NFT

Kecewa, Axie Infinity punca ramai gamer Filipina kehilangan wang penat lelah

Axie Infinity pada mulanya menunjukkan permainan video NFT  boleh menjanjikan masa hadapan yang baik untuk pemain mencari pendapatan sampingan.

Permainan di pelbagai platform ini boleh dikatakan Pokemon versi NFT yang dicipta oleh studio Vietnam bernama SkyMavis dan menjadi fenomena tahun lalu.

Keadaan bermula menjadi teruk apabila ramai pelabur hilang duit apabila permainan itu digodam sebanyak RM2.4 Bilion.

Kini menurut Time Magazine, ramai pemain Filipina kehilangan wang mereka dan kini ramai ditimpa kesusahan.

Dulu Axie Infinity menjadi cara alternatif untuk pekerja di Filipina menambah duit poket namun kini menjadi mimpi buruk untuk semua yang melabur menghabiskan masa dan wang.

Boleh dikatakan Axie Infinity menggunakan konsep sama dengan skim cepat kaya dan pasaran NFT itu nyata tidak sesuai untuk jangka masa lama.

Malah, semakin ramai pengguna maka keuntungan diperoleh dari bermain game ini menjadi lebih sedikit dan lebih rendah dari gaji minimum di Filipina.

Satu-satunya cara untuk mendapat peraliran wang adalah dengan pemain baharu tetapi nampaknya ramai masih skeptikal dan tidak mencuba permainan ini.

Axie Infinity pula mempunyai konsep permainan yang tidak menyeronokkan kerana terlalu banyak grind dengan mod permainan yang berulang-ulang.

Masa yang diluangkan tidak setimpal dengan apa diluangkan.

Rujukan: Time Magazine, IGNSEA

Read More

MOBILE

Mobile Legends melancarkan koleksi NFT pertamanya di Binance

Mobile Legends: Bang Bang atau dikenali ramai sebagai MLBB adalah salah satu permainan mudah alih yang terbesar di rantau Asia. Malah, ia juga terkenal di seluruh dunia. Kini, permainan MOBA itu melancarkan koleksi NFT pertamanya melalui pelantar matawang kripto Binance NFT.

Digelar sebagai ‘The Aspirants’, koleksi ini akan menawarkan dua NFT yang menampilkan dua watak wanita yang terkenal dalam permainan itu, Layla dan Fanny.

Koleksi NFT ini akan menawarkan 12 kotak misteri unik dengan empat gred berbeza, setiap satu mengandungi figura digital dan animasi eksklusif watak-watak itu.

Bagi mereka yang tidak tahu, NFT ialah aset digital atau fizikal yang unik yang boleh dibeli atau dijual pada rantaian blok mata wang kripto. Setiap token atau item di pasaran adalah unik dan tidak boleh ditukar ganti, menjadikan sesetengah daripada mereka sangat mahal.

Mereka yang membeli kotak itu akan berpeluang memenangi EMOJI NFT ekslusif kostum siri Airdrop of The Aspirants.

Memandangkan NFT itu unik, kotak NFT ini akan dijual sebanyak 25,000 kotak sahaja.

Ini pula gred serta kostum yang ada:

Super Super Rare (SSR) – 0.60%

Blade of Kibou Fanny

Miss Hikari Layla

Super Rare (SR) – 7.40%

Skylark Fanny

Blazing Gun Layla

Rare (R) – 9%

Lightborn – Ranger Fanny

S.A.B.E.R. Breacher Layla

Christmas Carnival Fanny

Bunny Babe Layla

Normal (N) – 12%

Campus Youth Fanny

Green Flash Layla

Lifeguard Fanny 

Blue Specter

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Binance di sini.

Sumber rujukan: Global News Wire

Read More

eSPORTS

John Cena berminat meneroka dunia Twitch dan NFT

Ahli gusti terkenal, John Cena, amat aktif dalam dunia sosial media. Malah beliau manjadi sensasi panas denga pelbagai video di mana beliau fasih berbahasa Mandarin dan perkataan “bing qi lin” yang sekadar bermaksud ‘ais krim’ menjadi meme di sekitar dunia internet.

Kini, bekas ahli gusti itu ingin belajar lagi tentang dunia penstriman Twitch dan NFT.

Menurut satu temubual baru-baru ini di Spotify, Cena menerangkan sebab beliau aktif di media sosial. Beliau berkata beliau ingin melihat dunia dengan lebih luas.

“Ia sukar untuk mengikuti garis masa kerana jumlah orang yang saya ikuti, tetapi saya cuba mempelajari lebih lanjut tentang dunia,” kata bekas ahli gusti serta pelakon berumur 44 tahun itu.

“Saya baru sahaja menerokai budaya tarian EDM, dan NFT, dan juga pelantar Twitch kerana saya tidak tahu apa-apa tentang mana-mana perkara ini.”

