Neon

PC

Pemain VALORANT berang bonus XP dari Battle Pass amat sedikit

Seperti biasa, setiap musim baru VALORANT akan disertakan dengan Battle Pass baru yang menawarkan pemain pelbagai bonus dalam permainan. Antara bonus yang biasa dilihat adalah kostum senjata baru serta pilihan kostum lain untuk akaun VALORANT anda. Baru-baru ini, Riot Games memperkenalkan bonus XP untuk pemain yang membeli Battle Pass VALORANT.

Namun, terdapat pemain yang tidak berpuas hati dengan bonus XP yang rendah jika dibandingkan dengan permainan lain, dan meminta akan perubahan.

Seorang pengguna dan pemain VALORANT mengeluh di Reddit tentang hal ini. Pengguna itu juga membandingkan dengan Fortnite yang menawarkan bonus 50% apabila membeli Battle Pass, dengan tambahan 10% rangsangan apabila bermain dengan rakan-rakan.

Ramai pengguna membalas bahawa ia sebenarnya tidak begitu sukar untuk melengkapkan Battle Pass VALORANT, lebih-lebih lagi jika anda menyelesaikan misi harian dan mingguan. 

Selain itu, pemain juga turut menyatakan harga kostum Protocol 781-A yang agak mahal serta kos Radianite untuk menaiktaraf visual senjata yang tinggi. Radianite adalah salah satu matawang premium VALORANT.

Musim VALORANT seterusnya, Episode 4 Act 1: Disruption, akan bermula pada 11 Januari.

Sumber rujukan: Reddit

Read More

PC

Adakah watak baru VALORANT, Neon akan menggantikan Jett?

Riot Games mendedahkan lagi maklumat tentang watak Filipina berperanan Duelist yang bernama Neon. Gadis ini berkuasa petir dan kilat, dan beliau pastinya laju seperti kedua-dua itu. Ini menjadikan watak paling terpantas dalam barisan Agent VALORANT Protocol.

Memandangkan beliau seorang Duelist, beliau dijangkakan untuk membuka dan mendapatkan ruang untuk ahli pasukan masuk ke tapak Spike dengan selamat. Hal ini demikian kerana kelajuan beliau serta kebolehannya yang menutup pandangan serta ruang selamat pihak lawan.

Mari kita lihat pecahan kebolehannya.

Set Kebolehan

Seperti dilihat di dalam pendedahan Neon tidak lama lalu, kebolehan beliau sememangnya antara yang terbaik untuk menegakkan barisan pertahanan atau menentang musuh secara berdepan.

Kebolehan E iaitu High Gear membolehkan Neon memecut dengan pantas dan bergelongsor untuk menamatkan lariannya. Jarak lariannya agak jauh dan ia terikat dengan jumlah kuasa yang tinggal pada ‘bateri’ Neon yang boleh dilihat dibawah skrin. Bateri ini akan diisi sebanyak 25% apabila mendapat kill.

Gelongsornya juga beroperasi dengan 2-kill cooldown seperti Tailwind Jett atau Paintshell Raze.

Fast Lane, kebolehan C Neon, adalah dua dinding lurus seakan-akan dinding api Phoenix. Fast Lane ini sangat berguna untuk membuka ruang lawan. Tetapi bezanya antara Neon dan Phoenix atau Viper adalah pada jumlah dinding yang diangkat.

Neon mengangkat dua dinding sekali gus berbanding satu. Tetapi, dindingnya lurus dan tidak boleh dilengkungkan seperti Phoenix atau diguna berulangkali seperti Viper.

Namun, disebabkan oleh jaraknya yang agak panjang serta ruang lebar yang dibuka, dinding Neon ini berguna untuk membelah bahagi ruang perlawanan atau contest space.

Kebolehan Q Neon, yang digelar Relay Bolt, berfungsi sebagai alat agar musuh berundur dari lokasi mereka. Jika tidak, mereka akan terpegun akibat kebolehan ini.

Kebolehan ini sedikit seperti Fault Line Breach di mana ia mampu menggegarkan musuh disebalik dinding. Kebolehan ini juga akan melantun dan menggegarkan lokasi lantunan serta lokasi penamat.

Akhir sekali, Overdrive adalah kebolehan ultimatenya. Kebolehan ini akan menjadikan Neon laju seperti mengaktifkan High Gear. Ia juga akan mengisi semula baterinya agar Neon boleh mengaktifkan High Gear sekali lagi. Bateri ini juga timer untuk kebolehan ini.

Ultimate Neon boleh menewaskan musuh pada jarak dekat sehingga jarak jauh dan ia memberi 22 dmg setiap detikan. Namun, terdapat damage fall off pada jarak jauh.

Ultimatenya juga tidak ada perbezaan damage jika ditembak di kepala atau kaki musuh, ia tetap akan memberi 22 dmg setiap denyaran.

