PC gaming
“Skuad Wanita Dota 2 berjaya mengeluarkan potensi penuh di E-Sukan Komanwel,” – Tiffani Oling
Kejayaan Skuad Wanita Dota 2 mewakili Malaysia tempoh hari ke Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) di Birmingham, United Kingdom berjaya menambat hati ramai rakyat malaysia.
Mereka berjaya membawa pulang pingat emas sekaligus mengharumkan nama Malaysia di dalam pentas dunia.
Semasa ketibaan Kontinjen Malaysia ke tanah air, kami sempat menemubual mereka untuk bertanya rancangan mereka selepas ini.
@mygameondotmy Pasukan Dota 2 wanita berpuas hati menang emas dengan rekod tiada kekalahan di CEC (Komanwel) 2022 #commonwealth2022 #fyp #kakigaming #esports #dota2 ♬ Summer day – TimTaj
Ketika ditanya tentang perasaan mereka memenangi pingat emas, Aurora selaku kapten berkata mereka sangat berpuas hati dengan prestasi masing-masing di Sukan Komanwel itu.
“Saya rasa semuanya berjalan dengan baik memandangkan kami bermain agak teruk ketika latihan sebelum kejohanan bermula. Namun begitu, semua orang bersemangat ketika bermain di kejohanan.
“Persiapan yang seterusnya harus dirancang semula kerana pertandingan seterusnya berbaki empat bulan lagi. Kami harus merancang dengan teliti, kita lihat apa yang kita mampu buat nanti,” ujar Aurora.
Ditanya tentang prestasi Team Malaysia ketika kejohanan berlangsung, Tiffani selaku Pengurus mereka menyatakan mereka bermain mengatasi prestasi mereka sendiri.
“Saya rasa mereka benar-benar mengatasi prestasi mereka sendiri. Sebelum ini, ketika latihan ianya tidak berjalan dengan begitu baik.
“Akan tetapi, setiap kali mereka bermain di pertandingan LAN dan offline, mereka seperti mengeluarkan potensi penuh mereka,”
Tonton video penuh temubual bersama Skuad Dota 2 Wanita di laman rasmi Tiktok kami.
Foto: Instagram @globalesportsfed