Cena berkongsi juga tentang matlamat penerokaan beliau ke bidang-bidang baharu yang belum pernah beliau lalui ini.

“Matlamat akhir bagi saya ialah saya mendapat skop yang lebih luas tentang perkara yang berlaku, dan saya boleh mempelajari perkara yang saya tidak tahu, dan mudah-mudahan, dapat mewujudkan komuniti. Jika anda melihat orang yang saya ikuti di Twitter, mudah-mudahan anda akan melihat  apa yang saya maksudkan,”

Cena juga baru sahaja tamat dengan penggambaran siri PEACEMAKER untuk HBO Max, yang bakal ditayangkan pada 14 Januari. Jadi, beliau ingin menggunakan masa lapang barunya dengan perkara yang berfaedah seperti ini.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

eSPORTS

5 kisah gaming pelik setakat ini

Bulan Disember tahun lepas nyata menunjukkan beberapa berita gaming pelik yang ada.

Malah, ada yang tidak masuk akal dan ada yang macam pelik dengan persoalan mengapa tidak?

1. Sega Dengan PC terpantas di dalam dunia mencapai 100km/j

Sega baru-baru ini mengeluarkan PC terpantas di dalam dunia yang boleh mencapai 100Km/j.

Ia bukan sahaja PC terpantas malah juga mempunyai empat tayar yang boleh dikawal seperti kereta kawalan jauh.

Sega juga mahu memberikan PC pantas dan berkuasa ini secara percuma kepada peminat bertuah.

2. Cyberpunk 2077 haramkan mod persetubuhan Keanu Reeves.

Mod untuk permainan video di PC akan datang dalam pelbagai jenis dan bentuk.

Namun, Cyberpunk 2077 mempunyai satu mod yang membolehkan anda untuk mengubah satu model yang menunjukkan anda sedang melakukan persetubuhan dengan model Johnny.

CD Project Red sudah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menukarkan mod bagi tujuan sebegini terutama sekali apabila membabitkan model yang betul.

3. Bauhutte mesin mengurut tangan

Anda boleh mengurut tangan, memulihkan peredaran darah dan simulasi sentuhan manusia.

Bauhutte ini adalah mesin mengurut tangan khas untuk para gamer di luar sana.

Mesin ini mempunyai mod shiatsu yang boleh mengurut jari anda dengan menarik dan meregangkan jari anda satu per satu.

4. Mod Doom 2 berlawan NFT

Betul anda tidak salah dengar.

Mood Doom 2 ini dibuat untuk menggantikan raksasa di dalam Doom 2 menjadi watak dan karakter monyet NFT.

Tidak tahu apa tujuan mod ini adakah untuk memberi kenyataan mengenai NFT yang wujud disebabkan kecurian atau bagi mempersendakan NFT itu sendiri.

5. CJ dari GTA dalam Elden Ring

Modders sudah menggodam Elden Ring Demo untuk memasukkan CJ dari GTA San Andreas.

CJ nyata nampak pelik di dalam Elden Ring sambil berlawan dengan karakter-karakter fantasi sangat pelik dan menarik untuk dilihat.

Apa lagi cerita pelik gaming yang anda tahu?

Read More

PC

Square Enix berharap NFT dan blockchain bakal menjadi trend untuk permainan video

Yosuke Matsuda Presiden Square Enix baru-baru ini mengeluarkan surat tahun baru dimana beliau memberitahu tentang minat Square Enix dengan kemunculan trend seperti NFT dan teknologi blockchain.

Banyak syarikat permainan video lain juga sudah mula menjual barangan digital seperti Ubisoft walaupun ramai kritik yang berlaku akibat dari jejak karbon yang teruk.

The Morning After: Ubisoft's NFT struggles | Engadget

Dalam surat itu, Matsuda memberitahu NFT bakal menjadi satu trend baru bersama metaverse, teknologi cloud dan kriptowang dalam industri permainan video.

“Saya percaya hal ini mempunyai potensi untuk pembesaran permainan video,” tulisnya.

Matsuda juga mahu Square Enix untuk memperkenalkan kriptowang mereka sendiri.

“Saya juga sedar ramai permain bermain permainan video untuk berseronok sebagai majoriti tetapi, saya juga percaya terdapat beberapa pemain yang bermotivasi untuk menyumbang sambil bermain,”

Matsuda juga percaya bahawa ramai pasti akan cuba untuk menyumbang sambil mendapat insentif dan berseronok bermain permainan video dari Square Enix.

Apa pendapat anda? Patutkah permainan video menggunakan NFT atau blockchain.

Namun setiap pembina permainan video perlu ingat orang yang yang bakal menyumbang adalah minoriti sahaja.

Read More

Showing 1 - 5 of 5 Results