Overwatch 2
Persediaan dan pembangunan Overwatch Mobile sudah berjalan
Penantian pengumuman Overwatch 2 sememangya sesuatu yang tidak pasti. Buat masa ini, belum ada tanda-tanda untuk kemunculan permainan itu. Malah, dengan pelbagai isu yang berlaku di Blizzard, ia menambahkan keraguan tentang siri permainan Overwatch.
Tetapi, kini muncul pula ura-ura yang pasukan pembangun sedang memfokuskan penghasilan permainan Overwatch Mobile.
Khabar angin itu baru-baru ini disimpulkan dalam sebuah kicauan dari artis dan animator BixelsWixels di Twitter.
Kicauan beliau menunjukkan perbandingan antara 3 tangkap layar antara Overwatch dan Overwatch 2, khususnya memfokuskan pada Hero Torbjorn.
Design differences between Overwatch 1 (on the right) and Overwatch 2 (on the left). Rumor has it they’re “simplifying” designs because the game will be mobile compatible. pic.twitter.com/UZN0H7lnvN
— Bixels (hiatus) (@BixelsWixels) January 9, 2022
BixelsWixels menarik perhatian kepada apa yang mereka gambarkan sebagai reka bentuk yang ‘dipermudahkan’ dalam Overwatch 2 yang memansuhkan sejumlah besar butiran dalam senjata Torbjorn.
Penyederhanaan ini dipercayai disebabkan oleh ‘penurunan taraf’ dalam visual yang mereka kaitkan dengan pilihan Blizzard untuk membawa Overwatch 2 ke peranti mudah alih.
Setakat ini, Overwatch tidak pernah diumumkan untuk pelantar mudah alih seperti telefon pintar.
Namun, sebuah tawaran perkerjaan menunjukkan Blizzard sedang mencari pengurus projek untuk permainan mudah alih.
Pembukaan peluang pekerjaan ini juga mungkin bererti bahawa permainan Overwatch 2 mampu merentasi pelantar.
Setakat ini, dengan tiada pengumuman rasmi dari Blizzard, kita hanya mampu menunggu.
Sumber rujukan: Twitter