Taktik Neon

Memandangkan Neon adalah seorang watak laju, watak ini sesuai untuk menggunakan taktik Hit-and-Run seperti Jett di mana watak ini akan menewaskan seorang musuh dan bergerak pantas bagi mengelakkan ditewaskan oleh musuh.

Set kebolehannya dapat membantu Neon mengasingkan Duelist pihak lawan agar dapat menjadikannya situasi 1v1. Jika terdapat lebih dari 1 musuh, kebolehan Relay Bolt dapat digunakan untuk mematahkan usaha 2v1 pihak lawan.

Ultimatenya juga berguna untuk merempuh ke dalam tapak Spike lalu memasuki ruang selamat musuh seperti CT Spawn atau Heaven pada Split, contohnya. Tetapi perlu diingat, jika musuh mahir menyasar dan membedil kepala, jadi strategi ini mungkin tidak boleh diguna pakai.

Memandangkan penulis sudah mencuba bermain Neon untuk tempoh yang tidak lama, penulis dapat lihat bahawa beliau juga berguna pada situasi Defending di mana Relay Bolt dapat menghentikan asakan pihak lawan terhadap satu tapak Spike. 

Neon Menggantikan Duelist Lain?

Jadi, persoalannya kekal, adakah Neon dapat menggantikan Duelist lain? Setakat ini, tidak.

Setiap Duelist mempunyai kelebihan masing-masing dan gaya permainan masing-masing. Jett juga menggunakan strategi Hit-and-Run tetapi gaya permainan Jett perlukan kemahiran membidik yang tinggi. Selain itu, Jett dan Raze juga mempunyai kelebihan bermain di ruang udara, manakala kemahiran Neon lebih fokus ke penguasaan darat kerana semua kelebihan Neon tidak efektif semasa melompat atau di udara.

Jett juga salah satu Duelist yang sangat sesuai dimainkan dengan senjata Operator di mana pemain akan diri setempat buat sesuatu waktu. Manakala, Neon lebih selesa dengan gaya permainan penuh momentum dan perlu pergerakan yang konsisten untuk menjadi efektif.

Reyna pula salah satu Duelist yang sangat unik kerana beliau mampu menyembuh selepas setiap pertarungan dengan syarat dapat mendapat kill atau assist. Jadi, kedudukan Reyna dalam barisan Duelist agak selamat.

Manakala, untuk Phoenix dan Yoru pula, kedua-dua Duelist ini tidak membawa impak yang begitu besar kepada pasukan. Oleh itu, mereka jarang sekali dipilih dalam ruang kompetitif. Riot juga menjanjikan bahawa perubahan besar kepada Yoru bakal datang.

Pembangunan Neon

Riot berkongsi kepada media bahawa sewaktu membangun watak Yoru, mereka mengambil pelbagai risiko dengan gaya permainan barunya. Namun, risiko itu terbukti agak besar kerana Yoru memang tidak sesuai untuk dimainkan dalam gaya kompetitif. Riot juga meneliti apa yang silap semasa membangunkan Yoru dan belajar dari kesilapan sewaktu menjadikan Neon seorang Duelist.

Ryan “rycou” Cousart, pembangun dari Riot Games yang berasal dari Filipina, menyatakan beliau sungguh terharu dan gembira apabila Riot Games meluluskan projek ini.

Apa pendapat anda tentang Neon? Mampukah Neon menggantikan Duelist yang lain, atau tidak?

Read More

PC

VALORANT Patch 4.0 membawa perubahan ketara untuk senjata-senjata seperti Spectre dan Ares

Riot Games bakal menggegarkan meta permainan dengan pengenalan Neon kepada barisan watak VALORANT. Selain penambahan watak, Riot Games juga mengubah dan menyelaraskan senjata-senjata VALORANT agar ia lebih seimbang dalam permainan. Beberapa peta juga menerima perubahan besar kepada lokasi-lokasi penting.

Ini lah perubahan-perubahan ketara yang bakal hadir ke permainan VALORANT.

Knife

Menurut Riot Games, penggunaan pisau amat tidak konsisten dan menjadikannya sukar untuk digunakan. Kini ia menerima perubahan agar lebih mudah untuk menikam musuh.

  • Hitbox klik kanan pisau dibesarkan sebanyak 1.5x. Hitbox kiri juga dibesarkan lebih dari klik kanan dan jaraknya ditambah.
  • Sasaran yang hampir pada tanda silang atau crosshair akan terkena dahulu, jadi anda masih mempunyai ketepatan.

Spectre

Raja senjata dalam permainan run-and-gun. Senjata ini dibenci pemain jika seringkali digunakan untuk menembak sambil belari. Riot kini mengubah sedikit senjata ini.

