Philliphines

Kecewa, Axie Infinity punca ramai gamer Filipina kehilangan wang penat lelah

Axie Infinity pada mulanya menunjukkan permainan video NFT  boleh menjanjikan masa hadapan yang baik untuk pemain mencari pendapatan sampingan.

Permainan di pelbagai platform ini boleh dikatakan Pokemon versi NFT yang dicipta oleh studio Vietnam bernama SkyMavis dan menjadi fenomena tahun lalu.

Keadaan bermula menjadi teruk apabila ramai pelabur hilang duit apabila permainan itu digodam sebanyak RM2.4 Bilion.

Kini menurut Time Magazine, ramai pemain Filipina kehilangan wang mereka dan kini ramai ditimpa kesusahan.

Dulu Axie Infinity menjadi cara alternatif untuk pekerja di Filipina menambah duit poket namun kini menjadi mimpi buruk untuk semua yang melabur menghabiskan masa dan wang.

Boleh dikatakan Axie Infinity menggunakan konsep sama dengan skim cepat kaya dan pasaran NFT itu nyata tidak sesuai untuk jangka masa lama.

Malah, semakin ramai pengguna maka keuntungan diperoleh dari bermain game ini menjadi lebih sedikit dan lebih rendah dari gaji minimum di Filipina.

Satu-satunya cara untuk mendapat peraliran wang adalah dengan pemain baharu tetapi nampaknya ramai masih skeptikal dan tidak mencuba permainan ini.

Axie Infinity pula mempunyai konsep permainan yang tidak menyeronokkan kerana terlalu banyak grind dengan mod permainan yang berulang-ulang.

Masa yang diluangkan tidak setimpal dengan apa diluangkan.

Rujukan: Time Magazine, IGNSEA

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results