuk Axis Esports di MPL MY S9?
Pasangan kembar, Aiman Zairie Anuar (Mannn) dan kembarnya, Aimin Zairie Anuar (Minnn) dilihat melakukan sesi penggambaran bersama sempena Media Day bagi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY S9 yang dijangka berlangsung pada Februari ini.
Yang menariknya, admin @mplmy.official meletakkan tag @axisesportsmy memberi bayangan bahawa organisasi itu akan bertanding di MPL MY S9.
Sebelum ini, duo kembar ini pernah bermain di pasukan Orange Esports.
Jadi pasukan manakah yang dijenamakan atau diambil alih oleh Axis Esports? Kita bakal saksikan.
Mom kembali ke Red Esports bersama bekas jurulatih Orange Esports, Sora?
Dalam menghadapi musim baru MPL MY yang kini sudah memasuki musim kesembilan, Adib Rusydi “Mom” Ahmad Tarmizi kini kembali ke skuad lamanya iaitu Red Esports.
Menerusi satu hantaran di IG Story @mplmy.official hari ini, mereka turut menunjukkan bekas jurulatih pasukan Orange Esports, Farhan “Sorapayung” turut menyertai dengan memakai jersi Red Esports berwarna merah itu.
Difahamkan, hari ini adalah Media Day bagi pasukan MPL yang bertanding.
Selain itu, dalam satu Instastory lain, pemain Red, Ashif (Ash) turut menunjukkan satu sesi menggunting rambut yang mana Mal juga kelihatan.
Pastinya Red Esports akan mengumumkan lineup penuh mereka tak lama lagi.
Mom sebelum ini pernah menyertai RSG MY dan kemudian membawa hala tuju ke Team Bosskurr.
Siapakah pemain baru pasukan RSG Malaysia?
RSG Malaysia adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends.
Juara MPL musim ke-7 ini menjadi pencabar hebat ketika itu namun mereka mula kehilangan momentum di musim ke-8.
https://www.instagram.com/p/CY1CfuwN-60/
Selepas Leixia mendedahkan bahawa beliau dan pasukan tidak lagi bersama RSG Malaysia. Perkara ini menyebabkan pasukan RSG hanya tinggal Zacus, Tiktok dan Izanami.
Malah, di MEC 2021/2022, mereka menggunakan lineup baru yang mana kelibat bekas pemain Orange Esports, Iris dilihat bermain untuk kejohanan itu.
MPL MY musim ke-9 kini makin hampir dan ramai peminat masih ternanti-nanti pengumuman barisan pemain baru pasukan RSG Malaysia.
Siapakah yang bakal mengisi kekosongan itu, sila nyatakan di ruangan komen.