  • Ralat tembakan (firing error) berlaku pada peringkat lebih awal
  • Recoil menegak dan mendatar ditambah dari nilai 1.25 ke 1.5 sewaktu berlari atau berlompat, atau bergantung di tali. Ini bermaksud senjata akan lebih terabur jika ditembak sewaktu bergerak.
  • Kiraan peluru yang dilindungi daripada recoil mendatar semasa menyembur diturunkan dari 8 ke 5 peluru.

Ares

Senjata LMG ini sering digunakan dalam lobi elo rendah. Namun, jangan dipandang rendah senjata ini, Riot memberikannya kelebihan agar ia sesuai digunakan dalam setiap lobi.

  • Spin-up dibuang, jadi ia akan menembak selaju mungkin sebaik sahaja senjata ditembak.
  • Kadar tembakan meningkat daripada 10 kepada 13

Guardian

Senjata pakar one-tap. Memandangkan senjata ini memerlukan kemahiran membidik yang tinggi, ia dibantu oleh Riot Games agar menjadi lebih berguna pada pemain yang hebat.

  • Penalti kadar tembakan dimansuhkan sewaktu ADS (Aiming Down Sight)
  • Lengkung pemulihan dilambatkan. Ini bermakna anda boleh menembak dengan tepat dengan lebih banyak das tembakan sebelum senjata hilang ketepatan.

Bulldog

Antara senjata terbaik untuk saat-saat terdesak, senjata ini ditingkatkan lagi stats nya agar ia lebih berguna.

  • Kadar menembak tanpa ADS meningkat dari 9.5 kepada 10
  • Pemulihan pada tembakan ADS semakin pantas dari 0.4 kepada 0.35

Perubahan Peta

Beberapa peta juga mendapat perubahan seperti Bind dan Breeze.

Bind

Untuk Bind, Riot memansuhkan kotak bertindan di hadapan teleporter kerana ia menjadi sukar untuk Attackers menembus ke tapak Spike lebih-lebih lagi jika ada one-way smoke.

Spawn juga diletakkan bangku untuk membantu Attackers mengambil ruang dan peluang untuk membidik Defenders.

Breeze

Breeze juga menerima perubahan. Laluan Cave ke Tapak A diluaskan dan 2 kotak bertindan diletakkan di Cave.

Tapak Spike A juga diluaskan berserta kolam agar Defenders lebih selesa untuk mendirikan pertahanan.

Tapak B menerima paling banyak perubahan. Pertama sekali, 2 kotak bertindan ditambah di hadapan Arches/McD, disebalik Pillar juga ditambah satu dinding serta satu kotak yang menjadi tempat lindungan dari Tunnel dan B Main.

Perubahan Kompetitif

Mulai kemas kini 4.0, akaun baru perlulah mencapai Level 20 sebelum dapat menceburi ke perlawanan kompetitif. Bagi yang belum capai Level 20 tetapi sudah bermain mod kompetitif, anda boleh meneruskan bermain mod itu.

Ini langkah Riot Games menentang gejala smurf serta memberi pemain baru lebih masa untuk mengenali peta-peta serta mekanik permainan dengan lebih arif.

Ini lah semua perubahan yang akan hadir pada 11 Januari bersama watak terbaru VALORANT, Neon.

Read More

PC

Agent VALORANT dari Filipina , Neon akhirnya didedahkan

Januari sudah tiba dan tempoh VALORANT Episod 3 Act 3 hampir tiba ke penamatnya. Dengan ini, Riot Games mendedahkan ejen yang bakal dilancarkan. Seperti yang dijangkakan tidak beberapa lama lalu, watak ini memang bertemakan petir dan berasal dari Filipina.

Nama ejen ini Neon dan beliau berasal dari Filipina. Watak ini juga berperanan sebagai Duelist, yang menjadikan beliau Duelist ke-6 permainan ini.

Sebagai watak Duelist, watak ini amat sesuai untuk menembusi barisan pertahanan pasukan lawan, dan semestinya kebolehan beliau amat membantu dalam perkara ini.

Pertama sekali, beliau boleh lari lebih laju daripada biasa. Kebolehan ini menjadikan peranan beliau penting dalam mencari entry frag apabila menembusi tapak Spike.

Nampaknya, Neon juga boleh bergelongsor seperti di Apex Legends jadi bagi pemain yang inginkan watak laju seperti bermain Apex Legends, inilah watak yang ada patut cuba.

Neon juga mempunyai beberapa lagi kebolehan yang membantu menembusi barisan pertahanan watak seperti letupan dan dinding.

Akhir sekali, kebolehan Ultimate beliau sungguh menyeronokkan. Pemain mampu menembak petir dari jarinya sambil belari dengan pantas.

via GIPHY

Watak ini bakal dilancarkan dan dijangkakan akan berada di dalam permainan pada 11 Januari.

Read More

Showing 1 - 4 of 4 Results